Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Doa Untuk Sembuh Dari Penyakit Dalam Islam

doa sembuh penyakit

Kredit gambar: istockphoto

Setiap insan itu akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Ada yang diuji dengan kemiskinan, kegagalan, kesakitan dan bermacam lagi.

Begitulah kehidupan di dunia ini, seperti firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Ankabut, ayat 2:

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

Maksudnya: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ujian ini adalah semuanya daripada Allah dan tidaklah ada satu pun keburukan jika datang dari sisiNya. Ketika diuji, Mommy dan Daddy mestilah percaya dan yakin dengan firmanNya dalam surah Al-Insyirah, ayat 5 dan 6:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Maksudnya: “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”

Allah telah mengulanginya 2 kali dalam Al-Quran, iaitu selepas setiap kesulitan itu akan ada kemudahan dan kesenangan. Sebagai hambaNya yang beriman, kita mestilah yakin dengan firmanNya ini.

Senarai Doa Untuk Sembuh Dari Penyakit Dalam Islam

Mereka yang diuji dengan kesakitan memang akan merasai betapa sukarnya ujian ini. Bukan senang untuk terus berfikiran positif apabila anggota badan sedang sakit. Nauzubillah hi min zalik, kita akan bersangka buruk pula pada Allah ketika kesakitan sedang mencengkam diri.

Oleh itu, walaupun telah dilakukan pelbagai usaha, Mommy dan Daddy hendaklah sentiasa berdoa untuk sembuh dan yakin bahawa Allah akan menggantikan sakit ini dengan sesuatu yang lebih baik.

Berikut adalah antara doa dan amalan yang Mommy dan Daddy boleh lazimi untuk meminta disembuhkan dan dijauhi daripada penyakit:

1. Doa mohon cepat sembuh

Highlighted

Kredit gambar: hserdang.moh.gov.my

Maksudnya: “Aku mohon kepada Allah Yang Maha Agung agar menyembuhkan aku dengan benar-benar sembuh yang tidak menderita sakit lagi.”

2. Doa agar dijauhkan penyakit

Kredit gambar: hserdang.moh.gov.my

Maksudnya: “Ya Allah, bahawasanya aku berlindung dengan Engkau daripada penyakit sopak, gila, kusta dan daripada penyakit yang buruk.”

3. Selawat syifa’

Kredit gambar: hserdang.moh.gov.my

Maksudnya: “Ya Allah, limpahkanlah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengannya dapat menyembuhkan hati-hati (yang gelisah) dan dapat menyihatkan badan (dari segala penyakit) dan menjadi cahaya kepada pandangan (mata) dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabat Baginda.”

4. Doa ketika makan/minum ubat untuk minta disembuhkan daripada penyakit

Kredit gambar: hserdang.moh.gov.my

Maksudnya: “Dengan nama Allah Tuhan Yang Menyembuhkan. Dengan nama Allah Tuhan Yang Mencukupkan. Dengan nama Allah Tuhan Yang Memaafkan. Dengan nama Allah Tuhan Yang tidak dapat dimudaratkan oleh segala sesuatu sama ada di bumi dan di langit dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.”

5. Doa memohon kesembuhan

Aisyah R.A. pernah berkata, Rasulullah S.A.W. ketika menziarahi orang sakit atau mereka datang kepadanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَوِّذُ بَعْضَهُمْ يَمْسَحُهُ بِيَمِينِهِ أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Maksudnya: “Adalah Rasulullah SAW apabila menziarahi pesakit lantas dia memohon perlindungan kepada sebahagian mereka dengan menyapu dengan tangan kanannya seraya berdoa: “Hilangkanlah kesakitan wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada kesembuhan kecuali kesembuhan engkau, sembuh yang tidak membawa kepada sebarang sakit.” – Riwayat al-Bukhari (5750) dan Muslim (2191)

6. Ucapan istirja’

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٰجِعُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Daripada Ummu Salamah R.A., Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“مَا مِنْ مُسْلِمٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ مَا أَمَرَهُ اللهُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156]، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَخْلَفَ اللهُ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا”.

Maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin tertimpa musibah lalu ia membaca apa yang telah diperintahkan oleh Allah, “Innaa lillahi wainnaa ilaihi raaji’uun allahumma`jurnii fii mushiibati wa akhlif lii khairan minhaa (Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan akan kembali kepada Allah. Ya Allah, berilah kami pahala karena mushibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya)” melainkan Allah menukar baginya dengan yang lebih baik.” – Riwayat Muslim (918)

7. Doa menyembuhkan penyakit

اللَّهُمَّ اشْفِ مَرْضَانَا وَعَافِ مُبْتَلَانَا وَارْحَمْ مَوْتَانَا

Maksudnya: “Ya Allah! Sembuhlah orang sakit di kalangan kami. Afiatkanlah orang yang diuji di kalangan kami dan rahmatilah orang yang telah mati dari kalangan kami.”

8. Doa Nabi Ayub A.S.

Sumber: surah.my

Maksudnya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. – Surah Al-Anbiya, ayat 83

9. Doa menghindari penyakit (7x)

Sumber: Facebook @muftiWilayahPersekutuan

أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيْمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ

As alullaahal ‘azhiim, robbal ‘arsyil ‘azhiim, an yasyfiyak

Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah yang Maha Agung, Pemilik Arasy Yang Agung, agar Dia menyembuhkanmu.”

Sabda Rasulullah S.A.W.:

مَنْ عادَ مَرِيضاً لَمْ يَحْضُرْ أجَلُهُ، فَقالَ عِنْدَهُ: سَبْعَ مَرَّاتٍ: أسألُ اللَّهَ العَظِيمَ رَبّ العَرْشِ العَظِيمِ أنْ يَشْفِيكَ، إلاَّ عافاهُ اللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعالى مِن ذلِك المَرَضِ

Maksudnya: “Siapa yang menjenguk orang sakit, yang belum datang ajalnya. Kemudian dia membaca doa ini di dekatnya sebanyak 7 kali; maka Allah akan menyembuhkannya dari penyakitnya itu.” – HR. Abu Daud, Turmudzi, Hakim. Turmudzi mengatakan: Hasan gharib. Hadis ini dinyatakan hasan oleh Al-Hafidz Ibn Hajar)

10. Doa untuk bahagian anggota yang sakit

وروينا في صحيح مسلم رحمه الله، عن عثمان بن أبي العاص رضي الله عنه، أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده، فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضَعْ يَدَك عَلَى الَّذِي تَأْلَمُ مِنْ جَسَدِك، وَقُلْ بِسْمِ اللَّهِ ثَلَاثًا، وَقُلْ سَبْعَ مَرَّاتٍ أَعُوذُ بِاَللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ

Maksudnya: “Diriwayatkan kepada kami dalam Saahih Muslim rahimahullah, dari Utsman bin Abil ‘Ash R.A. bahwa ia mengadu kepada Rasulullah S.A.W. perihal penyakit yang ia rasakan pada tubuhnya. Rasulullah S.A.W. lalu mengatakan kepadanya, “Letakkan tanganmu pada bahagian tubuhmu yang dirasa sakit. Bacalah tiga kali, ‘Bismillah.’ Lalu bacalah tujuh kali, ‘A ‘uuzu billahi wa qudrotihi min syarri maajidu wa uhaadzir”

Doa Untuk Sembuh Dari Penyakit

Kredit gambar: istockphoto

Jadikanlah doa, selawat dan ucapan di atas sebagai satu amalan harian Mommy dan Daddy. Jika sedang menanggung kesakitan, semoga disembuhkan oleh Allah Yang Maha Penyembuh sehingga tiada meninggalkan sebarang sakit.

Jika untuk mereka yang tidak diuji dengan kesakitan, semoga berkat doa-doa ini, Mommy dan Daddy akan dijauhkan daripada segala jenis penyakit dan mendapat perlindungan dariNya.

InsyaAllah.

Berikut juga merupakan himpunan doa untuk orang sakit dan memohon kesembuhan dalam Islam.