Ibu, Bayi & Kanak Kanak

4 Petikan Doa Penutup Majlis Beserta Bacaan Latin dan Terjemahan Lengkap

doa penutup majlis

Kredit gambar: kalselprov.go.id

Sesuatu majlis atau pertemuan sangat afdal jika ia diselitkan dengan doa pembuka majlis serta doa penutup majlis seperti yang disarankan oleh Baginda Rasulullah S.A.W. Daripada Aisyah r.a berkata

مَا جَلَسَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَجْلِسًا قَطُّ ، وَلَا تَلَا قُرْآنًا، وَلَا صَلَّى صَلَاةً ، إِلَّا خَتَمَ ذَلِكَ بِكَلِمَاتٍ ، قَالَتْ: فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَرَاكَ مَا تَجْلِسُ مَجْلِسًا ، وَلَا تَتْلُو قُرْآنًا، وَلَا تُصَلِّي صَلَاةً إِلَّا خَتَمْتَ بِهَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ؟ قَالَ: نعم من قال خيرا ختم له طابع على ذلك الخير ، وَمَنْ قَالَ شَرًّا كُنَّ لَهُ كَفَّارَةً : سُبْحَانَكَ وَبحمدك ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maksudnya:

Tidak pernah Rasulullah SAW duduk, atau membaca Al-Quran atau menunaikan suatu solat melainkan diakhiri dengan kata-kata ini. Aisyah berkata:

“Wahai Rasulullah, aku melihat engkau tidak duduk dalam satu majlis, juga tidak membaca Al-Qu’ran, juga Tidak menunaikan suatu solat kecuali engkau mengakhiri dengan kata-kata ini?”

Baginda menjawab,

“Ya, sesiapa yang membaca dalam keadaan kebaikan, maka dikhiri dengannya melainkan akan dituliskan dengan kebaikan tersebut. Dan siapa yang membacanya dalam keadaan yang jahat, maka ia menjadi penghapusnya”.

سُبْحَانَكَ وَبِحَمْدِكَ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maksudnya:

“Maha suci Engkau dan dengan segala pujian hanya milik-Mu. Tiada tuhan yang patut disembah melainkan Engkau. Aku memohon ampunan dan bertaubat kepada-Mu.”

Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan dalam hadis ini bahawa menyebutkan kaffaratul Majlis itu ada pada akhir setiap majlis dimana seseorang duduk di situ, tidak kira sama ada itu adalah majlis zikir atau majlis yang terdapat percampuran sesuatu yang tidak baik dan sia-sia.

Malah, Al-Sindi juga mengatakan bahawa hal ini akan menguatkan kebaikan itu iaitu mengangkat ke darjat diterima (amalan tersebut), dan selamat daripada ditolak. Jika ia selain daripada itu (kebaikan), maka ia menjadi kaffarah (penebus) baginya].

Berdasarkan hadis si atas, jelas menunjukkan bahawa seorang muslim adalah sangat dianjurkan untuk mengakhirkan apa-apa pun majlis dengan zikir ini, sama ada ketika majlis membaca al-Quran atau ketika menunaikan solat, atau majlis bersama dengan kawan-kawan atau majlis dengan anggota keluarga atau majlis dengan orang soleh ataupun majlis selain selain dari yang dinyatakan.

Dalam perkongsian di bawah ini, terdapat beberapa petikan doa penutup majlis atau doa penutup majlis ilmu yang boleh dibacakan. Jom lihat apakah doa tutup majlis tersebut!

Senarai Doa Penutup Majlis

Highlighted

Kredit gambar: kalselprov.go.id

#1. Doa Kaffarah Majlis

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وأَتُوبُ إِلَيْكَ

Subhanakallahumma wa bihamdika asyhadu an lailaha illa anta astaghfiruka wa atubu ilaik

Maksudnya:

“Maha Suci Engkau ya Allah, dengan memuji Mu, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon keampunan dan aku bertaubat kepadaMu.”

(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

#2. Pilihan Doa Sebagai Pengakhir Acara 2

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُونَ وَسَلَامٌ عَلَى الْمُرْسَلِينَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Subhaana rabbikaa rabbil ‘izzati ‘ammaa yashifuun, wa salaamun ‘alal mursaliin, wal hamdulillahi rabbil ‘aalamiin

Maksudnya:

“Maha suci Tuhanmu, Tuhan pemilik kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Selamat sejahtera bagi para rasul. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”

(Surah As Saffat ayat 180-182)

#3. Pilihan Doa Sebagai Penutup Majlis Ilmu 3

Kredit gambar: harakahdaily.net

اَللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَاتَحُوْلُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَابِهِ جَنَّتَكَ وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَاتُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا. اَللَّهُمَّ مَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا وَاجْعَلْهُ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ عَاداَنَا وَلاَ تَجْعَلْ مُصِيْبَتَنَا فِى دِيْنِنَاوَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلاَ تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لاَ يَرْحَمُنَا

Allahummaqsim lana min khasy yatik, maa tahulu bainanaa wa baina ma’shiyyatik, wa min thaa’atika maa tuballighuna bihi jannatak wa minal yaqiini ma tuhawwinu bihi ‘alaina mashaaibad dunya

Allahumma matti’naa bi asmaa’inaa wa abshaarina wa quwwatinaa ma ahyaytana waj’alhul waaritsa minna waj’alhu tsa’ranaa ‘alaa man ‘aadanaa wa laa taj’al mushiibatanaa fii diininaa wa laa taj’alid dunya akbara hamminaa wa laa mablagha ‘ilminaa wa laa tusallith ‘alainaa man laa yarhamunaa.

Maksudnya:

“Ya Allah, anugerahkanlah untuk kami rasa takut kepada Mu, yang dapat menghalangi antara kami dan perbuatan maksiat kepada Mu, dan (anugerahkanlah kepada kami) ketaatan kepada Mu yang akan menyampaikan Kami ke syurga Mu dan (anugerahkanlah pula) keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah dunia ini.

Ya Allah, anugerahkanlah kenikmatan kepada kami melalui pendengaran kami, penglihatan kami dan dalam kekuatan kami selama kami masih hidup, dan jadikanlah ia warisan dari kami. Jadikanlah balasan kami atas orang-orang yang menganiaya kami, dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami, dan janganlah Engkau jadikan musibah kami dalam urusan agama kami, dan janganlah Engkau jadikan dunia ini sebagai cita-cita terbesar kami dan puncak dari ilmu kami, dan jangan Engkau jadikan orang-orang yang tidak menyayangi kami berkuasa atas kami.”

(Hadis Riwayat Tirmidzi)

#4. Ayat Penutup Upacara Keraian Pilihan 4

“Ya Allah Ya Tuhan kami. Pertemuan hari ini adalah usaha untuk menjadikan kami hamba Mu yang soleh dan amanah dengan misi khalifah di muka bumi. Kau permudahkan kami untuk meneruskan usaha baik kami. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Segala salah dan silap kami. Kau ampunkanlah Ya Allah. Kami bertaubat kepada Mu Ya Allah. Itulah adalah kelemahan kami sebagai hamba Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengampun. Ya Allah, Engkau jadikanlah majlis hari ini bermanfaat bukan sahaja di dunia di akhirat kelak Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.”

Mengamalkan doa tutup majlis dan doa pembuka majlis ini sebenarnya dapat membuatkan sesuatu majlis itu lebih diredhai oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan ketika majlis dilangsungkan.

Malah, dengan aturan majlis yang lengkap dengan adab dan sunnahnya, moga-moga ia dapat membuahkan kebaikan kepada semua orang yang terdapat di dalamnya dengan rahmat dan kasih sayang daripada Allah S.W.T.

Semoga perkongsian ini membantu anda semua dalam mengamalkan doa penutup majlis ilmu dalam setiap keraian!

Semoga dengan perkongsian doa penutup majlis di atas ini, sedikit sebanyak dapat membantu anda semua menjalani kehidupan dengan lebih mudah dan teratur lagi dengan izin Allah S.W.T.


Lebih banyak pilihan doa dan tips-tips kerohanian serta panduan agama yang lain di SINI!