Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Zikir dan Doa Penyeri Wajah Untuk Kekal Cantik Berseri

doa penyeri wajah

Kredit gambar: rembangbicara.pikiran-rakyat.com

Zaman sekarang zaman untuk kekal cantik kan? Jadi, anda nak tak jadi cantik dan berseri-seri tanpa perlu keluarkan modal langsung? Kalau nak tahu caranya, dalam Islam terdapat banyak doa penyeri wajah yang boleh anda amalkan dan yang bestnya semua ni free je tau!

Cumanya tinggal anda istiqamah atau tak je dalam amalan doa ni! Sama juga kalau pakai produk kecantikan pun, anda tetap kena konsisten kan? Begitu jugalah amalan doa ini semua, perlu istiqamah dan yakin dengan apa yang anda mohon serta percaya dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Jadi, jom lihat apakah amalan doa naik seri wajah beserta doa awet muda di bawah ini!

Doa Penyeri Wajah Agar Kekal Awet Muda

#1. Doa Penyeri Wajah

Highlighted

Kredit gambar: www.themizzone.com

Amalkan doa ini untuk naikkan seri di wajah dan buatkan orang sekeliling berasa senang dengan kita.

Caranya adalah dengan membaca Surah Yusof ayat 4 seperti di atas dan Surah Taha ayat 39 berpandukan gambar di bawah ini secara berterusan sebanyak 3 kali selepas solat lalu disapukan ku muka.

Kredit gambar: www.themizzone.com

#2. Membaca Surah Al-Waqiah Ayat 35-38 Sebagai Doa Kecantikan Wajah

Untuk dapatkan kulit wajah berseri-seri, anda boleh juga amalkan doa seri wajah atau doa pemanis wajah untuk wanita di bawah ini.

Cara pertama:

  1. Dilakukan setelah selesai solat Isyak
  2. Ambil air segelas
  3. Baca Surah al-Fatihah 1x
  4. Baca ayat Kursi 1x
  5. Baca surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7x
  6. Lalu tiupkan dalam air dan minum beserta niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan rumah tangga.

إِنَّا أَنشَأۡنَٰهُنَّ إِنشَآءَ (٣٥) فَجَعَلۡنَٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابَا (٣٧) لِّأَصۡحَٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨)

Maksudnya:

“Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari itu) secara langsung (35), lalu Kami jadikan mereka perawan-perawan (36), yang penuh cinta (dan) sebaya umurnya (37), untuk golongan kanan (38)”.

Cara kedua:

  • Baca Ayat 35 sampai 38 Surah Al-Waqiah pada setiap hari setelah selesai solat subuh. Setelah selesai membaca ayat-ayat tersebut, hembuskanlah pada segelas air dan minum air tersebut supaya kekal cantik, muda dan bertenaga sama ada di luar dan dalam tubuh.

#3. Doa Dilembutkan Hati dan Pengasih

  1. Amalkan membaca surah Thaha Ayat 1-6 untuk melembutkan hati.
  2. Kemudian baca Ya Rahman Ya Rahim sebanyak 100 kali sebagai wirid setelah selesai solat untuk dijadikan sebagai doa pengasih.

#4. Bacaan Doa dan Selawat Kepada Nabi

Ketika berada di hadapan cermin setiap kali anda menghiaskan diri, bacalah doa dan selawat ke atas kedua-dua tapak tangan lalu disapukan ke muka sambil berniat di dalam hati agar wajah anda diindahkan atau dicantikkan sepertimana wajah Nabi Yusuf a.s. Amalkannya setiap pagi.

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mencantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku daripada api neraka”.

Amalan Penyeri Wajah Untuk Lelaki dan Perempuan

  • Pada hari selasa tepat jam 12 tengah malam ambil segelas air mineral atau air kosong.
  • Selawat 10x lalu letakkan bekas air tesebut di luar rumah. Jangan tutup bekas air tersebut dan pastikan ia diletakkan di tempat yang bersih dan tanpa halangan untuk mudahkannya terkena air embun.
  • Keesokkan harinya setelah selesai solat subuh, ambil bekas air tersebut dan baca Bismillah 7x lalu diminum.
  • Pastikan anda tinggal air sebanyak suku gelas untuk disapu ke muka.
  • Lakukannya setiap hari secara istiqamah.

Semoga dengan adanya doa penyeri wajah ini, anda semua dapat mengamalkannya dan beroleh manfaat!


Dapatkan juga pelbagai lagi pilihan doa dan panduan ibadah lain di SINI.