Selepas pengebumian hamba Allah yang telah meninggal, talkin akan dibacakan dan akan disusuli pula majlis tahlil untuknya.
Doa Tahlil Untuk Arwah – Teks Bacaan Dan Terjemahannya
Ketika majlis tahlil diadakan, akan dibacakan doa pembuka, surah-surah dan ayat tertentu dan doa tahlil untuk arwah.
Berikut adalah contoh teks bacaan lengkap doa tahlil dan terjemahannya daripada UniSZA:
Kehadrat penghulu kami, kekasih kami dan penolong kami Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada semua roh ibubapa, para sahabat dari kalangan nabi-nabi dan rasul-rasul, rahmat Allah ke atas Nabi Muhammad dan mereka semuanya dan ke atas keluarga setiap sahabat dan sanak saudara dan pengikut-pengikut semuanya beroleh kebaikan hingga hari akhirat. Kepada roh ibubapa kami, guru-guru kami dan orang yang mempunyai hak ke atas diri kami sekalian.
Al-Fatihah
Al-Fatihah
(1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
(5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus
(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Surah dan Ayat Seterusnya
- Surah Al-Ikhlas
- La ilaha illallahu wallah hu akbar
- Surah Al-Falaq
- La ilaha illallahu wallah hu akbar
- Surah An-Nas
- La ilaha illallahu wallah hu akbar
- Surah Al-Fatihah
- Surah Al-Baqarah, ayat 1 hingga 5
- Surah Al-Baqarah, ayat 163
- Surah Al-Baqarah, ayat 255 (Ayat Kursi)
- Surah Al-Baqarah, ayat 284, 285 dan 286
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, kasihanilah kami.
Rahmat Allah dan keberkatanNya ke atas kamu, ahli keluarga Rasulullah. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, Wahai ahlil bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengucap selawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman ucapkan selawat dan salam yang selayaknya ke atas baginda.
Ya Allah, kami pohon setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas semulia-mulia makhlukMu iaitu kekasih Allah, penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabatnya akan beberapa maklumat dan kalimat, apabila para pengingat menyebutMu, dan pelupa-pelupa pula melupaiMu.
Ya Allah, kami pohon setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas makhlukMu iaitu cahaya pagi, penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabatnya akan beberapa maklumat dan kalimat, apabila para pengingat menyebutMu, dan pelupa-pelupa pula melupaiMu.
Ya Allah, kami pohon setinggi-tinggi selawat dan salam ke atas semulia-mulia makhlukMu iaitu bulan purnama, penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya dan sahabatnya akan beberapa maklumat dan kalimat, apabila para pengingat menyebutMu, dan pelupa-pelupa pula melupaiMu .
Dan Allah Taala meredhai pemimpin-pemimpin kami dan sahabat-sahabat rasul semuanya. Dan cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung dan tidak ada upaya melainkan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar.
Aku memohon keampunan dari Allah yang Maha Besar KekuasaanNya. Sebaik-baik zikir maka ketahuilah sesungguhnya ia adalah:
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah (Yang hidup, Yang kekal)
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah (Yang hidup, Yang sebenar-benar wujud)
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah (Yang hidup, Yang dihajati)
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah.
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Muhammad itu kekasih Allah.
Ya Allah aku pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Ya Allah aku pohon selawat ke atas Nabi Muhammad Ya Tuhan selawat dan salam ke atasnya.
Al-Fatihah
Doa Tahlil
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya. Wahai Tuhan kami, kepadaMu tertumpu segala pujian sebagaimana layak bagi kebesaran pemerintahanMu.
Ya Allah, kami pohonkan selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad sebagai selawat yang melepaskan diri kami dari bala bencana, Tunaikanlah Ya Allah segala hajat kami, dan selawat itu Engkau bersihkan kami dari segala keburukan dan Engkau angkatkan kami disisiMu setinggi darjat dan Engkau sampaikan ke hujung harapan dan cita-cita kami dari segala kebaikan semasa kami hidup dan selepas mati. Maha suci Engkau Ya Allah, kami tidak dapat mengira pujian kami ke atasMu sebagaimana Engkau puji ke atas diriMu, maka kepadaMu segala pujian
sehingga Engkau redhai dan untukMu pujian apabila Engkau redha dan untukMu pujian selepas Engkau redha.
Ya Allah pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di permulaan dan pohon selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad di hari penghabisan dan pohon selawat ke atas Nabi Muhammad setinggi-tingginya sehingga hari kiamat dan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad sehingga diwarisi bumi dan Engkau adalah sebaik-baik pewaris.
Ya Allah jadikanlah, sampaikanlah dan terimalah pahala bacaan yang kami baca daripada kitab Al-Quran yang agong, dan pahala bacaan yang kami tahlilkan dari “La ilaha illallah” dan pahala bacaan istighfarnya dan pahala bacaan zikir dari sebutan “Ya Allah” dan pahala selawat dan salam kami ke atas Nabi Muhammad pada saat yang berkat ini sebagai hadiah dari kami sebagai penghubung dan ia sebagai rahmat dariMu yang turun membawa berkat yang meliputi,
juga sebagai sedekah yang diterima, dikemukakan dan dihadiahkan kehadrat penghulu kami Nabi Muhammad S.A.W. kemudian kepada roh-roh para isterinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan tabiin, tabi’ tabiin bagi mereka kebaikan hingga hari kiamat.
Ya Allah, jadikan selawat itu pemisah, penyelamat, pendinding dan penebus mereka dari api neraka.
Ya Allah, ampunilah, kasihanilah, sihatkanlah dan maafkanlah mereka. Kemudian berikanlah pahala sedemikian juga kepada roh-roh ibubapa kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala kepada ibubapa kami dan guru-guru kami dan berikanlah juga pahala kepada ibubapa dan guru-guru kepada ibubapa kami seterusnya sekelian orang Islam dari timur ke barat.
Ya Allah, jadikanlah kami dan rakan-rakan kami dan rakan ibubapa kami juga dengan sekelian yang hadir dan ibubapa mereka semuanya
berada dalam rahmat dan kasih sayang. Masukkan kami dan mereka ke dalam syurgaMu yang saujana luas, Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, penganugerahan yang mengindahkan langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Ya Allah, pohon pindahkan dari mereka kesempitan lubang kubur dan lahad kepada syurga abadiMu, kepada naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak yang tidak terhenti buahnya dan tidak terlarang mengambilnya dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk bersama orang-orang yang mendapat nikmat yang terdiri dari para-para Nabi, siddiq, syahid, orang-orang Solih dan Orang-orang yang mendampingi mereka dengan baik, Wahai Tuhan Yang Amat Kasih Sayang.
Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.
Al-Fatihah
(1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
(2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam
(3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)
(5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
(6) Tunjukilah kami jalan yang lurus
(7) Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Doa Penutup
Perkenankanlah permintaan kami ya Allah, wahai tuhan yang mentadbir seluruh alam. Ya Tuhan kami, terimalah doa kami, Sesungguhnya Engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Janganlah Engkau mengenakan kami dosa-dosa besar, wahai Tuhan yang Maha Mulia dan kami akhiri doa ini dengan segala pujian bagi Mu Allah Tuhan semesta Alam. Semoga Allah menerima doa kita semua.
Selawat Nabi
Wahai Nabi, semoga sejahtera engkau.
Wahai Rasul, semoga sejahtera engkau.
Wahai Kekasih, semoga sejahtera engkau.
Semoga engkau dirahmati Allah.
Telah terbitlah bulan purnama ke atas kami.
Maka samarlah bintang-bintang kerananya.
Kami tidak pernah melihat orang secantik engkau.
Wahai wajah yang berseri-seri.
Engkaulah matahari, engkaulah bulan.
Engkaulah cahaya di atas cahaya.
Engkau logam yang menjadi emas.
Engkaulah pelita hati.
Wahai Kekasihku, wahai Muhammad.
Wahai pengantin dua makhluk.
Wahai orang yang dikuatkan, wahai orang yang dimuliakan.
Wahai Imam dua Kiblat.
Tuhan yang mengetahui semua rahsia dan yang tersembunyi.
Yang memperkenankan segala permintaan.
Wahai Tuhan, rahmatilah kami semua.
Dengan seluruh kebaikan.
Semoga rahmat Allah tetap ke atas Muhammad.
Sebanyak baris-baris tulisan ini.
Saya terpuji pembawa petunjuk Muhammad.
Yang mempunyai wajah yang terang-benderang
Penghormatan Terakhir
Membaca doa tahlil adalah salah satu penghormatan terakhir yang kita boleh berikan kepada almarhum tersayang. Semoga kita sentiasa cekal untuk meneruskan kehidupan dan sentiasa beringat bahawa kematian itu sesuatu yang pasti.