Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Doh Pizza

Squared Pizza

Bahan-Bahan

  • 4 1/2 sudu teh minyak zaitun
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1 cawan tambah 2 sudu air suam
  • 2 1/2 sudu teh (1 paket) yis kering yang aktif
  • 3 1/2 cawan tepung tanpa luntur
  • 1 1/2 sudu teh garam

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Cara-Cara

Tuang 1 sudu teh minyak zaitun ke dalam mangkuk besar dan ketepikan. Di dalam cawan pengukur cecair yang besar, kacau gula di dalam air sehingga larut. Tambah yis, kacau, dan ketepikan adunan sehingga berbuih, lebih kurang 5 minit.

Kacau lebihan minyak zaitun ke dalam campuran yis. Masukkan tepung dan garam ke dalam food processor dan blend beberapa kali. Masukkan campuran ke dalam food processor yang sama semasa food processor masih blend tepung dan garam. Apabila bahan-bahan sudah berkumpul menjadi bola, biarkan mesin berjalan selama 15 saat lagi.

Salutkan tangan dan permukaan dengan tepung, kemudian uli doh selama 30 saat. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang disediakan dan salutkan dengan minyak. Tutup mangkuk dan ketepikan sehingga saiz doh berganda, lebih kurang 1 jam.

Untuk membuat pizza, panaskan oven kepada 425 darjah. Taburkan tepung jagung ke atas kertas minyak. Pukul doh, setengahkan, dan roll kan setiap bahagian kepada bentuk bola. Biarkan selama 10 minit, kemudian penyekkan dan roll setiap bola menjadi 12×16 inci empat. (Bahagian lebihan boleh dibekukan maksimum selama 1 bulan). Asingkan doh ke atas kertas minyak yang disediakan, tambahkan topping, dan bakar sehingga doh menjadi keperang-perangan dan rangup, lebih kurang 15 minit.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel dipetik daripada Parents.com.