Apabila hati kita merindui seseorang, rasa seperti dada dicengkam dan fikiran asyik teringat-ingat. Nak buat apa pun serba salah dan hati rasa sebak je.
Bukanlah pelik rasa sebegini malah ia adalah satu lumrah dalam kehidupan sebagai manusia yang diciptakan dengan perasaan dan keinginan.
Redakan Hati Dan Perasaan Dengan Doa Rindu Seseorang Ini
Apabila datang rasa rindu yang tidak tertahan, bukannya dengan semua orang kita boleh berjumpa dan redakan rasa itu. Ada yang dirindui itu, seseorang yang sudah lama meninggalkan kita dan tiada daya kita untuk berjumpa dengannya.
Dalam keadaan sebegini, yang terbaik adalah berdoa kepada Allah dengan doa-doa yang baik, memohon bantuan dan diberikan kekuatan dariNya.
Eloklah untuk mengamalkan beberapa doa yang insyaAllah dapat membantu meredakan rasa rindu itu dan semoga seseorang itu juga, diberikan petunjuk dari Allah tentang rasa kita.
Doa Rindu Seseorang (1)
Dalam perkongsian oleh SIS HAWA, telah dinyatakan cara untuk menghantar rasa rindu kita kepada seseorang dengan izin Allah S.W.T.
Ustaz Don Daniyal telah mengajarkan caranya iaitu dengan meletakkan tangan di dada dan bacakan Surah Al-Fatihah sambil mengusap dada kita. Dalam masa yang sama, niatkan dalam hati supaya Allah sampaikan rasa rindu itu kepadanya.
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Doa Rindu Seseorang (2)
Yang berikutnya adalah doa daripada Surah Taha. Hayatilah makna ayat ini dan bacalah dengan hati:
Maksudnya: “Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut, maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai, supaya dipungut oleh musuhKu dan musuhnya; dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.”
Doa Rindu Seseorang (3)
Dalam Surah Yusof juga, ada ayat yang sering diamalkan untuk mengeratkan kasih sayang iaitu ayat ke-4:
Maksudnya: (Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.”
Doa Rindu Seseorang (4)
Jika rindu itu adalah untuk ibu bapa, sama ada yang masih hidup ataupun telah meninggal, bacalah doa ini:
Allahummaghfirlii waliwaalidayya war hamhumaa kama rabbayaanii soghiraa.
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah kepada mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku kecil.”
Doa Rindu Seseorang (5)
Di samping itu, dua ayat terakhir daripada Surah Al-Baqarah juga dapat membantu kita meredakan rasa rindu di hati dengan izinNya.
Maksudnya: Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya.” Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali.”
Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
Cubalah fahami pengertian makna kedua ayat terakhir daripada Surah Al-Baqarah ini. Tiada beban yang tidak mampu ditanggung oleh kita apabila Allah telah meletakkan ujian itu kepada kita.
Hanya padaNya lah kita mengadu keluh kesah dan bebanan di hati.
Doa Rindu Seseorang
Bacalah doa-doa ini dengan penuh yakin dan mengharapkan bantuan Allah kepada kita dan orang yang dirindui. Semoga kedua-duanya berada di bawah lindunganNya dan dilihat olehNya dengan penuh kasih dan sayangNya.
Dapatkan panduan doa-doa dan ilmu keagamaan yang lain di SINI.