Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bacaan Dan Doa Sebelum Tidur Yang Diajarkan Dalam Islam

Tidur merupakan kematian kecil dan sementara. Tetapi jika tidak diizinkan Tuhan, kita tidak akan kembali lagi ke dunia dan jika diizinkan, kita akan bangun, tersedar dari tidur untuk menyambung amanah yang diberikan.

Kerana itulah, untuk tidur, kita perlu buat persiapan dan akhiri waktu jaga kita dengan mengingati Allah S.W.T..

Tidur Adalah Kematian Kecil Yang Sementara

Seperti firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Zumar ayat 42 ini:

اللّه يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ مُّسَمًّى

Maksudnya: “Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan…”

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan juga, Imam Al-Tibari berpendapat bahawa roh-roh akan dicabut ketika tidur dan saling bertemu dan bertanya antara satu sama lain.

Selepasnya, roh orang yang hidup akan dikembalikan dan roh orang yang telah mati ingin kembali tetapi ditahan oleh Allah S.W.T.. Roh orang yang hidup ini kelak akan ditarik kembali apabila tiba hari kematiannya. – Jami’ Al-Bayan Fi Tafsir Ayyi Al-Quran, 21/299

Doa Sebelum Tidur Yang Diajarkan Dalam Islam

Highlighted

Sumber: ilmualam.com

Dalam Islam, Nabi kita Rasulullah S.A.W. telah mengajar umatnya untuk membaca doa sebelum tidur. Dalam perkongsian daripada Ilmu Alam ini, telah dinyatakan sebuah hadis daripada baginda. Huzaifah telah berkata:

Apabila Nabi S.A.W. hendak tidur, beliau mengucapkan: Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).’

Inilah doa sebelum tidur yang kita dianjurkan untuk amalkan setiap kali sebelum melelapkan mata.

Tetapi bukan itu je, Rasulullah S.A.W. turut menasihati umatnya untuk membaca bacaan doa yang terkandung dalam hadis yang berikut dan jadikan ia ucapan terakhir yang disebut sebelum tidur:

إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ وقُلْ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ، فَإِنْ مُتَّ مُتَّ عَلَى الْفِطْرَةِ فاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَقُولُ

Maksudnya : “Jika kamu datang ke tempat tidurmu maka berwuduklah sepertimana kamu berwuduk untuk solat. Kemudian berbaringlah dengan lambung kananmu dan sebutlah : Ya Allah aku berserah diri pada-Mu. Aku serahkan urusanku pada-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dengan penuh rasa cinta dan takut. Tidak ada tempat berlindung kecuali kepada-Mu. Aku beriman dengan kitab yang telah Engkau turunkan dan juga beriman dengan Nabi yang telah Engkau utuskan. Jika kamu mati maka kamu mati dengan fitrah dan jadikanlah ia akhir ucapan yang kamu ucapkan.” – Riwayat Al-Bukhari (6311)

Selain itu, Rasulullah S.A.W. juga turut mengamalkan membaca beberapa surah dan ayat dalam Al-Quran. Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A. ini:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى اللهُ عليه وسلم كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ، جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ فِيهِمَا: ﴿ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَد ﴾ وَ﴿ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَق ﴾ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاس  ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ جَسَدِهِ، يَبْدَأُ بِهِمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ، وَمَا أَقْبَلَ مِنْ جَسَدِهِ، يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ

Maksudnya : “Sesungguhnya Nabi S.A.W. jika Baginda berbaring ke tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda akan menadah tangan kemudian menghembuskan ke kedua tapak tangannya. Lalu Baginda membaca : Qul Huwallahu Ahad, Qul ‘Auzu Birabil Falaq dan Qul A’uzu birabbinnas. Kemudian Baginda akan menyapu dengan kedua tapak tangannya ke tubuhnya bermula dari kepalanya dan wajahnya kemudian bahagian tubuhnya. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali.” – Riwayat Al-Bukhari (5017)

Bacaan ketiga-tiga surah ini iaitu Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sentiasa diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. sebelum tidur dengan pergerakan seperti yang dijelaskan dalam hadis di atas sebanyak 3 kali.

Sumber: fundacionfaroccr.com

Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia”.

Sumber: satkoba.bbn.my

Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan pendengki bila ia dengki”.

Sumber: bersamadakwah.net

Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia”.

Dalam hadis yang lain pula, telah dinyatakan:

Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi kerana dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta’ala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi.

“Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu syaitan.” (HR. Bukhari)

Jangan lupa untuk baca ayat Al-Kursi juga ya. Semoga dengan berkatnya, kita akan diberkati dan dilindungi oleh Allah S.W.T.

Sumber: bersamadakwah.net

Maksudnya: “Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar”.

Tidak dilupakan juga, Rasulullah S.A.W. turut mengajarkan kita untuk membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah sebelum tidur dalam sabda hadisnya:

مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah pada malam hari, maka ia sudah cukup.” – Riwayat Al-Bukhari (5009)

Sumber: surah.my

Surah Al-Baqarah ayat 285:

  1. Rasul telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka mengatakan): “Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya”, dan mereka mengatakan: “Kami dengar dan kami taat”. (Mereka berdoa): “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali”.
Sumber: surah.my

Surah Al-Baqarah ayat 286:

  1. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.

Sebaiknya, kita tidurlah dengan hati yang tenang. Memaafkan segala salah silap manusia pada kita dan memohon keampunan dari Allah Yang Maha Esa seperti sabda Rasulullah S.A.W.:

“Barangsiapa yang membaca ketika ia menuju tempat tidurnya:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهَ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

“Tidak ada Illah yang berhak disembah selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya lah segala kerajaan dan pujian. Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Tidak ada daya dan upaya, kecuali dengan pertolongan Allah. Maha Suci Allah, segala puji bagi-Nya. Tidak ada IIlah yang berhak disembah selain Allah. Allah Maha Besar”

Maka ia akan diampuni dosa-dosa oleh Allah, walaupun dosa-dosanya itu seperti buih lautan” (HR. Ibnu Hibban no. 5528. Dishahihkan oleh Al-Albani rahimahullah dalam Ash-Shahihah no. 3414)

Sumber: shahihfiqih.com

Jadikanlah Membaca Doa Sebelum Tidur Satu Amalan..

Terdapat banyak doa sebelum tidur yang dianjurkan dalam Islam dan diajarkan oleh Rasulullah S.A.W. Jadikanlah ia satu amalan sebelum kita melelapkan mata. Semoga Allah S.W.T. mengampuni dosa kita, melindungi kita dan melihat kita dengan penuh kasih sayangNya.