Ibu, Bayi & Kanak Kanak

4 Doa Penyembuh Penyakit Yang Boleh Diamalkan

Setiap manusia akan ditimpakan ujian sakit dengan kepelbagaian jenis penyakit. Manusia adalah makhluk dan hamba Allah SWT yang lemah.

Ketika Mommy sedang diuji dengan sakit, yakinlah bahawa itu datang dari Allah SWT dan juga berbentuk kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya.

Sakit adalah penghapus dosa. Sebagai hamba kita perlu bersyukur, bersabar dan berikhtiar meminta kepada Allah SWT.

Daripada al-Harith bin Suiyed beliau berkata Abdullah bin Masud bahaw Rasulullah SAW telah bersabda:

  مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مَرَضٌ فَمَا سِوَاهُ إِلَّا حَطَّ اللَّهُ لَهُ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَر

 “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya.”

(Sahih Bukhari No: 5255)

Doa Penyembuh Penyakit 

#1. Doa Untuk Kesembuhan Penyakit 

Highlighted


اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Bacaan Rumi: Allahumma rabban nasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syafi. La syafiya illa anta syifa’an la yughadiru saqaman.

Maksudnya: “Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan kerana Kau adalah penyembuh. Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak meninggalkan rasa sakit.”

#2. Doa Diberi Kesembuhan 

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا

(Surat Al Isra: ayat 82)

Bacaan Rumi: Wa nunazzilu minal-qur`āni mā huwa syifā`uw wa raḥmatul lil-mu`minīna wa lā yazīduẓ-ẓālimīna illā khasārā

Maksudnya: “Dan Kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.”

#3. Doa Meminta Kesembuhan Dari Penyakit

آني مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّحِمِينَ

Bacaan Rumi: Annii Massaniyadh-Dhurru Wa Angta Ar-Hamur Rohimin

Maksudnya: “Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.”

(Surah Al-Anbiya: Ayat 83)

#4. Doa Agar Terus Diberi Kesihatan Yang Baik 

اللهُم إلى أعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نعمتك وتحولعافيتك وفجاءة نقمتك وجميع سخطك

Bacaan Rumi: Allahumma illa a’uudzu bika min zawali ni’matik, wa tahawwull ‘aafiyatik, wa fujaa’ati niqmatik, wa jamii’i sakhodhik

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu”

(HR. Muslim no. 2739)

Sumber: taqwa.my

Semoga perkongsian ini memberikan panduan yang bermanfaat kepada Mommy sekeluarga.


Dapatkan pelbagai lagi pilihan doa dan panduan ibadah menarik yang lain di SINI.