Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bacaan Doa Selepas Yasin Dengan Terjemahannya Yang Betul

Kredit gambar: istockphoto

Surah Yasin adalah salah satu surah dalam Al-Quran yang merupakan kurniaan daripada Allah untuk hambaNya. Umat Islam dituntut untuk menjadikan Al-Quran sebagai sahabat karib di dunia supaya di akhirat kelak, dia akan menjadi pembela kelak.

Seperti sabda Rasulullah S.A.W.:

اقْرَؤُوا القُرْآنَ فإنَّه يَأْتي يَومَ القِيامَةِ شَفِيعًا لأَصْحابِهِ

Maksudnya : “Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa’at kepada sahabat-sahabatnya (pembacanya).” Sahih Muslim (804)

Sesungguhnya, Allah itu Maha Pemurah dengan ganjaran yang diberikan kepada hambaNya. Berdasarkan hadis daripada ‘Abdullah bin Mas’ud R.A., Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ

وَمِيمٌ حَرْفٌ

Maksudnya : “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “ ” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.” – Hadis riwayat al-Tirmizi : 2910, hadis hasan

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bukan sahaja dengan membaca ayat Al-Quran, kita juga disarankan untuk menghayati maknanya. Seperti firman Allah S.W.T. dalam surah Saad, ayat ke-29:

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: “Al-Quran ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memerhatikan ayat-ayatNya, dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”

Doa Selepas Baca Surah Yasin

Sesudah membaca surah Yasin dan meneliti maknanya, kita dianjurkan untuk membaca doa selepas baca surah yasin. Tetapi sebelum itu, bacalah beberapa surah ini terlebih dahulu:

  1. Surah Al-Insyirah (1x)
  2. Surah Al-Qadr (1x)
  3. Surah Al-Fiil (1x)
  4. Surah Al-Ikhlas (1x)
  5. Surah Al-Falaq (x1)
  6. Surah An-Naas (1x)

Kemudian, bacalah doa selepas membaca surah yasin ini:

Highlighted


Kredit gambar: akuislam.com

Doa selepas baca surah yasin dalam rumi:

Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiin Hamdan yuwaafii ni’amahu wayukaafi’u maziidah, Ya rabbana lakalhamdu kamaa yambaghii lijalaali wajhika Wa ‘aziimi sulthoonik.

Allaahumma solli wassalim ‘alaa sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihi Wasohbihi ajma’iin.

Allahumma bihaqqi Yasinn.. Wal Qur-aa-nil hakiim, wabimanikh tartahu birrisaalati wannubuwwati Wal wilaayati wal hidaayati ilaa sirootikal mustaqiim, Wa bijamii’i maa jaa abihi minka Jibriil, tanziilal-azii-zirra-him.

Wabikhowassil-huruufi wal asmaa’it-tamm-maati Wabima azharta fil wujuudi likulli maujuudin minal aayaatil bayyinaati, wabikho-fiyyi lutfikal mufarriji ‘an kulli mahmum, al-mukhollisi likulli madyuun, Yaa mujriyal bihaari wal ‘uyuun, yaa man khozaa-inahu bainal kaaf-fi wan-nuun, Wa ‘alima bimaa kaana qobla an yakuun.

Wanas alukallaah-humma an tasluka binaa jaaddata ridhooka, Wa an taj’alanaa ahlan wamahallal-lisa’aadatika wa ghinaaka, Wa an tuyassiro lana jamii’al muroodaati wal matholibi, Wa an taj’ala ridhooka ‘annaa khoiro musoohibin lanaa warofiiq, Wa an tuthifanaa bil jalaalati wal mahaabah, Wa an tamunna ‘alaynaa bisur’atil-ijaabah.

Istajibillaah-humma du’aa anaa wa haqqiq fiika rajaa anaa, Wa adkhilnaa fii hirzi lutfikal-masuuni bisirri qoulika innamaa amruhuu idzaa araada syaii-an an yaquula-lahu kun fayakuun, fa subḥānallażī biyadihī malakūtu kulli syai’iw wa ilaihi turja‘ūun, subhaanal-munaffisi ‘an kulli mahmuum, subhaanal-munaffisi ‘an kulli madyuun, subhaanaman amruhuu, idzaa araada syai-an an yaquula-lahu kun fayakuun.

Ya mufarrijal humum, Ya mufarriju farrij, Ya mufarriju farrij, farrij ‘annaa humuumanaa Ya Hayyu Ya Qayyuum, Yaa dzaljalaali wal ikraam.

Wasollallahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadin, Wa ‘alaa aalihi wasohbihi wassalam, Walhamdulillahi robbil-‘aalamiin.

Terjemahannya:

Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya.

Wahai Tuhan kami, untukMu segala puji sebagaimana layak kebesaran dan kehebatan kekuasaanMu.

Ya Allah, kami pohon selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya.

Ya Allah, dengan keberkatan Surah Yasin dan kitab Al-Quran yang penuh hikmat dan sesiapa yang Engkau pilih untuk membawa risalah, kenabian, penolong dan petunjuk hingga Sirat al-MustaqimMu.

Dengan kitab Al-Quran yang dibawa oleh Malaikat Jibril, dan dengan kekuatan huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna yang Engkau miliki dan dengan apa yang Engkau perjelaskan dalam Al-Quran tentang kewujudan setiap tanda-tanda yang menunjukkan (kewujudanNya), dan dengan limpah kurniaMu dapat

menghilangkan keluh kesah dan dapat menyelesaikan beban hutang.

Wahai Tuhan yang mengendalikan pergerakan laut dan matahari, Wahai Tuhan yang menjadikan khazanahNya di antara huruf kaf dan nun, Tuhan yang Maha Mengetahui sebelum dan selepas sesuatu keadaan.

Kami memohon kepadaMu Ya Allah agar membuka ruang keredhaanMu, jadikanlah kami bersatu padu memuji dan memuja kekayaanMu agar Engkau permudahkan segala kehendak dan permintaan kami.

Engkau jadikanlah keredhaanMu sebagai teman hidup kami dan dengan limpah kebesaranMu Engkau tunaikan permintaan kami secepat mungkin, perkenanlah doa kami Ya Allah dan benarkanlah harapan kami disisiMu dan masukkanlah kami ke dalam rahsia firmanMu.

Sesungguhnya pekerjaanMu apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: JADI, maka jadilah ia.

Maha Suci Tuhan yang menguasai setiap sesuatu dan kepadaNyalah Kembali semuanya.

Maha Suci Tuhan yang dapat menghapuskan segala dukacita, Maha Suci Tuhan yang dapat menghilangkan kesusahan dan Maha Suci Tuhan yang dapat menyelesaikan beban hutang dan Maha Suci Tuhan yang kerjaNya apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: JADILAH, maka jadilah.

Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkan, hilangkan. Ya Tuhan yang menghilangkan dukacita. Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, hilangkanlah dari kami dukacita.

Wahai Tuhan Yang Hidup, Yang Kekal dan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.

Kredit gambar: istockphoto

Semoga bacaan kita diterima dan mendapat ganjaran di sisi Allah. Juga, segala isi doa selepas surah yasin ini dimakbulkanNya.

InsyaAllah.

Klik artikel ini untuk membaca doa penerang hati untuk amalan doa harian.


Rujuk panduan solat, zikir, doa dan ibadah-ibadah lain DI SINI.