Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Cara Solat Sunat Witir Berserta Niat dan Doa Witir Yang Mudah Untuk Diamalkan

berdoa

Kredit gambar: Adobe Stock

Solat witir bersama doa witir adalah suatu amalan sunat muakkad yang amat digalakkan. Solat sunat ini selalunya dilakukan selepas solat isyak.

Pada bulan Ramadan, solat sunat witir adalah penamat ibadah terawih yang dilakukan pada waktu malam. Ia ditutupi dengan bacaan doa selepas witir.

Witir (وَتْر / وِتْر) dari sudut bahasa bermaksud ‘ganjil’. Ini adalah bersesuaian dengan bilangan rakaat solat sunat witir ini iaitu satu, tiga, lima, tujuh, sembilan, atau sebelas rakaat.

Bilangan rakaatnya terpulang kepada setiap individu.

Highlighted

Sumber: Adobe Stock

Dalil ini adalah berdasarkan hadis berikut:

Solat witir adalah hak setiap Muslim. Sesiapa yang mahu solat witir lima rakaat, lakukanlah. Dan sesiapa yang suka melakukan solat witir tiga rakaat, lakukanlah. Dan siapa yang suka melakukan solat witir satu rakaat, lakukanlah.

(Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud)

Walaupun solat ini sering dilakukan selepas solat isyak atau terawih pada bulan Ramadan, ia juga boleh dilakukan sepanjang malam sebelum masuknya waktu Subuh.

Ini berdasarkan riwayat Amru bin al-Ash daripada Abu Basrah al-Ghifari bahawa Baginda SAW bersabda, maksudnya:

Allah menambah untuk kamu satu solat, iaitu solat witir. Oleh itu solatlah kamu di antara solat Isyak sehingga solat Subuh.

(Riwayat Ahmad dalam Masnad Ahmad)

Kalau Mommy atau Daddy bercadang untuk bangun ditengah malam untuk melakukan solat sunat seperti tahajjud, solat witir pula boleh dilakukan selepas itu.

Niat Solat Sunat Witir

1. Niat Solat Witir 2 Rakaat

Bacaan dalam RUMI:

Usolli sunnatal witri rak’ataini lillaahi ta’aala

Maksud:

Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Niat Solat Witir 1 Rakaat

Bacaan dalam RUMI:

Usolli sunnatal witri rak’atan lillaahi ta’aala

Maksud:

Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala.

* Untuk solat sunat witir yang dilakukan secara 3 rakaat dengan 2 salam, maka Mommy perlu niat sebanyak 2 kali seperti yang disebutkan di atas.

Sumber: Getty Images

Cara Solat Sunat Witir Berserta Bacaan Doa Witir

1. Cara Solat Sunat Witir

Cara solat witir dari segi pergerakan dan bacaan adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain seperti berikut:

  • Niat
  • Mengangkat takbir
  • Membaca doa Iftitah
  • Membaca Al-Fatihah
  • Membaca surah ringkas dari Al-Quran seperti surah al-A’la
  • Rukuk dan Sujud

Bergantung kepada jumlah rakaat, ikut rukun solat seperti yang disebutkan tadi sehingga selesai solat sunat witir.

2. Bacaan Doa Witir

Selesai solat sunat witir, iaitu selepas memberikan salam, disunatkan membaca tasbih ini sebanyak 3 kali:

Bacaan dalam RUMI:

Subhaanal Malikil Quddus 

Maksud:

Maha Suci Tuhan yang Maha Suci

Kemudian bacalah surah Al-Fatihah dan wirid. Perbanyakkan istighfar dan memohon keampunan kepada Allah.

Sumber: Adobe Stock

Selepas itu, Mommy boleh membaca salah satu doa witir seperti berikut:

Bacaan dalam RUMI:

Allahumma Inni ‘Auzu Biridhoka Min Sakhotika Wa Bimu’Aafatika Min ‘Uqubatika Wa ‘Auzubika Minka Laa Uhsii Tsana’an ‘Alaika Anta Kama Atsnaita ‘Alaa Nafsika

Maksud:

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, aku berlindung dengan kemaafanMu daripada BalasanMu, dan aku berlindung denganMu daripada tidak mampu memujiMu seperti Engkau memuji diriMu.

Bacaan dalam RUMI:

Allahumma innaa Nas’aluka iimaanan Daaimaan, wanas’aluka qalban khaasyi’an, wanas’aluka ‘ilman naafi’an, wanas ‘aluka yaqiinan shaadiqon, wanas ‘aluka ‘amalan shaalihan, wanas ‘aluka diinan Qayyiman, wanas ‘alukal ‘afwa wal’aafiyata, wanas ‘aluka tamaamal ‘aafiyati, wanas ‘alukash-syakra ‘alal ‘aafiyati, anas ‘alukal ghinaa’a ‘aninnaasi.

Allahumma RabbaNaa Taqabbal Minnaa SolaaTanaa WashiyaaManaa WaqiyaamaNaa Watakhusy-syu’anaa WataDhorru’Anaa wata’Abbadanaa Watammim Taqshiiranaa Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Allaahu Yaa Arhamar Raahimiin.

Washallallaahu ‘alaa Sayyidina Muhammadin Wa ‘Alaa Aalihi Washahbihi Ajma’iina, Subhanaa Robbika Robbil ‘izzati amma yasifun, walhamdu lillaahi rabbil ‘Aalamiina

Maksud:

Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon daripada Engkau keimanan yang berkekalan. Kami memohon daripada Engkau hati yang khusyuk (teguh dan sebulat hati). Kami memohon daripada Engkau ilmu yang bermanfaat.

Kami memohon daripada Engkau keyakinan yang benar. Kami memohon daripada Engkau amalan yang soleh (patut). Kami memohon daripada Engkau agama yang berkualiti.

Kami memohon daripada Engkau keampunan dan kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kesihatan yang sepenuhnya. Kami memohon daripada Engkau rasa syukur ke atas kesihatan. Kami memohon daripada Engkau kekayaan.

Ya Allah! Terimalah solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyu’an kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Yang Paling Pengasih di antara yang mengasihani.

Selawat dan salam sejahtera Allah ke atas junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.


Solat witir ini amat mudah untuk dilakukan, tetapi ganjarannya amat hebat sekali. Menurut sebuah hadis:

Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.

(Hadis riwayat at-Thabran)

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat Mommy dan dapat membantu mempertingkatkan amalan ibadah Mommy.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!