Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doa Ziarah Kubur Lengkap Dengan Dalil dan Tata Caranya

doa ziarah kubur

Kredit gambar: www.blorakab.go.id

Ketika menziarahi kubur, kita disunatkan untuk membaca doa ziarah kubur seperti yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W yang bukan sahaja datang berkunjung tetapi turut memanjatkan doa yang baik untuk ahli-ahli kubur.

Bagi memahami apakah doa ziarah kubur dan bagaimanakah cara untuk mengamalkannya, jom ikuti perkongsian ini!

Dalil Doa Ziarah Kubur

Highlighted

Kredit gambar: www.islamituindah.my

Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan kepada para sahabatnya agar membaca doa ini ketika datang menziarah kubur iaitu:

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الدِّيَارِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُسْلِمِينَ وَإِنَّا إِنْ شَاءَ اللهُ بِكُمْ لَلَاحِقُونَ أَسْأَلُ اللهَ لَنَا وَلَكُمُ الْعَافِيَةَ

Assalamu’alaikum ahlad-diyaar minal mu’miniin wal muslim, wa inna insyaa alloohu bikum la-laahiquun, wa as-alullohha lanaa walakumul ‘aafiyah.

Maksudnya:

“Semoga keselamatan tercurah kepada kalian, wahai penghuni kubur, dari (golongan) orang-orang beriman dan orang-orang Islam. Kami insya Allah akan menyusul kalian, saya meminta keselamatan untuk kami dan kalian.”

(Hadis Riwayat Muslim no.975)

Ali bin Abi Thalib meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda bahawasanya:

“Aku pernah melarang kamu menziarahi kubur. Sekarang ziarah kubur, kerana ziarah kubur mengingatkan kamu kepada akhirat.”

(Riwayat Ahmad No. 1236)

Manakala dalam hadis lain pula, Nabi Muhammad S.A.W turut bersabda tentang ziarah kubur bahawa:

فَزُورُوَا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكّركُمُ الـمَوتَ

“Ziarah kubur kerana menziarahi kubur akan mengingatkan kamu kepada kematian.”

(Riwayat Ibnu Hibban No. 3169)

Dalam Surah Al-Hasyr ayat 10, Allah S.W.T berfirman:

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka itu akan berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman sebelum kami.”

Manakala dalam Surah Ibrahim ayat 10 pula, Allah S.W.T berfirman bahawasanya:

“Ya Tuhan kami! Berilah keampunan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (Hari Kiamat).”

Serta dalam Surah Muhammad ayat 19 iaitu:

“Dan minta ampunlah bagi dosa-dosamu dan bagi orang-orang yang beriman.”

Berdasarkan dalil-dalil ini, sangat jelas mendoakan si mati itu merupakan amalan sunat. Oleh itu, setiap kali berkunjung atau menziarahi kubur, amalkanlah doa yang telah dikongsikan di bawah ini.

Panduan Cara Doa Ziarah Kubur

#1. Cara Doa Ziarah Kubur Dimulakan Dengan Memberi Salam

السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ وَأتاكُمْ ما تُوعَدُونَ غَداً مُؤَجَّلُونَ وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ

“Assalamu’alaìkum dara qaumin mu’minin wa atakum ma tu’adun ghadan mu’ajjalun, wa inna ìnsya-Allahu bikum lahiqun.”

Maksudnya:

“Assalamualaikum, wahai tempat tinggal orang-orang yang beriman. Telah datang kepadamu janji Allah yang ditunda esok hari, dan kami insya-Allah akan mengikutimu.”

#2. Diikuti Dengan Istighfar

“Astaghfirullah hal adzim alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu ilaihi.”

Maksudnya:

“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Besar, yang tiada Tuhan pada-Nya melainkan Dia, Yang Maha Hidup lagi Maha Kaya, dan aku bertaubat kepada-Nya.”

#3. Kemudian Membaca Surah Al-Fatihah

Kredit gambar: www.design4dawah.com

Maksudnya:

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

#4. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas

Kredit gambar: Facebook @Mushtaq Moydien

Maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan, Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.”

Kredit gambar: Kredit gambar: Facebook @Mushtaq Moydien

Maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk. Dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan. Dari bahaya gelap apabila ia masuk. Dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan). Serta dari kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan dengkinya.”

Kredit gambar: Kredit gambar: Facebook @Mushtaq Moydien

Maksudnya:

“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.”

#5. Membaca Tahlil

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهَ

“Laailaaha Illallah.”

Maksudnya:

“Tiada Tuhan selain Allah.”

#6. Kemudian Membaca Doa Ziarah Kubur Panjang

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الذُّنُوبِ والْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار, وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ، ونَوِّرْ لَهُ فِيهِ

Allahummaghfìrlahu war hamhu wa ‘aafìhii wa’fu anhu, wa akrim nuzuulahu wawassi’ madholahu, waghsìlhu bil maa’i watssalji walbaradi, wa naqqihi, minaddzzunubi wal khathaya kamaa yunaqqatssaubul abyadhu minad danasi. Wabdilhu daaran khairan min daarihii wa zaujan khairan min zaujihi. Wa adkhilhul jannata wa aidzhu min adzabil qabri wa min adzabinnaari wafsah lahu fì qabrihi wa nawwir lahu fìhi

Maksudnya:

“Ya Allah, berilah keampunan dan rahmat kepadanya. Berikanlah keselamatan dan berikanlah kemaafan kepadanya. Berikanlah kehormatan baginya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air, ais, dan embun. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Gantikanlah untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, isteri yang lebih baik daripada isterinya. Masukkanlah dia ke dalam syurga, berikanlah perlindungan kepadanya dari azab kubur dan azab neraka. Lapangkanlah baginya dalam kuburnya dan terangilah dia di dalamnya”

(Hadis Riwayat Muslim)

Semoga dengan panduan doa ketika ziarah kubur ini, anda dapat mengamalkannya dan beroleh manfaat yang berpanjangan. Selamat beramal!


Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan panduan ibadah yang lain di SINI!