Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Qunut Dan Hukum Bacaannya Dalam Solat

doa qunut

Kredit gambar: istockphoto

Doa qunut pada istilahnya ialah doa yang dibacakan oleh orang Islam ketika sembahyang pada tempat yang dikhaskan ketika ia berdiri.

Kebiasaannya, doa qunut dibaca ketika dalam solat fardhu subuh kan? Sama ada secara berjemaah ataupun solat bersendirian, doa qunut dibaca mengikut kesesuaian.

Hukum Bacaan Doa Qunut Dalam Solat

Sehingga kini, hukum bacaan doa qunut dalam solat fardhu subuh masih didebatkan dan mungkin ada yang kurang jelas tentangnya.

Imam Ahmad telah meriwayatkan daripada Anas R.A., beliau telah berkata:

Rasulullah SAW sentiasa membaca doa qunut pada solat Subuh sehingga baginda meninggal dunia. (Riwayat Ahmad dalam kitab Musnad Ahmad, kitab Musnad Anas bin Malik)

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula, bacaan doa qunut dalam solat fardhu subuh dan solat sunat witir ketika separuh terakhir bulan Ramadhan adalah sunat ab’adh berdasarkan mazhab Imam Syafie.

Perkara yang termasuk dalam sunat ab’adh ini, jika ditinggalkan, ia hendaklah diganti dengan sujud sahwi. Ini diterangkan dengan lebih jelas dalam nukilan kitab Imam al-Ramli:

فَيُقَالُ: مَا شُرِعَ لِلصَّلَاةِ إنْ وَجَبَ لَهَا فَشَرْطٌ، أَوْ فِيهَا فَرُكْنٌ، أَوْ سُنَّ وَجُبِرَ فَبَعْضٌ، وَإِلَّا فَهَيْئَةٌ

Maksudnya: Apa yang disyari’atkan di dalam solat, jika sesuatu perkara itu wajib (di luar solat) untuk menyempurnakannya maka ia ialah syarat. Jika ia wajib dalam perbuatan solat, maka ia ialah rukun. Jika ia sunat kemudian ditampung (dengan sujud sahwi), maka ia ialah sunat ab’adh. Jika tidak, maka ia ialah sunat haiah. (Rujuk Nihayat al-Muhtaj Syarh al-Minhaj, 1:449)

Doa Qunut Untuk Solat Bersendirian

Dalam jawi:

Highlighted

Kredit gambar: akuislam.com/blog/ibadah/doa-qunut/

Dalam rumi:

Allahhummah dinii fiiman hadait

Wa ’aa finii fiiman ‘aafait

Watawal lanii fiiman tawal laiit

Wabaariklii fiimaa a’thait

Waqinii syarramaa qadhait

Fainnaka taqdhii walaa yuqdho ‘alaik

Wainnahu laa yadzillu man waalait

Walaa ya’izzu man ‘aadait

Tabaa rakta rabbanaa wata ’aalait

Falakal hamdu ‘alaa maa qadhait

Astaghfiruka wa ’atuubu ilaik

Wasollallahu ‘ala sayyidina muhammadin nabiyyil ummiyyi, wa ’alaa aalihi wasohbihi wasallam.

Doa Qunut Untuk Solat Berjemaah

Dalam jawi:

Kredit gambar: akuislam.com/blog/ibadah/doa-qunut/

Dalam rumi:

Allahhummah-dinaa Fiiman Hadait

Wa ’Aafinaa Fiiman ‘Aafait

Watawal lanaa Fiiman Tawal laiit

Wabaarik lanaa Fiimaa A’thait

Waqinaa Syarramaa Qadhait

Fainnaka Taqdhii Walaa Yuqdho ‘Alaik

Wainnahu Laa Yadzillu Man Waalait

Walaa Ya’izzu Man ‘Aadait

Tabaa rakta Rabbanaa Wata’Aalait

Falakal hamdu ‘Alaa Maa Qadhait

Wa Nastaghfiruka Wa Natuubu Ilaik

Wasollallahu ‘Ala Sayyidina Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi, Wa ’Alaa Aalihi Wa Sohbihi Wasallam.

Apabila solat berjemaah, imam akan mulakan bacaan doa qunut ini. Berbeza dengan solat bersendirian, untuk 5 ayat yang pertama, imam yang akan membacanya. Kemudian, ayat-ayat yang seterusnya akan dibaca sendiri oleh makmum.

Maksudnya:

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Dan selamatkan aku (dengan rahmat Allah) dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Dan kami memohon ampun dari-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya.

Doa Qunut Nazilah

Kredit gambar: istockphoto

Kalau tak pernah baca, mesti anda pernah terdengar tentang doa qunut nazilah kan? Doa qunut nazilah ini biasanya dibaca ketika berlakunya peristiwa yang tidak diingini seperti musibah bencana alam dan berlakunya peperangan.

Doa ini dibaca ketika selepas rukuk pada rakaat terakhir solat dan boleh dilaksanakan dalam mana-mana 5 solat fardhu.

Dengan situasi wabak yang melanda seluruh dunia sekarang, sesuailah untuk kita amalkan bacaan doa qunut nazilah ini.

Ia merupakan amalan Rasulullah S.A.W., seperti dalam hadisnya ini, telah berkata Abdullah bin Abbas R.A.:

Maksudnya: “Rasulullah S.A.W. membaca Qunut Nazilah selama sebulan terus-menerus pada sembahyang Zohor, Asar, Maghrib, Isya dan Subuh di akhir setiap sembahyang. Apabila Baginda membaca () pada rakaat akhir, Baginda berdoa (supaya diberikan balasan) ke atas puak daripada Bani Sulaim yang terdiri daripada puak Ri‘il, Dzakwan dan ‘Ushaiyyah (atas perbuatan zalim mereka membunuh sahabat-sahabat Baginda) sementara makmum di belakang Baginda mengaminkannya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Doa qunut nazilah:

اللَّهُمَّ اهْدِنا فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنا فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لنا فِيمَا أَعْطَيْتَ وقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ إِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

‎اللهم إلَيكَ نَشْكُو وَإيَّاكَ نَرْجُو أَنْ تَدْفَعَ عَنَّا الْبَلَاء والوَبَاء والفِتَنَ والمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بطَن يا أرحم الراحمين ويا مُجِيبَ السَّائلِين

‎اللهم إِنَّا نَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ وَالجُنُونِ والْجُزَامِ وَمِنْ سَيِّءِ الأَسْقَام

‎وصَلَّى اللهُ وسلَّم علَى نَبيِّنا محمَّدٍ وعَلى آله وصَحْبِهِ أجمعين

Amalan Membaca Doa Qunut

Usahakanlah untuk menghafal dan membaca doa qunut dan doa qunut nazilah ini ya. Moga-moga, dengan amalan dan usaha kita, Allah S.W.T. kurniakan kita ganjaran seperti yang dikurniakanNya kepada hamba-hambaNya yang soleh.