Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20+ Idea Door Gift Kahwin Yang Terkini, Trendy & Berguna Buat Tetamu

door gift kahwin

Sumber Emilinda

Door gift kahwin juga merupakan salah satu perkara yang wajib ada dalam checklist kahwin. Ia diberi sebagai simbol hadiah kecil dari pihak pengantin kepada tetamu, sebagai tanda terima kasih di atas kehadiran mereka untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis perkahwinan.

Door gift ini juga merupakan pelengkap bagi sesuatu majlis dan juga sebagai tanda kenang-kenangan buat tetamu yang hadir menyerikan lagi suasana majlis perkahwinan.

Sebenarnya, terdapat pelbagai pilihan cenderahati di hari perkahwinan yang anda boleh pilih, dari harga yang murah sehinggalah yang mahal, dengan pelbagai rekaan dan bentuk yang cantik-cantik.

Malah ada juga yang boleh digunakan untuk kehidupan harian dan door gift kahwin jenis ini tentunya memberi manfaat kepada si penerima.

Senarai Door Gift Kahwin atau Cenderahati Perkahwinan Yang Trendy Terkini 

Di bawah terdapat beberapa jenis cenderahati perkahwinan yang boleh anda pilih untuk diberikan kepada para tetamu pada majlis perkahwinan nanti bersesuaian dengan bajet kewangan dan citarasa anda.

1. Roti Gardenia

Highlighted

Sumber Twitter@khuXazhari

Bagi anda yang sedang mencari door gift yang murah tetapi mempunyai nilai dan manfaat, boleh jadikan Roti Gardenia sebagai cenderahati untuk majlis nanti. Roti ini juga turut mempunyai kotak yang mempunyai rekaan yang menarik dan eksklusif.

2. Marshmallow Lolipop

Sumber Carousell

Door gift ini sangat sesuai untuk anda yang sukakan sesuatu yang berwarna warni dan comel dilihat, Marshmallow Coklat Chocolate Lolipop merupakan satu pilihan tepat. Setiap isiannya mempunyai dua lapisan iaitu marshmallow dan juga coklat. Ianya sangat comel dan berseri-seri.

3. Macaron

Sumber Shopee

Pilihan yang seterusnya pula adalah Bonjot Macaron/Macaroon ini. Di dalamnya mempunyai 3 keping macaroon dan mempunyai campuran perisa seperti mentega kacang, coklat, blueberi dan strawberi yang sangat lazat menyelerakan.

4. Biskut Famous Amos (Mix Flavour)

Sumber Shopee

Untuk tampil lebih eksklusif, Biskut Famous Amos with Mix Flavour mampu menaikkan seri perkahwinan anda. Ianya sangat sedap dan sesuai dijadikan door gift terutamanya buat kenalan rapat.

5. Set Manicure

Sumber AliExpress

Set Manicure ini merupakan cenderahati yang sangat berguna buat penerima. Boleh digunakan untuk kehidupan harian, cenderahati jenis ini sangat berbaloi dibeli dan memberi manfaat yang berpanjangan untuk pemberi dan juga penerima.

Ianya juga mempunyai 4 pilihan warna yang diperoleh secara rawak dan dibeli secara borong.

6. Set Yassin + Kotak Yassin

Sumber Buku Yasin Custom Specialist

Bagi anda yang inginkan pahala yang berpanjangan, jadikan Set Yassin + Kotak Yassin sebagai door gift buat para tetamu. Selain mengandungi pelbagai surah pilihan, ianya juga mempunyai tulisan yang besar dan sangat mudah untuk membacanya.

7. Sos Kotak

Sumber Carousell

Pilihan cenderahati yang seterusnya adalah goodies sos cili atau kicap. Botol sos yang cantik dan comel ini merupakan keluaran 100% syarikat muslim bumiputera.

Sangat comel jika dihias indah dengan reben atau diletakkan dalam bag bersama dengan barangan lain.

8. Tuala Set Kotak Bertali

Sumber Shopee

Bagi anda yang sukakan door gift yang ringkas tapi bermanfaat, boleh pilih Tuala Set Kotak Bertali ini. Ianya mempunyai 6 pilihan warna untuk dipilih dan disertai dengan kotak. Jadi, anda tak perlu bersusah payah untuk mendekonya lagi.

9. Tasbih Digital

Sumber Shopee

Tasbih juga merupakan pilihan door gift yang paling popular. Jadikan Tasbih Digital sebagai salah satu pilihan yang tepat dan bermanfaat buat kegunaan para tetamu selesa beribadah dengan fungsinya yang boleh membuat pengiraan jumlah zikir yang telah dibaca.

10. Set Hadiah

Sumber Shopee

Terdapat 3 jenis produk iaitu Set Sejadah + Kurma, Kurma Ajwa 1kg dan Set A-Kurma 7 dengan disertai sekali kad ucapan atau pun kad + ayat untuk dipilih. Sangat sesuai kalau anda mahu jadikannya sebagai cenderahati untuk tetamu terhormat.

Tetapi kalau ada bajet yang lebih, boleh juga berikan kepada semua tetamu-tetamu yang lain.

11. Kotak Goodies Kertas Jajan

Sumber InfoSantai

Kalau anda sedang mencari kotak goodies yang unik dan lain dari yang lain, boleh je pilih Kotak Goodies Kertas Jajan ni. Set ini mengandungi pelbagai pilihan warna dan sangat comel rekaannya.

12. Pelekat kahwin

Sumber Shopee

Eksklusifkan majlis dengan sticker kahwin ini pastinya door gift anda akan tampil lebih menarik dan unik dengan rekaan sendiri. Ianya mempunyai pelbagai rekaan dan permukaan sticker ini pula jenis berkilat.

Paling penting, anda boleh guna hasil tangan sendiri untuk membuat rekaannya.

13. Ziplock Cookies 

Sumber Shopee

Door gift ini pula sangat sesuai dijadikan goodies untuk kanak-kanak. Setiap pek ziplock ini boleh diletakkan beberapa jenis biskut pilihan hati. Anda boleh membelinya secara borong.

14. Chocolate Gift Bag

Sumber Pinterest

Door gift ini juga sangat sesuai untuk kanak-kanak, setiap set Chocolate Gift Bag ini boleh dimasukkan pelbagai coklat secara campuran. Rekaannya juga unik, ringkas dan mudah.

15. Bahulu Bunga Pecah 8 atau Bahulu Kemboja

Sumber Hayyanarz Bakery

Kuih bahulu merupakan cenderahati yang sangat popular. Jadi, anda boleh jadikan Bahulu Bunga Pecah 8 atau Bahulu Kemboja sebagai door gift. Ianya sangat sedap dan asli.

16. Halal Meringue Bonjot

Sumber Shopee

Selain itu, Halal Meringue Bonjot juga merupakan pilihan terbaik untuk cenderahati di hari bahagia anda.
Mempunyai 7 pilihan perisa iaitu vanila, strawberi, blueberi, coklat, oreo, tutti fruiti dan juga perisa laici. Sangat sedap dan terus cair di mulut ketika menikmatinya.

17. Beryl’s Pillow Wrap Choc

Sumber Shopee

Pastinya sangat disukai oleh kanak-kanak dan orang dewasa, jadikan Beryl’s Pillow Wrap Choc sebagai pilihan anda. Ianya juga mengandungi 8 jenis perisa iaitu tiramisu milk, tiramisu almond milk, tiramisu almond dark, tiramisu almond white, mono dark choc, strawberry chips with white choc, mint & bitter choc, dan juga mix random flavour.

18. Candy in Cone

Sumber Pinterest

Selain itu, kalau anda mencari door gift kahwin untuk kanak-kanak yang murah dan cantik, boleh dapatkan Candy in Cone ini sebagai pilihan. Ianya mengandungi 100 set dan anda boleh membelinya secara borong.

19. Pakej Mix Nuts and Seeds/Mix Fruits

Sumber emilinda

Mix Nuts and Seeds sangat murah, sedap dan juga sihat. Ianya memang pilihan yang terbaik untuk dijadikan cenderahati buat tetamu. Merupakan gabungan kacang dan juga buah-buahan kering.

20. Set Halal Madu

Sumber Pinterest

Terdapat dalam 4 bentuk bekas, anda boleh membelinya secara borong. Botolnya pula sangat comel dan tampak eksklusif. Pasti menyerikan lagi suasana majlis perkahwinan.

21. Agar-Agar Kering Perisa Campuran

Sumber Shopee

Mengimbas nostalgia lama yang penuh dengan warna-warni kehidupan,segarkan memori lama anda dengan Agar-Agar Kering Perisa Campuran ini. Ianya mengandungi perisa campuran iaitu original, ros, oren, anggur, tebu dan dibuat dengan bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

22. Hiasan Dinding

Sumber Nadz.my

Jadikan Penggantung Hiasan sebagai cenderahati di majlis perkahwinan, pastinya akan membuatkan tetamu berasa teruja ketika menerimanya.
Para tetamu boleh menggunakan Penggantung Hiasan ini sebagai hiasan dinding di rumah mereka. Memang sangat berguna dan berbaloi untuk dibeli.

23. Dompet Syiling

Sumber mySihat

Dompet ini memang sangat berkualiti, kemas dan tahan untuk kegunaan harian. Pasti para tetamu akan menyukainya terutama tetamu-tetamu wanita jika anda menjadikannya sebagai door gift.

Boleh guna untuk ke pasar, ambil anak sekolah dan sebagainya.

24. Bunga Telur

Sumber Shopee

Mana-mana perkahwinan pun, bunga telur ini sudah jadi benda wajib dan memang sinonim dengan majlis dan tak lapuk dek zaman. Jadi, apa kata kalau anda jadikannya sebagai salah satu pilihan door gift anda. Setiap kotak mempunyai 16 pilihan warna.

25. Purse Bag Mengkuang Qaseh

Sumber Armalia Gifts

Jika anda sukakan benda-benda klasik, jadikan Purse Bag Mengkuang Qaseh sebagai simbolik kepada minat anda. Sangat klasik dan elegan dengan rekaan daun mengkuang, dompet ini menampakkan lagi ciri-ciri anggun si pengguna dan kelihatan sangat unik.

Ianya mempunyai 10 pilihan warna. Pasti disukai oleh para tetamu.

26. Set Sudu dan Garfu

Sumber InfoSantai

Pilihan cenderahati yang seterusnya pula adalah Set Sudu dan Garfu yang sangat comel dan unik ini. Sangat sesuai dijadikan cenderahati atau door gift buat tetamu tersayang.

27. Love Bird Salt & Pepper Shaker 

Sumber Walmart

Love Bird Salt & Pepper Shaker yang mempunyai 6 pilihan rekaan ini kelihatan sangat romantis, comel, unik dan sangat-sangat memikat hati. Tetamu anda pasti sangat teruja menggunakannya.

28. Set Kotak Mengkuang 

Sumber Shopee

Set Kotak Mengkuang ini juga antara salah satu door gift yang unik dan klasik. Dengan gabungan bunga di atasnya, menyerlahkan lagi gaya klasiknya.

Sesuai digunakan untuk letak aksesori, telur, kekacang, dodol dan sebagainya.

29. Wedding Door Gift Box

Sumber Shopee

Pilihan lain bagi kotak cenderahati pula adalah Wedding Door Gift Box ini. Ianya sangat eksklusif dengan rekaan yang mewah dan sangat moden sangat sesuai untuk majlis perkahwinan yang bertemakan moden kontemporari.

30. Chocolate Bar Door Gift Cetak Nama

Sumber Confetti.co.uk

Dapatkan 50 keping Chocolate Bar Door Gift Cetak Nama ini dengan harga borong sebagai door gift di majlis perkahwinan. Pastinya coklat ini digemari ramai.

Semoga dengan kehadiran door gift yang comel dan menarik ini, para tetamu anda berasa lebih gembira dan dihargai.