Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Selamat Yang Sesuai Dibacakan Untuk Kenduri Kesyukuran Dan Majlis-majlis Lain

Sumber: Ir. Ts. Dr. Zaki Yamani Zakaria Official Page

Meminta perlindungan dari Allah s.w.t. adalah sesuatu perkara yang kerap dilakukan oleh seseorang yang beriman. Membaca doa selamat adalah salah satu cara untuk mendapatkan perlindungan dariNya.

Doa selamat sering dibacakan sewaktu kenduri kesyukuran, atau ada juga yang panggil kenduri doa selamat. Ia juga boleh dibacakan pada permulaan apa-apa sahaja majlis supaya ia berjalan dengan lancar dan selamat.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Selain itu, doa ini juga boleh diamalkan oleh setiap individu untuk memelihara keselamatan diri dan keluarga. Doa merupakan suatu ibadah, jadi tak rugi kalau doa ini dibacakan selalu!

Jika Mommy atau Daddy tercari-cari doa selamat untuk dibacakan untuk apa-apa majlis yang sedang dirancangkan, bolehlah Mommy mengamalkan doa ringka lagi padat ini.

Doa Selamat Yang Boleh Dibacakan Untuk Kenduri dan Majlis

Sumber: akuislam.com

Maksud:

Ya Allah, sesungguhnya kami meminta perlindungan dan kami simpankan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta, dan segala sesuatu yang telah Engkau berikan kepada kami.

Ya Allah, jadikan kami dalam pemeliharaanMu, keamananMu serta perlindunganMu dari syaitan yang derhaka, keterpaksaan yang menyimpang dari mata gelap, kezaliman dan kejahatan.

Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah hiasilah kami dengan kesihatan dan keselamatan dan tetaplah kami dengan ketaqwaan dan keteguhan hati dan jauhkanlah kami dari kejahatan besar yang menyesalkan.

Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar atas segala permohonan.

Ya Allah, ampunilah kami, orang tua kami, anak-anak kami, guru-guru kami, saudara-saudara kami seagama, sahabat-sahabat kami, siapa yang menyayangi kami untuk mendapatkan redhaMu dan siapa yang berbuat baik kepada kami dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, orang Islam lelaki dan perempuan.

Ya Allah, Tuhan semesta Alam.

Ya Allah, berilah rahmat serta salam atas hamba dan utusanMu, junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, keluarga dan para sahabatnya.

Dan limpahkan rezeki kepada kami dan diikuti dengan kesempurnaan mengikutinya zahir dan batin, kesihatan dan keselamatan dengan rahmatMu Ya Allah Tuhan yang Maha Pengasih.

Dan Semoga Allah selalu melimpahkan selawat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, keluarga dan para sabatnya.

Ya Tuhan kami, terimalah doa kami.

Sesungguhnya Engkau mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Menerima taubat lagi Maha Mengasihani.

Janganlah Engkau mengira kesalahan dan jenayah kami, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah.

Dan akhir doa-doa mereka (orang yang beriman) adalah segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta Alam.


Doa selamat seperti yang dikongsikan tadi boleh dibacakan dalam majlis-majlis seperti majlis kelahiran, majlis perkahwinan, dan juga majlis aqiqah.

Sumber: Getty Images

Pengertian selamat itu sendiri bererti bebas dari bahaya, terhindar dari bencana, tidak mendapat gangguan, ataupun dijauhkan dari perbuatan yang dilarang Allah s.w.t.

Jadi, ia bukan sahaja elok untuk dibacakan supaya majlis itu terselamat daripada apa-apa gangguan, tetapi juga buat tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

Maka doa ini boleh dijadikan sebagai permohonan kita sebagai hamba kepada Allah agar dikurniakan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Semoga panduan ini bermanfaat.