Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Pilihan Terbaik Zikir dan Doa Untuk Bayi Tidur Lena

doa untuk bayi tidur lena

Kredit gambar: www.dailysabah.com

Adakah bayi Mommy susah tidur terutama pada waktu malam? Jangan risau, Mommy sebenarnya tidak keseorangan kerana ramai ibu bapa di luar sana yang turut bergelut untuk menidurkan bayi mereka.

Sebagai orang Islam, terdapat langkah praktikal yang boleh anda ambil untuk memperbaiki tidur bayi anda cara dengan vara yang begitu mudah iaitu dengan mengamalkan doa untuk bayi tidur lena seperti yang kami kongsikan dalam perkongsian di bawah.

Dalam artikel ini, Mommy rujuk beberapa petikan doa dan zikir yang dapat membantu bayi anda tidur dengan nyenyak. Jom lihat!

Senarai Doa untuk Bayi Tidur Lena

Highlighted

Kredit gambar: www.islamic-relief.org.uk

#1 Selawat Nabi S.A.W

Mommy boleh cuba baca selawat Nabi S.A.W. sebanyak 30x atau 3x dengan niat untuk pujian kepada nabi serta memudahkan anak anda tidur tanpa sebarang gangguan dari syaitan.

Allaahumma shalli ‘alaa Muhammad wa’alaa aali Muhammad

#2 Membaca Ayat Kursi antara Doa untuk Bayi Tidur Lena

Amalkan membaca ayat Kursi setiap pagi, petang dan malam supaya bayi Mommy dilindungi daripada gangguan makhluk halus, jin dan syaitan serta hal memudaratkan yang lain.

Maksud Ayat Kursi:

Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(Surah Al-Baqarah : 255)

#3 Surah Al-Qadr

Boleh juga amalkan Surah Al-Qadr untuk memudahkan bayi tidur malam dengan nyenyak.

Maksud Surah Al-Qadr:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!”

#4. Doa untuk Bayi Tidur Lena Yang Diajarkan Rasulullah S.A.W.

At-Tabraniy dan Ibn al-Sunni, dari Hajjaj bin Imran As-Sadusiy, dari Amru bin Al-Husain, dari Muhammad bin Abdillah dari Thaur bin Yazid dari Khalid bin Ma’dan dari Abdul Malik bin Marwan telah meriwayatkan bahawa:

Zaid bin Thabit pernah mengadu kepada Rasulullah S.A.W. tentang penyakitnya setiap malam iaitu tidak boleh tidur malam (insomnia). Rasulullah S.A.W kemudian mengajarnya doa ini. Beliau akhirnya dapat tidur nyenyak dengan mengamalkan doa ini sentiasa.

“Ya Allah, telah malap bintang-bintang, dan telah tenang mata-mata manusia, dan Engkau maha berkuasa, Wahai yang Maha Berkuasa, lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini.”

#5. Membaca Surah Al-Fatihah

Selain itu, Surah Al-Fatihah juga mempunyai khasiatnya yang sangat hebat. Sebelum membaca surah lain, Mommy boleh amalkan membaca surah ini terlebih dahulu dengan niat supaya Allah S.W.T. permudahkan urusan untuk tidurkan bayi dengan lena.

#6 Membaca Surah Al-Ikhlas sebagai Doa untuk Bayi Tidur Lena

Dengan mengamalkan surah Al-Ikhlas juga, Mommy sebenarnya dapat memperoleh 3 perkara iaitu kesihatan, kesukaran dan hajat. Sekiranya bayi sukar tidur, baca doa ini dengan niat supaya bayi dapat tidur dengan lena tanpa gangguan.

Senarai Zikir untuk Bayi Tidur Lena

Selain petikan ayat Al-Quran, zikir juga memainkan peranan yang sama. Mommy boleh cuba zikir-zikir yang disenaraikan di bawah iaitu:

#1. Zikir La ilaha illallah

La illaha illallah

La illaha illallah

La illaha illallah

Muhammadur rasulullah

Ya zaljalali wal ikram

Ya zaljalali wal ikram

Ya zaljalali wal ikram

Amitna ‘ala dinil islam

(ulang semula ayat dari atas sehingga anak Mommy tidur  dengan nyenyak)

Maksudnya:

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Wahai Tuhan yang mempunyai sifat Keagungan dan sifat Pemurah, matikanlah kami dalam agama Islam.”

#2. Zikir munajat

Hasbi rabbi jallallah

Mafi qalbi ghairullah

Nur muhammad sallallah

Lailahaillallah

Maksudnya:

“Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku, Tiada di dalam hatiku, melainkan Allah dan nur (cahaya) Muhammad SAW. Tiada Tuhan melainkan Allah,”

#3. Zikir penerang hati

Hasbunallah wani’mal wakil

Ni’mal maula wani’man nasir

Hasbunallah wani’mal wakil

Ni’mal maula wani’man nasir

Maksudnya:

“Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung. Cukuplah Allah sebagai penolong. Dan sebaik-baik pelindung.”

#4. Zikir fatimah sebelum tidur

Subhanallah (33 kali)

Alhamdulillah (33 kali)

Laillahaillallah (33 kali)

Allahuakbar (33 kali)

La ilaha illallahu wahdahu la sharika lahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli shay in qadir

Maksudnya:

“Maha Suci Allah. Segala puji hanya untuk Allah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Allah Maha Besar. Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sekutu bagi Nya. Bagi Nya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha kuasa atas segala sesuatu.”

#5. Zikir bismillahillazi

Bismillahilazi la yadurru maasmihi shaiun fil ardi wa la fis samaaie

Wahuwas samiul alim

Maksudnya:

“Dengan nama Allah yang bersama Nya sesuatu itu tidak berbahaya di bumi dan di langit.”

Amal 5 Tips Ini untuk Bayi Tidur Lena

Kredit gambar: www.christianity.com

#1. Cuba Teknik 5 S

Kaedah ini memperkenalkan “5 S”, satu set teknik untuk membantu menenangkan bayi anda dan menggalakkan tidur yang lebih nyenyak iaitu:

  • Membedung: Membungkus bayi anda dengan kemas meniru perasaan berada di dalam rahim, memberikan keselesaan dan keselamatan.
  • Kedudukan Sisi atau Perut: Memegang bayi anda di sisi atau perut boleh membantu mereka berehat, tetapi ingat untuk meletakkannya di belakang di dalam katil bayi untuk tidur.
  • Shushing: Mencipta bunyi shushing meniru persekitaran rahim yang boleh menenangkan bayi anda.
  • Berayun: Menggoyang atau menghayun bayi anda secara perlahan boleh membantu mereka tertidur.
  • Menghisap: Bayi berasa selesa semasa menghisap, jadi menawarkan puting boleh membantu mereka menenangkan diri mereka untuk tidur.

#2. Tetapkan Rutin Terang-Gelap

Bayi sedang menyesuaikan diri dengan kitaran terang dan gelap dunia, yang baru bagi mereka selepas menghabiskan masa dalam rahim yang gelap. Untuk membantu bayi anda membezakan antara siang dan malam:

  • Masa Mati Lampu: Tetapkan masa yang konsisten untuk mematikan lampu setiap malam. Ini membantu memberi isyarat kepada bayi anda bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
  • Rutin Waktu Tidur: Buat rutin waktu tidur biasa dengan aktiviti menenangkan seperti mandi, membaca atau bergoyang lembut. Rutin ini menyediakan bayi anda untuk tidur.

#3. Fahami Rutin Bayi Bangun Malam

Bagi bayi yang masih kecil, bangun pada waktu malam adalah normal dan perlu untuk menyusu. Mommy perlu faham apakah punca dan cara tanganinya.

#4. Bersabar

Bayi bangun pada waktu malam adalah perkara biasa untuk 6 bulan pertama. Jangan stress, ia adalah bahagian semula jadi dalam perkembangan mereka.

#5. Menenangkan Diri

Sekitar 4 bulan, bayi mula mengembangkan kebolehan menenangkan diri. Galakkan ini dengan memastikan bilik tenang semasa penyusuan malam, biarkan mereka meragam sebentar sebelum memberi makan, dan gunakan teknik lembut seperti puting atau sentuhan yang menenangkan.

Membuatkan bayi Mommy tidur boleh menjadi mencabar, tetapi dengan semua petua ini, anda boleh menjadikan prosesnya lebih lancar. Ingat, corak tidur bayi Mommy akan berubah dari semasa ke semasa.

Dengan mengikuti perkongsian ini, Mommy bukan sahaja akan membantu bayi anda tidur dengan lebih lena tetapi juga mewujudkan persekitaran yang lebih tenang untuk diri Mommy sendiri. Selamat beramal!


Lihat panduan berkaitan agama dan ibadah yang lain di SINI!