Ibu, Bayi & Kanak Kanak

6 Doa Suami Isteri Yang Sangat Disyorkan Agar Rumah Tangga Diberkati & Kekal Harmoni

doa suami isteri

Kredit gambar: istockphoto

Seorang lelaki dan wanita itu mengikat ikatan sebagai suami isteri dengan harapan untuk mendapatkan rumah tangga yang bahagia. Seiring dengan waktu, membina keluarga kecil sendiri yang harmoni.

Tetapi, selain daripada usaha kita dalam mencapai tujuan itu, yang harus diutamakan adalah pengharapan dan pergantungan kepada Allah S.W.T.

Doa Suami Isteri Untuk Rumah Tangga Yang Berkat Dan Harmoni

Dalam setiap usaha kita, haruslah didahului dengan doa kepada Allah. Tidak kiralah untuk apa tujuan yang baik, pintalah kepada Allah terlebih dahulu dan barulah jalankan usaha kita semampunya.

Berikut adalah beberapa doa suami isteri yang elok untuk diamalkan, dengan pelbagai tujuan:

#1. Doa pada malam pertama

Ketika berakhirnya majlis perkahwinan dan tibanya malam pertama buat pasangan suami isteri, adalah dianjurkan untuk suami memegang kepala isteri dan membaca doa yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ini:

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا، وَأُعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

#2. Doa ketika ingin bersetubuh

Melalui perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat sebuah hadis Rasulullah S.A.W. yang telah dinyatakan doa untuk suami isteri ketika hendak bersetubuh:

لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ، لَمْ يَضُرَّهُ

Maksudnya: Sekiranya salah seorang dari kamu mendatangi isterinya lalu dia berkata: ‘’Bismillah, Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah kau rezekikan kepada kami’’. Maka apabila ditetapkan buat mereka berdua lahirnya seorang anak, maka syaitan tidak akan memberi kemudaratan kepadanya. – Riwayat Al-Bukhari (141)

Maka daripada hadis ini, berikut adalah doa ketika ingin bersetubuh:

بِسْمِ اللهِ، اَللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

Maksudnya: ‘’Bismillah, Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah kau rezekikan kepada kami’’.

#3. Doa ketika hendak terjadinya inzal

Selain daripada itu, ada juga doa pendek yang dianjurkan untuk dibaca apabila hendak terjadinya inzal (ejakulasi).

Kaedah membacanya adalah, doa ini hendaklah dibaca oleh suami di dalam hati dan tanpa menggerakkan bibir:

اَلْحَمْدَ لِلَّهِ الَّذِى خَلَقَ مِنَ المَاءِ بَشَرًا

#4. Doa untuk rumah tangga dan keluarga bahagia

Kredit gambar: istockphoto

Dalam perkongsian lain oleh Popbela, telah dikongsikan doa daripada Al-Quran untuk mendapatkan pasangan dan keluarga yang bahagia.

Allah telah berfiman di dalam Surah Al-Furqan, ayat 74:

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.”

#5. Doa dikurniakan anak yang soleh dan solehah

Tentunya impian buat pasangan suami isteri yang menginginkan anak, berharap agar Allah mengurniakan mereka anak yang soleh dan solehah.

Boleh amalkan doa ini sentiasa dengan penuh keyakinan dan pengharapan kepada Allah ya:

رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku keturunan yang baik dari sisiMu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa.”

Kredit gambar: istockphoto

#6. Doa agar dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat

Tiadalah kegembiraan yang paling menggembirakan tetapi apabila kita sekeluarga berkasih sayang di dunia dan dapat berkumpul kembali di syurga Allah. Nabi kita sentiasa berdoa dengan doa ini dan amatlah bagus untuk kita amalkan sentiasa:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: “Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta lindungilah kami dari azab api neraka.”

Doa Suami Isteri

Dalam setiap langkah perjalanan dan kehidupan kita, sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T. Ajarkanlah anak-anak Mommy dan Daddy untuk mengamalkannya dengan kefahaman dan keyakinan.

Semoga Allah memakbulkan doa-doa kita.


Rujuk panduan solat, zikir, doa dan ibadah-ibadah lain DI SINI.