Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Tahiyat Akhir Dengan Cara Bacaan Yang Betul Sebagai Rukun Sah Solat

Sumber: ilmualam.com

Tahiyat akhir merupakan salah satu rukun dalam solat yang wajib dilakukan. Ia terdiri daripada pergerakan anggota dan kerja lidah yang mesti dilaksanakan dengan cara-cara yang tertentu.

Doa/Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Jawi

Highlighted

Sumber: ilmualam.com

اَلتَّحِيَّاتُ الْمُبَارَكَاتُ الصَّلَوَاتُ الطَّيِّبَاتُ ِللهِ، السَّلاَمُ عَلَيْكَ اَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلاَمُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِاللهِ الصَّالِحِيْنَ، أَشْهَدُ اَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّاللهُ وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ اللهُ، اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَرَكْتَ عَلَى
اِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ اِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Doa/Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Rumi

Sumber: ilmualam.com

Attahiyyatul mubarakaatus solawaatut thoiyyibatu lillaah.

Assalaamu’alaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh.

Assalaamu’alaina wa’alaa ‘ibaadillaahis soolihiin.

Asyahadu allaa illaaha illallaah.

Waasyhadu anna Muhammadar Rasulullaah.

Allahumma solli ‘alaa Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad.

Kamaa sollaita ‘ala Sayyidina Ibrahiim wa ‘ala ali Sayyidina Ibrahiim.

Wabarik ‘ala Sayyidina Muhammad wa ‘ala ali Sayyidina Muhammad.

Kamaa barakta ‘ala Sayyidina Ibrahim wa ‘ala ali Sayyidina Ibrahim fil ‘aalamiina innaka hamiidum majiid.

Terjemahan Doa/Bacaan Tahiyat Akhir Dalam Bahasa Melayu

“Segala ucapan selamat yang berkat-berkat (berganda-ganda) dan doa yang baik-baik semuanya untuk ALLAH.

Selamat sejahtera atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Dan selamat sejahtera atas kita dan juga hamba-hamba Allah yang baik-baik.

Aku mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah.

Ya Allah anugerahkanlah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah anugerahkan kesejahteraan atas Ibrahim dan keluarga Ibrahim.

Dan berkatilah Nabi Muhammad dan keluarga Nabi Muhammad. Seperti yang Engkau telah berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi.” – Sumber: ilmualam.com

Cara Bacaan Tahiyat Akhir Yang Betul Sebagai Rukun Sah Solat

Menurut Kalam Insani, duduk pada tahiyat akhir merupakan rukun fi’eli iaitu pergerakan kerja seluruh anggota badan. Ia mesti dilakukan pada rakaat yang terakhir dalam solat anda.

Dari segi bacaan pula, doa/bacaan pada tahiyat akhir terdiri daripada 3 rukun solat yang mesti dibaca:

  • tahiyat akhir
  • selawat ke atas Rasulullah S.A.W.
  • salam yang pertama

Kesemuanya adalah rukun qauli dalam solat iaitu kerja lidah yang hukumnya adalah:

  • wajib dilafaz dengan lidah iaitu bersuara
  • boleh didengari telinga sendiri
  • sebutan setiap mahraj hurufnya yang betul dan tepat

Mustajabnya Doa Sebelum Memberi Salam

Sumber: ilmualam.com

Setelah selesai membaca doa tahiyat akhir , waktu ini adalah waktu yang mustajab untuk anda berdoa kepada Allah. Telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A., beliau telah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” [Riwayat Muslim (588)]

Antara doa yang dianjurkan untuk dipinta ketika ini iaitu sebelum anda memberi salam ialah doa memohon keampunan, bebas dari cengkaman hutang dan doa perlindungan seperti di atas.

Jangan lupa untuk cuba amalkan ya. Semoga kita dapat meraih redha dan kasih sayang Allah S.W.T. melaluinya.

Jom Perkasakan Bacaan Doa Tahiyat Akhir Dan Perbaiki Pergerakan Dalam Solat

Pergerakan dan bacaan tahiyat akhir ini mestilah dilakukan dengan betul. Seperti yang dikongsikan di atas, marilah kita sama-sama memperbetulkan apa yang salah dalam solat kita dan memperbaiki mana-mana cara kita yang terkurang.

InsyaAllah. Jom amalkan himpunan doa yang kita boleh baca selepas selesai solat fardhu!