Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Penawar Segala Gelisah – Himpunan Doa Untuk Hilangkan Stress dan Tekanan Yang Pastinya Mujarab!

Sebagai manusia yang tidak akan lari dari sebarang kesilapan serta diuji dengan ditimpa sebarang musibah dan masalah yang akan mempengaruhi emosi. Manusia akan merasakan stress, lemah, kecewa, sedih, terluka dan menangis kerana merasakan tidak mampu menghadapi semua ujian yang diberikan.

Lumrah kehidupan, hati seseorang akan sentiasa gelisah serta fikiran bercelaru apabila terlalu banyak berfikir dalam tekanan. Oleh itu, tiada apa yang mustahil apabila kita selalu memohon pertolongan Allah SWT dan mengamalkan doa untuk hilangkan stress dan tekanan agar hati lebih tenang.

Berikut merupakan beberapa pilihan doa untuk hilangkan stress dan tekanan yang Mommy boleh amalkan dan cuba untuk mendekatkan diri dengan Allah agar rasa lebih tenang dan tenteram.

7 Pilihan Doa Untuk Hilangkan Stress dan Tekanan Agar Lebih Tenteram 

Highlighted


1. Doa hindari rasa cemas

أَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالحَزَنِ وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالبُخْلِ وَالْجُبْنِ وَضَلَعِ الدِّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

Bacaan Rumi: Allahumma Inni audzubika minal hammi wal huzni wal ajzi wal kasali wal bukhli wal jubni wal dholaid daini wa gholabatir rijali.

Maksudnya: “Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari rasa sedih serta duka cita ataupun kecemasan, dari rasa lemah serta kelemahan, dari kebakhilan serta sifat pengecut, dan beban utang serta tekanan orang-orang jahat.”

2. Doa agar hati tenang

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Bacaan Rumi: Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli.

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.”

3. Doa agar hati tenang (Al Baqarah 250)

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَفِرِيْنَ

Bacaan Rumi: Rabbanaa afrig ‘alainaa shabraw wa tsabbit aqdaamanaa wansurnaa ‘alal qaumil kafiriin.

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.”

4. Doa agar hati tenang (Hadis Imam Thabrani)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةٌ. تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ، وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ، وَتَقْنَعُ بعطائك

Bacaan Rumi: Allahumma inni as-aluka nafsan bika muthma-innah, tu’minu biliqo-ika wa tardho bi qodho-ika wataqna’u bi ’atho-ika.

Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepadaMu jiwa yang merasa tenang kepadaMu, yang yakin akan bertemu denganMu, yang ridho dengan ketetapanMu, dan yang merasa cukup dengan pemberianMu.”

5. Doa ketenangan jiwa (Surah Al-Anbiya’ Ayat 87)

لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ

Bacaan Rumi: Laa ilaaha illa anta subhaanaka inni kuntu minaz zholimin

Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

6. Doa lapangkan dada ( Surah Taha Ayat 25-28)

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Bacaan Rumi: Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam millisani. Yafqahu qauli

Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku.

7. Doa bertawakal dengan yakin (Surah Al-Imran Ayat 173)

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Bacaan Rumi: Hasbunallah wanikmal wakil

Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami

5 Cara Untuk Memulihkan Hati 

1. Mengambil wuduk

  • Cara ini dapat memberi ketenangan dengan serta merta.

2. Melakukan senaman ringan

  • Tubuh badan akan berada dalam keadaan aktif yang berperanan memberi ketenangan fikiran.

3. Pratikkan teknik pernafasan 

  •  Ini sangat membantu untuk menenangkan diri bagi melepaskan mood negatif dalam diri.

4. Minum air sejuk

  • Membantu melancarkan peredaran darah dalam badan dan menyejukkan fikiran.

5. Persekitaran yang positif

  • Sibukkan diri dengan aktiviti agama dan melakukan kebaikan dengan sesama manusia.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu Mommy dan Daddy yang sedang dalam tekanan dengan pelbagai ujian dan tekanan dalam mencari rezeki untuk keluarga dan membesarkan anak-anak, dipermudahkan!


Dapatkan lebih banyak panduan doa harian lain di SINI.