Amalan membaca surah Yasin kerap dilakukan oleh sesetengah orang pada malam Jumaat, sewaktu majlis doa selamat, dan banyak lagi.
Surah Yasin merupakan surah ke-36 dalam kitab suci al-Quran dengan 83 ayat yang termasuk di antara surah Makiyyah. Ini bermakna ia adalah surah yang diturunkan di Mekah.
Ayat-ayat tersebut diturunkan sebelum Rasulullah ﷺ berhijrah ke Madinah.
Highlighted
Tatatertib Membaca Yasin
Sebelum memulakan bacaan Yasin, terdapat beberapa tatacara yang and boleh ikuti seperti berikut:
1. Beristighfar sebanyak 3 kali
Bacaan dalam RUMI:
Astaghfirullaa hal ‘aziim
2. Membaca surah Al-Fatihah 1 kali
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ sebanyak 10 kali
Bacaan dalam RUMI:
Allahumma solli ‘ala sayyidina Muhammadin wa ‘ala Aalihi wasohbihi wabarik wassalim
Bacaan Doa Yasin
Selepas selesai membaca surah Yasin pula, anda bolehlah membaca doa Yasin seperti berikut:
Bacaan dalam RUMI:
Alhamdulillahi rabbil ‘aalamin hamdan yuwaafi ni’amahu wayukaafi u maziidah, Ya Rabbana lakal hamdu kamaa yambaghii lijalaali wajhika wa ‘aziimi sultonik.
Allahumma solli wassalim ‘alaa sayyidina Muhammadin wa ‘alaa aalihi wasohbihi ajma’iin.
Allahumma bihaqqi Yaasiiin, wal Qur-aa-nil hakim, wabimanih tartahu birri saalati wannu buwwati wal wilaayati wal hidaayati ilaa sirootikal mustaqim, wa bijamii’i maa jaa abihi minka jibrill, tanziilal ‘azii zirrahiim.
Wabihawassil huruufi wal asmaa’it-tamm-maati wabima azhar ta fil wujuudi likulli maujuudin minal aayatil bayyinaati, wabikho-fiyyi lutfikal mufarriji ‘an kulli mahmum, al-mukhollisi likulli madyun, yaa mujriyal bihaari wal ‘uyunn, ya mann khozaa inahu bainal kaak-ki wan-nun, wa ‘aalima bimaa kaana qabla an yakun.
Wanas alukallah-humma an tasluka binaa jaad-data ridhooka, wa an taj’alaana ahlan wamahallal-lisa’aadatika wa rhginaaka, wa an tuyassiro lana jamii’al muroodaati wal matholibi, wan taj’al ridhooka ‘annaa khoiro musoohibinn lanaa warofiqq, wa an tutlifanaa bil jalaalati wal mahabbah, wa an tamunna ‘alayna bisur’atil-ijaabah.
Istajibillah-humma du’aa anaa wa haqqiq fiika rajaa anaa, wa adhilna fii hirzi lutfikal-masunn bisirri qaulika innamaa amruhuu izaa araada syaii-an an yaquula-lahu kun fayakuun, fa subḥānallażii biyadihii malakuutu kulli syai’iw wa ilaihi turja‘uun, subhaanal-munaffisi ‘an kulli mahmumm, Subhaanal-munaffisi ‘an kulli madyunn, Subhaana man amruhuu, izaa araada syai-an an yaquula-lahuu kun fayakuun.
Ya mufarrijal hummum, Ya mufarriju farrij, Ya mufarriju farrij, Farrij ‘annaa humuumanaa Ya hayyu Ya qayyum, Ya zaljalaali wal iqraam.
Wasollallahu ‘alaa sayyidina Muhammadin, wa ‘alaa aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahi rabbil ‘aala miin.
Maksud Doa Yasin:
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, pujian yang memadai dan menyamai akan pertambahan segala nikmatNya.
Wahai Tuhan kami, untukMu segala puji sebagaimana layak kebesaran dan kehebatan kekuasaanMu.
Ya Allah, kami pohon selawat dan salamMu ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga serta sahabat Baginda semuanya.
Ya Allah, dengan keberkatan Surah Yasin dan kitab Al-Quran yang penuh hikmat dan sesiapa yang Engkau pilih untuk membawa risalah, kenabian, penolong dan petunjuk hingga Sirat al-MustaqimMu.
Dengan kitab Al-Quran yang dibawa oleh Malaikat Jibril, dan dengan kekuatan huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna yang Engkau miliki dan dengan apa yang Engkau perjelaskan dalam Al-Quran tentang kewujudan setiap tanda-tanda yang menunjukkan (kewujudanNya), dan dengan limpah kurniaMu dapat menghilangkan keluh kesah dan dapat menyelesaikan beban hutang.
Wahai Tuhan yang mengendalikan pergerakan laut dan matahari, Wahai Tuhan yang menjadikan khazanahNya di antara huruf kaf dan nun, Tuhan yang Maha Mengetahui sebelum dan selepas sesuatu keadaan.
Kami memohon kepadaMu Ya Allah agar membuka ruang keredhaanMu, jadikanlah kami bersatu padu memuji dan memuja kekayaanMu agar Engkau permudahkan segala kehendak dan permintaan kami.
Engkau jadikanlah keredhaanMu sebagai teman hidup kami dan dengan limpah kebesaranMu Engkau tunaikan permintaan kami secepat mungkin, perkenanlah doa kami Ya Allah dan benarkanlah harapan kami disisiMu dan masukkanlah kami ke dalam rahsia firmanMu.
Sesungguhnya pekerjaanMu apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: Jadi! Maka jadilah ia. Maha Suci Tuhan yang menguasai setiap sesuatu dan kepadaNyalah Kembali semuanya.
Maha Suci Tuhan yang dapat menghapuskan segala dukacita, Maha Suci Tuhan yang dapat menghilangkan kesusahan dan Maha Suci Tuhan yang dapat menyelesaikan beban hutang dan Maha Suci Tuhan yang kerjaNya apabila mengkehendaki sesuatu hanya dengan berkata: Jadilah! Maka jadilah.
Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkan, hilangkan. Ya Tuhan yang menghilangkan dukacita. Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, Wahai yang menghilangkan, hilangkanlah, hilangkanlah dari kami dukacita.
Wahai Tuhan Yang Hidup, Yang Kekal dan Yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.
Dan Allah telah beri rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Dan segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam.
Kelebihan Membaca Surah Yasin
Terdapat banyak kelebihan membaca surah Yasin. Menurut sebuah hadis, surah Yasin dinamakan Mub’mah, iaitu pemberi berita baik di dalam kitab Taurat.
Ini adalah kerana ia membawa manfaat kepada pembacanya di kehidupan dunia dan akhirat.
Surah Yasin juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, bererti yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman.
Beramal dengan surah Yasin juga dapat menghindarkan hati yang keras.
Daripada Abi Ja’far Muhammad bin Ali berkata:
Barangsiapa yang mendapati hatinya keras, maka tulislah ayat يس وَالقُرْءَانِ di dalam bekas perak yang dicampur dengan Za’faran, kemudian minumlah airnya.
Ganjaran membaca surah Yasin pula adalah seolah-olah membaca Al-Quran sebanyak 10 kali!
Diriwayatkan oleh imam ad-Darimi, Tirmizi, Muhammad bin Nasr dan Baihaqi di dalam kitab Syu’ab al-Imam daripada Anas berkata, Nabi ﷺ bersabda, maksudnya:
Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Siapa yang membaca surah Yasin, Allah tuliskan pahala bacaan untuknya sebanyak 10 kali bacaan al-Quran.
Orang yang membaca surah Yasin juga diampunkan dosanya.
Diriwayatkan oleh imam ad-Darimi, Abu Ya’la, Tabarani di dalam kitab Mu’ajam al-Awsat, Ibnu Mardawaih, Baihaqi di dalam kitab Syu’ab al-Iman, daripada Abu Hurairah, daripada Nabi ﷺ bersabda, maksudnya:
Barangsiapa yang membaca surah Yasin pada malam hari semata-mata untuk mendapat redha Allah, diampunkan dosanya pada malam itu.
Hebat betul ganjaran membaca surah Yasin, betul tak? Lagi-lagi kalau diamalkan selalu, ia tentu dapat membawa ketenangan kepada pembaca.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda dalam mempertingkatkan amalan ibadah harian.
Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!