Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Penenang Hati Daripada Hadis Dan Al-Quran

doa penenang hati

Kredit gambar: istockphoto

Dalam mengharungi cabaran hidup, Mommy dan Daddy akan diuji dengan bermacam ujian dan dugaan dari Allah. Ada yang diuji dengan harta, keluarga, nafsu, masyarakat, kesakitan, kebimbangan dan banyak lagi.

Dalam membina kekuatan dan kesabaran menghadapi semua ini, hati kita pastinya akan ada ketikanya gundah gulana dan tidak tenteram. Berfikir itu ini telah membuatkan hati ini risau je.

Sebenarnya, pada ketika inilah pentingnya untuk kembali kepada Allah. Dari awal-awal lagi, apabila dilanda ujian, Mommy dan Daddy seharusnya berdoa memohon kepada Allah untuk kekuatan dan kesabaran dalam menjalani dan menghadapinya.

Allah telah berfirman dalam kitabNya, surah Al-Baqarah, ayat 186:

Highlighted

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.”

Senarai Doa Penenang Hati Daripada Hadis Dan Al-Quran

Dalam perkongsian kali ini, Motherhood ingin kongsikan beberapa doa yang elok untuk diamalkan sebagai doa penenang hati:

#1. Doa ketika ditimpa sesuatu yang tidak diingini

Ketika ditimpa sesuatu yang tidak diingini, bacalah doa ini dan percaya kepada ketetapanNya. InsyaAllah, dengan memahami maknanya, hati akan lebih tenang dan mula redha dengan apa yang berlaku.

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Allah telah mentakdirkannya (menetapkannya). Segala perkara yang dikehendakiNya, pasti akan berlaku.” – Riwayat Muslim

#2. Doa mohon selamat daripada hutang

Apabila hati gelisah, diuji dengan harta dan rezeki, berdoalah dengan doa ini:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah diriku dengan rezeki yang halal daripadaMu daripada segala perkara yang telah Engkau haramkan. Cukupkanlah aku dengan bergantung harap kepada kelebihanMu daripada aku bergantung kepada selain daripadaMu”. – Rriwayat at-Tirmizi

#3. Doa ketika terkejut di tengah malam

Di dunia ini, hambaNya bukan sahaja akan diuji dengan godaaan syaitan, tetapi juga dengan akhlak buruk dan hasad dengki manusia.

Moga-moga doa ini dapat menenangkan hati apabila tiba-tiba terjaga di tengah malam:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan pembalasa-Nya, daripada kejahatan hamba-hamb-Nya, daripada hembusan dan tiupan syaitan dan daripada kehadirannya. – Hadith riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi

#4. Doa memohon perlindungan

Pohonlah perlindungan daripada Allah terhadap segala keburukan dan kejahatan:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: Aku mohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap syaitan, binatang yang berbisa dan bencana ‘ain (pandangan mata yang menimpakan penyakit). – Riwayat al-Bukhari

#5. Doa ketika ditimpa rasa sedih dan dukacita

Bila datang je rasa sedih dan berdukacita terhadap sesuatu perkara atau situasi, bacalah doa ini berulang-ulang kali:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan denganMu daripada rasa susah hati dan kesedihan, daripada lemah dan malas, daripada sifat bakhil dan sifat penakut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.” – Riwayat al-Bukhari

#6. Doa ketika ditimpa sesuatu musibah

Pohonlah dengan Allah ganjaran di atas musibah yang menimpa dan ganti yang lebih baik darinya.

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali. Ya Allah, kurniakanlah ganjaran kepadaku di atas musibah yang menimpa diriku dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya.” – Riwayat Muslim

#7. Doa penenang hati ketika berduka

Yakinlah segalanya milik Allah dan apa sahaja musibah yang menimpa, akan ada ganjaran di sisiNya jika kita bersabar.

Maksudnya: “Sesungguhnya kepunyaan Allah apa yang diambil olehNya dan kepunyaanNya jualah apa yang diberi. Setiap sesuatu itu telah ditetapkan ajal (tempoh) di sisiNya. Maka bersabarlah dan mohonlah ganjaran daripadaNya.” – Riwayat Muslim

#8. Doa penenang hati & dipermudahkan urusan

Di saat terasa sukar menghadapi semuanya, perbanyakkanlah doa dipermudahkan urusan ini supaya hati lebih tenang.

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: Ya Allah, tiada sesuatu yang mudah melainkan Engkau menjadikan ianya mudah. Engkaulah yang menjadikan sesuatu yang susah itu mudah apabila Engkau mahu menjadikan ianya mudah. – Riwayat lbnu Hibban, lbnu As-Sunni, lbnu Hajar

#9. Doa ketika berada dalam kesusahan

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku telah tergolong di kalangan orang-orang yang zalim.” – Hadith riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim

#10. Zikir ketika berada dalam kesusahan

Tenangkanlah hati dengan zikir ini:

Kredit gambar: Facebook @jomsolah

Maksudnya: “Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Yang Maha Agung, Yang Maha Lemah lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan ‘Arasy yang agung. Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Tuhan langit dan bumi dan Tuhan ‘Arasy yang mulia.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim

#11. Surah Taha, ayat 25-28

Kredit gambar: merdeka.com

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.”

#12. Surah Al-Imran, ayat 173

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksudnya: “Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami”

#13. Hadis daripada Anas R.A. dan Ummu Salamah R.A.

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu.”

Yakinlah dengan makna doa dan zikir penenang hati di atas. Mintalah dengan hati yang khusyuk dan penuh pengharapan kepadaNya.

InsyaAllah, hati akan lebih tenang apabila Mommy dan Daddy mengutamakan Allah dalam apa jua urusan kehidupan. Sedih ataupun gembira, kembalilah pada Allah terlebih dahulu.

Jika hubungan kita dengan Allah berada di landasan yang betul, hati kita akan sentiasa merasa tenang meskipun dilandai pelbagai ujian dan musibah.

Untuk info lebih lanjut tentang doa penerang hati untuk amalan harian, baca artikel ini.


Rujuk panduan solat, zikir, doa dan ibadah-ibadah lain DI SINI.