Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Panduan Lengkap Doa Selepas Membaca Al Quran

doa selepas membaca al quran

Kredit gambar: yaqeeninstitute.org.my

Doa sebelum dan selepas membaca Al Quran merupakan satu amalan yang sangat digalakkan dan merupakan perkara penting dalam kehidupan seorang Muslim.

Doa sebelum membaca Al Quran berfungsi memainkan peranan untuk membuat permohonan kepada Allah S.W.T. agar diberi bimbingan dan pemahaman yang baik, sementara doa selepas membaca Al Quran pula adalah sebuah ungkapan rasa syukur dan sebagai satu cara untuk memohon pengampunan.

Sebenarnya, doa yang diungkapkan ini juga mampu memberikan kekuatan spiritual, meningkatkan lagi hubungan seorang hamba dengan Penciptanya.

Sebagai seorang muslim, adalah penting untuk kita memahami dan mengamalkan doa-doa ini bagi memahami dengan lebih mendalam dalam membaca Al Quran.

Untuk itu, mulai saat ini, bersama-samalah kita berusaha untuk menguasai dan mengamalkan doa sebelum membaca Al Quran dan juga doa setelah anda selesai membaca Al Quran di bawah ini.

Doa Selepas Membaca Al Quran dan Juga Doa Sebelum Membacanya

Highlighted

Kredit gambar: www.daaruttauhiid.org

Berikut merupakan petikan doa selepas membaca Al Quran dan sebelum membaca Al Quran iaitu:

#1. Doa Sebelum Membaca Kitab Suci Al Quran

اَللّٰهُمَّ افْتَحْ عَلَىَّ حِكْمَتَكَ وَانْشُرْ عَلَىَّ رَحْمَتَكَ وَذَكِّرْنِىْ مَانَسِيْتُ يَاذَاالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ

Alloohummaftah ‘alayya hikmataka wansyur ‘alayya rohmataka wa dzakkirnii maanasiitu yaa dzal jalaali wal ikhroomi.

Maksudnya:

“Ya Allah bukakanlah hikmah-Mu padaku, bentangkanlah rahmat-Mu padaku dan ingatkanlah aku terhadap apa yang aku lupa, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.“

#2. Doa Selepas Membaca Al Quran

اَللّٰهُمَّ ارْحَمْنِىْ بِالْقُرْآنِ. وَاجْعَلْهُ لِىْ اِمَامًا وَنُوْرًا وَّهُدًى وَّرَحْمَةً. اَللّٰهُمَّ ذَكِّرْنِىْ مِنْهُ مَانَسِيْتُ وَعَلِّمْنِىْ مِنْهُ مَاجَهِلْتُ. وَارْزُقْنِىْ تِلاَ وَتَهُ آنَآءَ اللَّيْلِ وَاَطْرَافَ النَّهَارٍ. وَاجْعَلْهُ لِىْ حُجَّةً يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ

Allahummarhamnii bil qur’aani. waj’alhu lii imaaman wa nuuran wa hudan wa rohman. Allahumma dzakkirnii minhu maa nasiitu wa’allimnii minhu maa jahiltu. wazuqnii tilaa watahu aanaa-al laili wa athroofan nahaari. waj’alhu lii hujjatan yaa robbal ‘aalamiina.

Maksudnya:

“Ya Allah, rahmatilah aku dengan al-quran yang agung, jadikanlah ia bagiku ikutan cahaya petunjuk rahmat. Ya Allah, ingatkanlah apa yang telah aku lupa dan ajarkan kepadaku apa yang tidak aku ketahui darinya, anugerahkanlah padaku kesempatan membacanya pada sebagian malam dan siang, jadikanlah ia hujjah yang kuat bagiku, wahai Tuhan seru sekalian alam.“

Kepentingan Doa

Salah satu kelebihan yang penting dalam mengamalkan bacaan doa ini ialah ia dapat memberikan peluang kepada pembaca untuk merenungkan dan meresapi makna ayat-ayat suci yang telah dibaca.

Dengan mengheningkan diri dan berdoa, seseorang dapat mendalami pengajaran Al-Quran dan mengaplikasikannya dalam kehidupan sehari-hari. Ini membantu meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam serta menguatkan hubungan spiritual dengan Allah.

Oleh itu, membaca doa sebaik sahaja anda selesai membaca Al-Quran adalah amalan yang sangat bernilai dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap ajaran Islam, serta memperkuatkan ikatan rohani dengan Allah S.W.T.

Diharapkan dengan perkongsian doa-doa ini, kita semua dapat beramal dengannya, InsyaAllah!


Dapatkan pelbagai lagi info dan panduan ibadah yang lain di SINI!