Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bacaan Doa Tahajjud Serta Kebaikan Mengamalkan Solat Sunat Tahajjud

doa tahajjud

Sumber: Adobe Stock

Doa Tahajjud adalah bacaan doa yang dilakukan selepas menunaikan ibadah solat sunat Tahajjud. Untuk pengetahuan anda, solat sunat Tahajjud ialah solat sunat yang dilakukan pada waktu malam setelah terjaga dari tidur.

Waktu paling afdhal melakukan ibadah ini adalah pada satu pertiga malam, kira-kira pukul 3.00 pagi. Ia sering dibuat secara bersendirian. Hukum solat sunat Tahajjud ini ialah sunat muakkad yang amat digalakkan untuk dilakukan.

Highlighted

Sumber: Adobe Stock

Rasulullah ﷺ dan juga para sahabatnya tidak pernah meninggalkan solat sunat yang istimewa ini. Baginda bersabda:

Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang yang soleh sebelum kamu, suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, dan juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.

(Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya:

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

(Surah Isra’: Ayat 79)

Manfaat Melakukan Solat Sunat Tahajjud

Setiap ibadah, sama ada yang wajib atau pun sunat, sudah tentu mempunyai manfaatnya tersendiri. Beberapa manfaat atau kebaikan melakukan solat sunat Tahajjud adalah seperti:

  • mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  • tanda kehambaan kepada Allah s.w.t.
  • tanda kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas nikmatNya
  • meningkatkan dan memperkuatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
  • mencapai ketenangan dalam kehidupan harian
  • membantu mengharungi cabaran dan dugaan hidup

Cara Solat Sunat Tahajjud Berserta Doa Tahajjud

Solat Tahajjud dilakukan pada sepertiga malam seperti yang disebutkan tadi. Syaratnya ialah dengan tidur, walaupun seketika sahaja.

Jumlah rakaat solat sunat ini adalah sekurang-kurangnya dua rakaat, dan tidak terbatas.

Setelah bangun daripada tidur, bolehlah mengambil wudhu’ sebelum memulakan solat.

1. Melafazkan Niat

Bacaan dalam RUMI:

 Usolli sunnatat-tahajjudi rak’ataini lilaahi ta’ala 

Bacaan dalam Bahasa Malaysia:

Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

2. Mengangkat Takbiratul Ihram

Selepas melafazkan niat, atau sambil melafazkan niat dalam hati, angkat kedua belah tangkat untuk mengangkat takbir.

3. Membaca Doa Iftitah

Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai’ah. Solat sunat tahajjur anda tetap sah jika tidak membacakan doa ini.

4. Membaca Surah Al-Fatihah

Surah Al-Fatihah, seperti kebanyakan solat sunat lain adalah rukun yang wajib dalam solat Tahajjud. Jadi ia perlu dibacakan dalam setiap rakaat.

5. Membaca Surah Al-Kaafirun

Selepas membaca surah Al-Fatihah, anda boleh membaca surah Al-Kaafirun atau surah lain dari Al-Quran.

6. Rukuk dan Sujud

Teruskan dengan rukun solat rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud semula sebelum kembali berdiri untuk rakaat kedua.

7. Rakaat Kedua

Rakaat kedua dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat, iaitu takbir permulaan rakaat kedua.

8. Membaca Al-Fatihah & Surah Al-Ikhlas

Seperti rakaat pertama, surah Al-Fatihah wajib di baca dan disusuli dengan surah Al-Ikhlas atau surah lain dari Al-Quran.

9. Rukuk, Sujud, dan Tahiyyat Akhir

Teruskan dengan rukun solat rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan sujud semula sebelum tahiyyat akhir.

10. Akhiri Dengan Memberi Salam

Akhiri solat tahajjud anda dengan memberi salam.

11. Membaca Doa Tahajjud

Bacaan dalam RUMI:

Allahumma lakal hamdu anta qoyyimussamawaa ti wal ardhi waman fi hinna,
walakal hamdu laka mulkussama waa ti wal ardhi waman fii hinna,
walakal hamdu nuu russama wa ti wal ardhi,
walakal hamdu antal haqku wa wa’ dukal haqku wa liqo-u-ka haqku wa qauluka haqku wal jannatu haqku
wanna ru haqku, wannabi yuu na haqku, Wamuhammadun sallallahu ‘alaihiwasallam haqku, wassa-‘atu haqku

Allahumma laka aslamtu, wabika amantu, wa alaika tawakkaltu wa ilaika anabtu wabika khosomtu,
wa ilaika hakamtu, fagfirli maaqaddamtu, wa maa akhortu wa maa asrartu wa maa ‘a lantu,
antal muqoddimu wa antal mu-a-khiru,
laa ilaha illa anta au laa ilaha ghoiruka wa laa hau la walaa quwwata illa billah

Maksud:

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:

Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah puasa sunat pada bulan Maharran, manakala solat yang paling utama selepas solat fardu ialah solat tengah malam (qiamulail)

(Riwayat Muslim)

Jadi jika anda mampu, anda sangat diankurkan untuk mengamalkan solat sunat Tahajjud ini kerana ia adalah peluang untuk mengeratkan hubungan kita dengan Allah s.w.t.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin mempertingkatkan amalan ibadah harian. Jom amalkan zikir dan doa pagi untuk dapat pahala lebih!