Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Pilihan Doa Tolak Bala Untuk Perlindungan Diri Segala Musibah

doa tolak bala

Kredit gambar: www.getquranic.com

Doa tolak bala menurut Islam adalah salah satu aspek penting dalam amalan agama yang dilakukan oleh semua umat Islam. Doa ini mempunyai maksud yang mendalam dan merujuk kepada cara untuk memohon perlindungan daripada musibah, kesusahan, dan penyakit yang boleh menimpa individu atau masyarakat.

Dalam ajaran Islam, bala boleh datang dari pelbagai sudut, termasuk bencana alam, wabak, kemalangan, malah ancaman yang tidak dapat dilihat oleh mata.

Oleh itu, umat Islam amat digalakkan untuk meminta kepada Allah melalui doa bagi segala perlindungan, keselamatan, dan penolakan terhadap segala bentuk bala yang mungkin mengancam diri.

Di bawah ini, terdapat beberapa pilihan doa tolak bala yang kita boleh amalkan. Untuk ketahui apakah doa tolak bala tersebut, ikuti perkongsian di bawah!

Senarai Doa Tolak Bala

Highlighted

Kredit gambar: yaqeeninstitute.org.my

#1. Doa Tolak Bala dengan Memohon Perlindungan Dari Bala yang Berat

Doa ini telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasa’i. Bacaannya adalah seperti:

اللهم إني أعوذ بك من جهد البلاء ودرك الشقاء وسوء القضاء وشمائة الأعداء

Allahumma inni a’udzubika min jahdil balaa-i wa darkisyaqa- i wa syamaatatil a’daa-i

Maksudnya:

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari malapetaka yang berat, kecelakaan yang menimpa, rezeki yang buruk, dan kejahatan musuh yang zalim.”

#2. Doa Agar Terhindar Dari Segala Mudarat

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Bismillahilladzi laa yadhurru ma’asmihi syai-un fil ardhi wa laa fis samaa’ wa huwas samii’ul ‘aliim

Maksudnya:

“Dengan nama Allah, tidak ada sesuatu pun di bumi dan di langit yang dapat membahayakan. Dialah Dzat Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Doa ini berasal dari Utsman bin Affan r.a. Beliau berkata bahAwa Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Tidaklah seorang hamba mengucapkan setiap pagi dari setiap harinya dan setiap petang dari setiap malamnya kalimat: bismillahilladzi laa yadhurru … sebanyak tiga kali, maka tidak akan ada apa pun yang membahayakannya.”

(Hadis Riwayat Abu Daud no. 5088, Tirmidzi no. 3388, dan Ibnu Majah no. 3388)

#3. Doa Ketika Terkena Wabak dan Musibah

اللهـم ادفع عنا الغلاء والبلاء والوباء والفحشاء والمنكر والشيوف المختلفة والشدائد والمحن ما ظهر منها وما بطن من بلدنا هذا خاصة ومن بلدان المسلمين عامة إنك على كل شيئ قدير

Allaahummadfa’ ‘annal ghalaa-a, wal balaa-a, wal wabaa-a, wal fahsyaa-a, wal munkara, was-suyuufal mukhtalifata, wasy-syadaa-ida, wal mihana maa zhahara minhaa, wa maa baathana min baladinaa haadzaaa khaassatan, wa min buldaanil muslimiina’aammatan. Innaka’alaa kulli syai’in qadiir.

Maksudnya:

“Ya Allah, selamatkanlah kami dari bala, malapetaka dan bencana, kekejian dan kekufuran, perselisihan yang bermacam-macam. kekejaman dan peperangan, yang kelihatan dan tersembunyi di negara kita khususnya, dan di negara-negara Islam amnya. Sesungguhnya Engkau Ya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

#4. Doa Agar Diberi Perlindungan Dari Segala Bala

اللهم ياوالي الولاء وياكاشف الضراء والبلاء، اصرف عنا القحط والطعون وجميع انواع البلاء، ادفع عنا شر الاعداء بحرمة سيدنا محمد المصطفى وبحرمة خديجة الكبرى وبحرمة عائشة البشري وبحرمة فاطمة الزهراء وبحرمة على المرتضى وبحرمة حسين الشهيد بكربلاء وبحرمة وما رميت اذ رميت ولكن الله رمى وبحرمة وليبلي المؤمنين منه بلاء حسنا وبحرمة خیر حافظا وهو أرحم الراحمين وبحرمة دعواهم فيها سبحنك اللهم وتحيتهم فيها سلام وآخر دعواهم ان الحمد لله رب العالمين.

Allahumma yaa waliyal walaa-I way aa kaasyifad dharraa-I wal balaa-I, ishrif ‘anna syarral a’daa-I bi hurmati sayyidina muhammadinil mushtofaa wa bi hurmati khodiijatal kubraa wa bi hurmati ‘aaisyatal busyraa wa bi hurmati faatimataz zahraa wa bi hurmatii ‘aliyyul murtadhoo wa bi hurmati husaynu asy-syahiidu, bikarbalaa-I, wa bi hurmati wa maa ra mayta idz ramayta wa lakinnallaaha romaa wa bi hurmati yaa waliyyul mu’miniina minhu balaa-an hasanan wa bi hurmati da’waahum fiiha subhaanaka allahumma wa tahiyyatuhum fiiha salaamun wa aakhoru da’waahum an alhamdulillai rabbil ‘aalamiin.

Maksudnya:

“Ya Allah, pemelihara segala pemegang amanah, wahai yang menjauhi bahaya dan bencana, selamatkanlah kami dari kemarau, tiada hujan), penyakit berjangkit (tha’un), dan berbagai macam musibah. Tolaklah dari kami kejahatan musuh kami dengan penghormatan pemimpin kami, iaitu Nabi Muhammad Al Mustafa, dengan penghormatan Khadijah Al-Kubra, dengan penghormatan Aisyah Al-Busyra, dengan penghormatan Fatimah Az-Zahra, dengan kehormatan ‘Ali Al-Murtadha, dengan penghormatan Husain, syahid di Karbala, dengan kehormatan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah yang melempar, dengan kehormatan menggantikan musibah yang menimpa orang-orang mukmin dengan kebaikan. , dengan kemuliaan hanya Allah sebaik-baik penjaga dan Dia Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan memuliakan doa mereka terhadap semuanya itu. Maha Suci Engkau, Ya Allah, limpahkan kepada mereka keselamatan, sebagai penutup solat mereka, segala puji dan sembah hanya untuk Allah, Tuhan Pencipta alam semesta.”

#5. Memohon Doa Tolak Bala Setelah Selesai Solat

Dalam doa tolak bala ini terdapat memohon keselamatan kepada Allah SWT dari segala bencana ujian di dunia dan juga di akhirat. Akhmad Najibul Khairi dalam buku Doa-Doa Harian Rasulullah menerangkan bahwa doa ini biasanya dibacakan setelah selesai shalat di rumah, mushola, atau di masjid:

اللَّهُمَّ افْتَحْ لَنَا أَبْوَابَ الخَيْرِ وَأَبْوَابَ البَرَكَةِ وَأَبْوَابَ النِّعْمَةِ وَأَبْوَابَ الرِّزْقِ وَأَبْوَابَ القُوَّةِ وَأَبْوَابَ الصِّحَّةِ وَأَبْوَابَ السَّلَامَةِ وَأَبْوَابَ العَافِيَةِ وَأَبْوَابَ الجَنَّةِ اللَّهُمَّ عَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلَاءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الآخِرَةِ وَاصْرِفْ عَنَّا بِحَقِّ القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَبِيِّكَ الكَرِيْمِ شَرَّ الدُّنْيَا وَعَذَابَ الآخِرَةِ،غَفَرَ اللهُ لَنَا وَلَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ العِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلَى المُرْسَلِيْنَ وَ الْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ

Allȃhummaftah lana abwabal khair, wa abwabal barakah, wa abwaban ni‘mah, wa abwabar rizqi, wa abwabal quwwah, wa abwabas shihhah, wa abwabas salamah, wa abwabal ‘afiyah, wa abwabal jannah. Allahumma ‘afina min kulli bala’id dunya wa ‘adzabil akhirah, washrif ‘anna bi haqqil Qur’anil ‘azhim wa nabiyyikal karim syarrad dunya wa ‘adzabal akhirah. Ghafarallahu lana wa lahum bi rahmatika yȃ arhamar rahimin. Subhana rabbika rabbil ‘izzati ‘an ma yashifun, wa salamun ‘alal mursalin, walhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Maksudnya:

“Ya Allah, bukakanlah untuk kami pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kenikmatan, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu afiyah, dan pintu-pintu daripada syurga. Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala ujian dunia dan azab akhirat.”

Jauhkan kami dari keburukan dunia dan azab akhirat dengan hak al-Quran yang agung dan darjat nabiMu yang pengasih. Semoga Allah mengampuni kita dan mereka. Wahai Zat Yang Maha Pengasih.

Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang memiliki keagungan, dari segala yang mereka sifatkan. Salam sejahtera buat para rasul. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

#6. Doa Memohon Keselamatan Diri

Anda juga boleh mengamalkan doa untuk meminta keselamatan di dunia dan di akhirat kepada Allah S.W.T. melalui doa yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah iaitu:

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِيْنِيْ وَدُنْيَايَ وَأَهْلِيْ وَمَالِيْ، اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِيْ وَآمِنْ رَوْعَاتِيْ. اَللَّهُمَّ احْفَظْنِيْ مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِيْ، وَعَنْ يَمِيْنِيْ وَعَنْ شِمَالِيْ، وَمِنْ فَوْقِيْ، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِيْ

Allohumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyata fid dun-yaa wal aakhiroh. Allohumma innii as-alukal ‘afwa wal ‘aafiyata fii diinii wa dun-yaaya wa ahlii wa maalii. Allohumas-tur ‘awrootii wa aamin row’aatii. Allohummahfazh-nii mim bayni yadayya wa min kholfii wa ‘an yamiinii wa ‘an syimaalii wa min fawqii wa a’uudzu bi ‘azhomatika an ugh-taala min tahtii.

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebaikan dan keselamatan di dunia dan akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kebaikan dan keselamatan dalam agama, dunia, keluarga dan harta.”

Ya Allah, tutupilah auratku (aib dan sesuatu yang tidak layak dilihat orang) dan hiburkan aku dari ketakutan. Ya Allah, lindungilah aku dari hadapan, belakang, kanan, kiri dan atasku. Aku berlindung dengan kebesaran-Mu agar aku tidak disambar dari bawahku (oleh ular atau ditenggelamkan ke dalam bumi dan malapetaka lain yang menjatuhkanku).”

7. Doa Permohonan untuk Takdir Baik

Doa supaya memperoleh takdir yang baik ini telah diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah, malah Al-Hafizh Abu Thahir juga turut mengatakan bahawa sanad hadis ini adalah sahih. Doanya ialah:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ مَا سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَاذَ بِهِ عَبْدُكَ وَنَبِيُّكَ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الجَنَّةَ وَمَا قرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَولٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَعُوْذُ بِكَ مَنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ ، وَأَسْأَلُكَ أَنْ تَجْعَلَ كُلَّ قَضَاءٍ قَضَيْتَهُ لِي خَيْرً

Allohumma inni as-aluka minal khoiri kullihi ‘aajilih wa aajilih, maa ‘alimtu minhu wa maa lam a’lam, wa a’udzu bika minasy syarri kullihi ‘aajilih wa aajilih maa ‘alimtu minhu wa maa lam a’lam. Allohumma inni as-aluka min khoiri maa sa-alaka ‘abduka wa nabiyyuk muhammadun shallallahu ‘alaihi wa sallam, wa a’udzu bika min syarri maa ‘aadza bihi ‘abduka wa nabiyyuk. Allohumma inni as-alukal jannah wa maa qorroba ilaihaa min qoulin aw ‘amal, wa ‘audzu bika minan naari wa maa qorroba ilaihaa min qoulin aw ‘amal, wa as-aluka an taj’ala kulla qodhoo-in qodhoitahu lii khoiroo

Maksudnya:

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu segala kebaikan yang disegerakan atau ditangguhkan, apa yang aku ketahui dan tidak aku ketahui. Aku berlindung kepada-Mu dari segala kejahatan, baik yang tergesa-gesa maupun yang ditangguhkan, baik yang aku ketahui maupun yang tidak aku ketahui.

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan dari apa yang hambaMu dan Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam minta kepadaMu dan aku berlindung kepadaMu dari apa yang diminta oleh hamba dan nabiMu.

Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkannya dengan perkataan dan perbuatan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari api neraka dan apa yang mendekat kepadanya, baik dengan perkataan maupun perbuatan. Dan aku memohon kepadaMu segala takdir yang Engkau tentukan itu baik untukku.”

8. Doa Keselamatan di Dunia dan Akhirat

Dalam buku Doa dan Zikir Harian Nabi, Imam Abu Wafa mengatakan terdapat doa untuk keselamatan di dunia dan akhirat yang boleh anda ajarkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi iaitu:

اَللهُمَّ اِنَّا نَسْئَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ. اَللهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِىْ سَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّارِ وَالْعَفْوَ عِنْدَ الْحِسَابِ

Allahumma innaa nas-aluka salaamatan fiddiini wa ‘afiyatan fil jasadi wa ziyaadatan fil ‘ilmi wa barokatan fir-rizqi wa taubatan qablal mauti wa rohmatan ‘indal mauti wa maghfirotan ba’dal mauti, allahummaa hawwin ‘alainaa fil sakaraatil mauti wannajaata minan naari wal ‘afwa ‘indal hisaab.

Maksudnya:

“Ya Allah, kami memohon kepada-Mu keselamatan dalam agama, dan kesejahteraan/kesegaran badan dan penambahan ilmu, dan keberkatan dalam rezeki, dan taubat sebelum mati dan rahmat ketika mati, dan keampunan sesudah mati.

Ya Allah, permudahkanlah kami ketika kami mencabut nyawa, selamat dari api neraka dan berilah keampunan jika kami mengambil kira amalan kami.”

Selain melakukan tindakan yang perlu dilakukan dalam menghadapi bencana atau kesulitan, membaca doa tolak bala juga merupakan satu usaha yang perlu dipraktikkan. Semoga kita semua beroleh kebaikan dengan perkongsian ini!


Dapatkan panduan ibadah yang lain di SINI!