Insomnia atau susah tidur merupakan masalah kesihatan umum yang dapat mempengaruhi kehidupan seseorang. Keadan ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, seperti kelelahan, tekanan fikiran, dan pengambilan makanan atau minuman tertentu.
Bagi umat Islam, susah tidur dapat diatasi dengan membaca doa-doa seperti doa susah tidur yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W.
Susah tidur dapat mengganggu aktiviti seharian dan kesejahteraan seseorang. Dalam Islam, Rasulullah S.A.W. telah memberikan petunjuk untuk mengatasi masalah ini melalui bacaan doa yang tepat.
Pilihan Bacaan Doa Susah Tidur Menurut Ajaran Rasulullah S.A.W.
#1. Pilihan Utama Doa Ketika Susah Tidur
Bacaan pertama yang diajarkan Rasulullah S.A.W. adalah:
اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ و هَدَأَتِ العُيونُ و أَنْتَ حَيٌّ قَبُّومٌ لا تَأْخُذُكَ سِنَةٌ ولا نَوْمٌ يا حَيُّ يا قَبُّومُ أَهْدِىء لَيْلي و أَنِمْ عَيْنِي
“Allahumma gharati’nnujum wa hadaatil`uyun wa Anta Hayyun Qayyum, la ta’khudzuka sinatun wa la nawm. Ya Hayyu ya Qayyum, ahdi layli wa anim `ayni.”
Maksudnya:
“Ya Allah, bintang-bintang telah hadir dan mata sedang beristirahat, tetapi Engkau Maha hidup dan Berdiri Sendiri. Engkau tidak mengantuk dan tidak tidur. Wahai Zat yang Maha hidup lagi maha berdiri sendiri, ciptakan malam yang tenang dan mataku tertidur.”
#2. Doa ketika Susah Tidur Pilihan Kedua
ثم أنزل عليكم من بعد الغم أمنة نعاسا يغشى طائفة منكم ۖ وطائفة قد أهمتهم أنفسهم
“Summa anzala ‘alaikum mim ba’dil-gammi amanatan nu’asay yagsya ṭa`ifatam mingkum wa ṭa`ifatung qad ahammat-hum anfusuhum.”
Maksudnya:
“Kemudian setelah kamu bersedih hati, Allah menurunkan kepada kamu tidur yang tenang, yang meliputi sekumpulan kamu, sementara sekumpulan orang takut kepada diri mereka sendiri.”
#3. Hilangkan Rasa Gelisah, Marah untuk Mudahkan Tidur
“A’uudzu bikalimaatillahit tammaati min ghodlobihi wa min syarri ‘ibaaadihi wa min hamazaatisy syayaatiina wa ayyahdluruun”.”
Maksudnya:
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kemarahan-Nya, dan dari keburukan hamba-hamba-Nya, serta dari berbagai godaan syaitan dan kehadirannya.”
#4. Doa Pilihan Terakhir
“A’uudzu bi kalimatilllaahit-taammaati min syarri maa kholaq.”
Maksudnya:
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaan-Nya.”
Dengan membaca doa-doa ini, umat Islam diharapkan dapat mendapatkan ketenangan dan rahmat dari Allah saat menghadapi kesulitan tidur. Semoga dengan merenungkan makna doa-doa ini, kita dapat mencapai tidur yang nyenyak dan bangun dengan tubuh yang segar untuk menjalani aktiviti harian.
Dapatkan pelbagai lagi panduan doa dan ibadah yang lain di SINI!