Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Pilihan Doa Untuk Keluarga Mustajab Lengkap Terjemahan

doa untuk keluarga

Kredit gambar: indotrends.pikiran-rakyat.com

Keluarga yang bahagia dan harmoni adalah impian semua orang dan antara cara menggapainya adalah dengan memohon doa untuk keluarga kepada Allah S.W.T agar sentiasa hidup dalam keadaan aman damai.

Umumnya, tak semua orang bernasib baik mendapat keluarga yang saling berkasih sayang. Ada yang hidup dalam keluarga berpecah-belah dan ada juga keluarga yang hidup dalam keadaan sunyi tanpa ada gurau-senda dan gelak ketawa.

Dalam Islam, antara salah satu cara mendapatkan keluarga bahagia adalah dengan memanjatkan doa untuk keluarga yang menjadi idaman di hati. Melalui doa-doa ini juga, ia dapat melembutkan hati yang keras dan mengubah aura dalam diri dan orang sekeliling dengan keajaibannya dan semua tu berlaku dengan izin Allah S.W.T.

Jadi, bagi Mommy yang sedang berusaha untuk hidup dalam keadaan harmoni, jom amalkan semua doa untuk keluarga agar sentiasa bahagia yang dikongsikan di bawah ini!

Senarai Pilihan Doa Keluarga Bahagia

Highlighted

Kredit gambar: www.liputan6.com

Berikut merupakan senarai doa untuk diri dan keluarga yang boleh Mommy amalkan iaitu:

#1. Doa Keluarga Bahagia Untuk Kebaikan dan Dijauhi Kejahatan

اللَّهُمَ حَبَّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ

Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin

Maksudnya:

“Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kederhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk”.

(Surah Al-Hujurah Ayat 7)

#2. Doa Agar Diberi Kecukupan

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Maksudnya:

“Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung”.

(Surah At-Taubah Ayat 129)

#3. Doa Agar Dijauhkan Segala Hasad Dengki Dalam Keluarga

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ , وَلا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

Rabbanaghfirlanaa wali ikhwaanina, allaziina sabaquuna bil iimaan, walaa taj’al fii quluubinaa ghillal lillaziina aamanu, rabbanaa innaka rauufur rahiim

Maksudnya:

“Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih”.

(Surah Al-Hashr Ayat 10)

#4. Doa Keluarga Bahagia Agar Anak dan Isteri Jadi Penyejuk Hati

رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

Maksudnya:

“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

(Surah Al-Furqan Ayat 74)

#5. Doa Untuk Keluarga Bahagia Dikurniakan Anak Yang Rajin Solat

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء

Maksudnya:

“Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku”.

(Surah Ibrahim Ayat 40)

#6. Doa Agar Anak Dilindungi Panahan Mata Yang Jahat (‘Ain)

Untuk melindungi anak-anak dari penyakit Ain, Mommy boleh amalkan doa untuk kesejahteraan keluarga di bawah ini.

أُعِيْذُكُمَا بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّة

U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah

Maksudnya:

“Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat”.

#7. Doa Untuk Keluarga Tercinta Sentiasa Dipenuhi Kasih dan Sayang

Amalkan doa untuk keluarga bahagia di bawah ini agar sentiasa dalam keadaan aman damai iaitu:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ

Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cinta-Mu”.

(Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)

#8. Doa Untuk Dikurniakan Zuriat Keturunan Yang Baik

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa

Maksudnya:

“Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.

(Surah Al-Imran Ayat 38)

#9. Doa Keluar Rumah Tinggalkan Ahli Keluarga

أَسْتَوْدِعُكُمُ اللَّهَ الَّذِيْ لَا تَضِيْعُ وَدَائِعُهُ

Maksudnya:

“Aku meninggalkan kamu dalam pemeliharaan Allah yang tidak akan hilang apa yang dalam jagaan-Nya”.

(Hadis dari Abu Hurairah bertaraf Hasan)

#10. Zikir Untuk Mendapatkan Zuriat

“Wahai Tuhan Yang Maha Menjadikan, Wahai Tuhan Yang Maha Mencipta dan Yang Maha Membentuk”.

#11. Doa Agar Dikurniakan Anak Yang Berakhlak Mulia dan Hormati Ibu Bapa

“Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.

Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.

(Surah Al-Ahqaf Ayat 15)

Keluarga yang bahagia hidupnya harmoni berkemampuan melahirkan generasi yang bersahsiah tinggi, beraura positif dan membawa kebaikan kepada masyarakat.

Jadi, sentiasalah amalkan kesemua doa kebahagiaan keluarga ini untuk mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga Mommy dan menerima kebaikan dari pelbagai arah.


Dapatkan juga pelbagai lagi pilihan doa dan panduan ibadah lain di SINI!