Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kisah Dongeng Mengenai Hubungan Ayah dan Anak Perempuan

dongeng ikatan ayah dan anak

Dongeng ikatan ayah dan anak perempuan

“Menyelamatkan Peter”

“Peter jatuh dari jambatan” kata suara kecil disebelahku.

Ia berlaku sekitar jam enam pagi dan pemberitahu awal khabar buruk ini ialah anak perempuanku, Sabrina.

Dia mengangkat sebahagian kain yang menutupi muka aku dan tunggu, menanti arah insiden tertentu membawanya ke mana.

Highlighted


“Dimana buaya-buayanya?”, aku bertanya, mengetahui bahawa mereka kali terakhir dilihat bersantai jauh dari hilir ketika kami menyiapkan satu daripada pengembaraan-Playmobilnya malam sebelum itu.

Dia berkata, “jauh Papa, tapi cepat! Kita perlu selamatkan Peter!” Ya, anak perempuanku akan datang menyelamat. Peranan aku adalah untuk memulakan drama.

Sabs sering terjaga sejam lebih awal dan bermain bersendirian di dalam biliknya, atau kadangkala dia akan merangkak ke bilik kami dengan orang-Playmo dan bercerita tentang salji menutupi gunung, – (selimut kami berwarna putih dan lereng di bawahnya yang bergumpal dan memuncak.)

Sebaik sahaja aku bangun untuk mengikuti Sabs dalam misi meyelamatnya, aku terdengar isteriku terkumat-kamit di bawah selimutnya, “Biar buaya itu memakannya.”

Masuk ke bilik Sabs, aku baru sedar betapa banyak ruang yang diisi oleh Playmos. Ada bandar Wild West, (Bandar kecil), kampung Red Indian, pelbagai haiwan dan Sungai Garbage, (yang aku potong dari beg sampah biru), berterowong menuju ke landskap.  

Dibawah jambatan buatan yang mengimbangi pelbagai blok bangunan, terletak sebelah sungai, Peter terbaring, – tangan kerasnya menunjuk ke syiling, dengan senyuman Playmo lucu terukir di mukanya.

Aku menuju terus kepada buaya-buaya, mengalihkan satu daripadanya dan mula merengus kasar, “Jangan pernah senyum kepada buaya…”

Sabs melihat Peter yang tersengih dan menjerit, “Peter, bangun! Cepat! Buaya sudah tersedar! Bergerak!” untuk menambah sedikit keterujaan, aku sentuh buaya yang lain dan berbisik, “Selamat pagi Cornelius! Rasanya aku terhidu sarapan”. Sebaik sahaja mendengarnya, Sabs panik, dan mendekatkan wajahnya kepada Peter, dan menjerit, “Hei!! Bangun!! Buaya sudah datang! BANGUN!!”

Aku menjarakkan buaya-buaya itu ke hulu sementara anak perempuanku yang kebingungan mencapai baldi dari bangsal dan mula menyimbah Peter dengan air imaginasi. Aku berfikir sejenak membuat hasrat isteriku untuk membiarkan Peter dimakan buaya menjadi nyata, tetapi Sabs telah mennyadarkan dia dengan cepat dan dia kelihatan sedang memanjat blok bangunan dengan perlahan, – ( budak itu telah mempelajari seni ‘drama’ daripada aku, dan sungguh, dia sangat bagus!) Buaya-buaya itu semakin pantas. Sabs menjerit kerasukan kepada Peter supaya lebih cepat dan menyelamatkan dasar birunya ke ketinggian yang lebih selamat.

Suara Cornelius yang kasar berkata, “Bukankah kita tidak boleh lompat?” “Tidak tidak – tidak adil!!buaya tidak boleh melompat!!” jerit Sabs dari sana, ianya riuh dan kacau, dengan Sabs yang berteriak kepada Peter “panjat! Panjat! Panjat!”, sementara buaya aku merangkak riang menuju kepadanya.

Sudah tentulah Peter terlepas dan dan tahap adrenalin dalam ruang itu menurun, isteriku, menyandar pada pintu, melihat kami dengan tangan mencekak dan berkata, “Sarapan sudah siap”

Sudah tentu, buaya-buaya itu dijemput.