Zaman sekarang ini, selain mengelakkan diri dari tempat berisiko, memudaratkan diri dan keluarga serta mengamalkan sikap berhati-hati sama ada sesama manusia atau keadaan semasa, perkara utama lain yang perlu dilakukan orang Islam adalah dengan memohon doa perlindungan daripada Allah S.W.T dalam setiap keadaan tersebut.
Apatah lagi kini, hendak ke mana pun hati ini sudah penuh dengan kerisauan bukan sahaja risaukan soal keselamatan tetapi turut merangkumi hal lain tambah-tambah lagi dengan munculnya pelbagai wabak penyakit berbahaya! Nak-nak lagi sekarang ini sudah di akhir zaman, macam manalah kita tak runsing dibuatnya kan?
Tetapi, menariknya sebagai orang Islam, tidak kira apa pun yang berlaku dan akan berlaku, sebagai hamba Allah yang beriman kita digalakkan untuk membuat permohonan doa perlindungan kepada-Nya tambah-tambah lagi jika kita berada dalam kesusahan dan bahaya, sangatlah disarankan untuk memohon doa perlindungan agar terhindar dari segala yang memburukkan dan memudaratkan.
Begitulah beruntungnya menjadi seorang muslim kerana dalam setiap perkara kita diajarkan untuk memohon doa kepada Allah dan dikabulkan pula doa-doa tersebut apabila tiba waktu yang tepat. Ini berdasarkan dalil dalam Al-Quran di mana Allah S.W.T telah berfirman:
وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ
Maksudnya:
“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): “Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.”
(Surah al-Baqarah, ayat 186)
Berdasarkan dalil ini, sebagai seorang hamba Allah yang bertakwa sentiasalah memohon doa perlindungan kepada Allah S.W.T sebagai bukti ketakwaan dan juga untuk mengelakkan serta melindungi diri dan orang lain dari segala mudarat, perbuatan yang merosakkan dan bahaya serta bala bencana yang bakal mendatang.
Oleh itu, di bawah ini kami telah kongsikan beberapa petikan doa yang boleh anda amalkan.
Jom lihat, baca dan cuba untuk mengamalkan serta istiqamah dengannya!
Petikan-petikan Doa Perlindungan
Berikut merupakan beberapa contoh petikan doa yang boleh diamalkan merangkumi semua perkara dan keadaan iaitu:
#1. Doa Perlindungan Untuk Anak-anak
أَعُوذُ بكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِن كُلِّ شيطَانٍ وهَامَّةٍ، ومِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّةٍ
Maksudnya:
“Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari setiap gangguan syaitan, binatang berbisa dan setiap pandangan mata yang jahat.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari: 3371 dan Hadis Riwayat At-Tirmizi: 2060)
#2. Doa Agar Dilindungi Dari Musibah atau Sesuatu Yang Buruk
Dari Uthman bin ‘Affan r.a mengatakan, ‘Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barang siapa yang mengatakan
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dengan menyebut nama Allah yang dengan sebab nama-Nya tidak ada sesuatu pun di bumi mahupun di langit yang dapat membahayakan (mendatangkan mudarat). Dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui sebanyak tiga kali, niscaya tidak akan ada sesuatu pun yang memudaratkannya.”
(Hadis Riwayat Abu Daud: 5088, dan Hadis Riwayat At-Tirmidzi: 3388)
Dari Ibnu ‘Umar r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barang siapa yang menyaksikan orang yang terkena musibah, kemudian mengatakan:
اَلْـحَمْدُ للهِ الَّذِي عَافَانِي مِـمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ وَفَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِـمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلاً
(segala puji bagi Allah yang telah menghindarkanku dari musibah yang menimpamu, serta memberikan kelebihan kepadaku atas sekian banyak ciptaan-Nya), niscaya Allah akan menghindarkannya dari musibah tersebut sepanjang hayatnya, walau bagaimanapun keadaannya.”
(Hadis Riwayat Tirmidzi: 3431 dan Ibnu Majah: 3898)
#3. Doa Berlindung Dari Segala Jenis Bahaya
Daripada Uthman bin Affan r.a, beliau mendengar bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ
Maksudnya:
“(Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui) sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga subuh. Dan barangsiapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).”
(Riwayat Abu Daud (5088), al-Tirmizi (3388), Ibn Majah (3869), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (10178) dan Ahmad (446). Menurut Syeikh Syuaib al-Arna’uth, Hadis ini adalah hasan.)
#4. Doa Memohon Perlindungan Dari Wabak Penyakit
#5. Doa Berlindung Dari 7 Perkara
#6. Doa Mohon Perlindungan Daripada Sifat Kedekut
اللَّهُمَّ قِنِي شُحَّ نَفْسِي وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُفْلِحِينَ
Maksudnya:
“Ya Allah peliharalah diri aku daripada sifat kedekut dan jadikanlah aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang beruntung.”
#7. Doa Berlindung Dari Fitnah Dajjal
اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال
Allohumma inni a’udzu bika mina ‘adzabil qabri wa min ‘adzabin nari wa min fitnatil mahya wal mamati wa min fitnatil masihid dajjal.
Maksudnya:
“Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari azab kubur, azab neraka, cubaan hidup dan mati, dan fitnah dajal yang terhapus dari rahmat Allah.”
Daripada Abdullah bin ‘Abbas, dia berkata: Pada suatu hari aku pernah berada di belakang Nabi, baginda bersabda:
“Wahai anak muda, aku akan ajarkan kepadamu beberapa kalimat: Jagalah Allah, nescaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu. Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah. Ketahuilah, sekiranya seluruh manusia berkumpul untuk memberi kepadamu sesuatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain daripada apa yang sudah Allah tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka berkumpul untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, nescaya tidak akan membahayakan kamu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu.”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Oleh itu, berdasarkan dalil-dalil ini, sebagai umat islam dan hamba Allah yang bertakwa, sentiasalah memohon perlindungan dari-Nya. Semoga perkongsian ini membantu anda semua!
Tingkatkan amal ibadah lain dengan panduan dan bacaan yang betul seperti dikongsikan DI SINI.