Ibu, Bayi & Kanak Kanak

7 Doa Untuk Sahabat Yang Paling Mustajab – Beroleh Kebaikan Dunia Akhirat!

doa untuk sahabat

Kredit gambar: deenspiration.com

Selain keluarga, rakan merupakan orang yang paling akrab dengan diri kita. Selain menghargai kehadirannya dengan pemberian kasih sayang, pertolongan serta sentiasa ada di saat susah dan senang, zahirkan juga melalui ucapan doa untuk sahabat yang anda kasihi itu.

Terdapat banyak pilihan doa untuk sahabat tersayang yang boleh anda ucapkan agar dirinya sentiasa dalam perlindungan dan dilimpahi kebaikan oleh Allah S.W.T.

Malah, memohon doa buat sahabat tanpa pengetahuannya juga adalah sangat digalakkan. Seperti hadis sahih ini iaitu daripada Abi Darda’ r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya:

“Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan).”

(Hadis Riwayat Muslim 4912)

Malah, daripada Safwan bin Abdillah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. turut bersabda bahawa:

دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ

Maksudnya:

“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab. Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu).”

(Hadis Riwayat Muslim 4914)

Oleh itu, bagi anda yang sedang mencari petikan doa untuk kawan yang boleh dijadikan pilihan, boleh merujuknya melalui perkongsian di bawah ini.

Senarai Doa Untuk Sahabat

Highlighted

Kredit gambar: www.quranhost.com

Berikut merupakan beberapa petikan pilihan doa sahabat yang terbaik boleh anda amalkan iaitu:

#1. Doa Untuk Sahabat Agar Diberi Keampunan

وَالَّذِينَ جَاؤُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلّاً لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya:

“Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu.”

#2. Doa Untuk Sahabat Baik Agar Diberi Kesejahteraan

Allahumma antassalam, wa minkassalam, wa ilaika ya’uudussalam, fahayyina robbana bissalam, wa adkhilnal jannata daarossalam, tabarokta robbana wa ta’aalayta, yaa dzal jalaali wal ikram

Maksudnya:

“Ya Allah, Engkau adalah Dzat yang mempunyai kesejahteraan, dari-Mu kesejahteraan itu, kepada-Mu akan kembali lagi segala kesejahteraan itu, Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan sejahtera. Masukkanlah kami ke dalam syurga kampung kesejahteraan. Engkaulah yang berkuasa memberi berkah yang banyak dan Engkaulah Yang Maha Tinggi, wahai Dzat yang mempunyai keagungan dan kemuliaan.”

#3. Doa Agar Diberi Keampunan

رَبَّنَا اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِيْنَ يَوْمَ يَقُوْمُ الْحِسَابُ

Rabbanagfir lii wa liwalidayya wa lil-mukminiina yauma yaqumul-hisab

Maksudnya:

“Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapakku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari Kiamat).”

#4. Doa Agar Diberi Keselamatan Hari Akhirat

Kredit gambar: islamtics.com

Kirimkan doa buat sahabat di bawah ini agar dirinya diberi keselamatan pada hari akhirat kelak iaitu:

Allaahumma innaa nas-aluka salaamatan fid diin, wa ‘aafiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ‘ilmi, wabarokatan dir rizqi, wa taubatan qoblal maut, warohmatan indal maut, wa maghfirotan ba’dal maut. Allaahumma hawwin ‘alainaa fii sakarootil maut, wan najaata minan naar, wal ‘afwa indal hisaab

Maksudnya:

“Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu keselamatan ketika beragama, kesihatan badan, limpahan ilmu, keberkahan rezeki, taubat sebelum datangnya maut, rahmat pada saat datangnya maut, dan ampunan setelah datangnya maut. Ya Allah, mudahkanlah kami dalam menghadapi sakaratul maut, berikanlah kami keselamatan dari api neraka, dan ampunan pada masa hisab.”

#5. Doa Untuk Kawan Agar Diberi Kebaikan Dunia dan Akhirat

وَمِنْهُمْ مَّنْ يَّقُوْلُ رَبَّنَآ اٰتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَّفِى الْاٰخِرَةِ حَسَنَةً وَّقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya:

“Dan di antara mereka ada yang berdoa, “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka.”

#6. Doa Untuk Sahabat Agar Sentiasa Dalam Lindungan Allah S.W.T.

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَّلِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنٰتِۗ وَلَا تَزِدِ الظّٰلِمِيْنَ اِلَّا تَبَارًا

Maksudnya:

“Ya Tuhanku, ampunilah aku, ibu bapakku, dan siapa pun yang memasuki rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kehancuran.”

#7. Doa Agar Dikasihi Sahabat

Amalkan doa untuk kawan ini agar diri kita juga turut dikasihi sepertimana kita mengasihi mereka.

Kredit gambar: dakwahislami.net

Sesungguhnya, kenikmatan yang diimpikan adalah mempunyai sahabat soleh yang membawa kita kepada kebaikan dan sering mendoakan kita. Umar bin Khattab berkata:

“Tidaklah seseorang diberikan kenikmatan setelah Islam, yang lebih baik daripada kenikmatan memiliki saudara (semuslim) yang saleh. Apabila engkau dapati salah seorang sahabat yang soleh maka peganglah erat-erat.”

Oleh itu, untuk mendapat keberuntungan dalam jalinan silaturrahim antara sahabat, lengkapkan ia dengan amalan saling mendoakan antara satu sama lain dengan mengamalkan semua doa untuk sahabat tersayang seperti yang kami kongsikan di atas.

Semoga beroleh kebaikan dari-Nya!


Dapatkan juga pelbagai lagi koleksi doa yang terbaik di SINI!