Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Take Note Mommy! Ubat-ubatan Tidak Boleh Disimpan Terlalu Lama Dalam Peti Sejuk

“Mommy, saya demam lah…”

Kadang-kadang apabila tiba-tiba anak Mommy demam atau sakit, mesti Mommy bagi ubat yang ada dalam peti sejuk bukan? Aduiii, tapi kenapa mereka masih tak sihat-sihat lagi ni? Mesti ada sebab lain ni!

Menerusi satu bebenang di Twitter, Dr Ahmad Luqman Bukhari atau Dr Luqman menerangkan bahawa mengapa ubat-ubatan yang sudah dibuka tidak boleh simpan terlalu lama di dalam peti ais dan kesannya terhadap anak-anak kita.

Mari kita baca dengan selanjutnya.

Ubat Lama Tidak Lagi Berkesan

Highlighted

Kredit gambar: Twitter @drluqman

Siapa kat sini yang tak tahu bahaya sebenarnya kalau kita simpan ubat demam paracetamol tu lama sangat kat dalam peti sejuk? 

Dulu saya selalu rasa pelik. Kenapalah ramai mak ayah yang bawak anak jumpa kami beritahu demam panas si kecil tu tak kebah padahal dah suapkan ubat demam masa kat rumah.

Rupa-rupanya anak tu dah diberikan ubat demam yang tersimpan lama kat dalam peti sejuk. Kemungkinan besar ubat tu dah pun rosak dan tak berkesan! 

Patutlah budak tu asyik merengek je, badan panas suhu tak turun-turun.

Kandungan Ubat Paracetemol 

Ubat demam tu asalnya masa dibotolkan kat kilang ubat, ianya dah terisi dengan clean air. Ada jugak yang diisi dengan nitrogen. Cecair ubat tu pulak dah dicampur siap-siap preservatives sebab nak cegah pembiakan bakteria dalam ubat tu.

Cuma masa kita bukak penutup botol ubat demam tu, clean air tadi tu akan terkeluar lalu udara biasa mula masuk ke dalam. Sebab tu tak bagus simpan ubat demam yang dah dibuka lama-lama sebab udara biasa tu mengandungi bakteria dan kulat.

No Peti Ais Please!

Lagi satu kesilapan kita biasanya kita pergi letak pulak ubat demam tadi tu simpan berbulan-bulan lama kat dalam peti sejuk. Padahal suhu yang rendah dalam peti sejuk tu akan buatkan proses kondensasi berlaku kat dalam botol ubat tu.

Kalau tak percaya, nanti bukaklah bahagian dalam penutup botol dan boleh nampak wap air berkumpul kat situ. Wap air tu tak ada bahan pengawet. Bakteria dan kuman senang sangat nak membiak bila wap air tu bercampur dengan ubat.

Elok-elok kita ingat ubat demam tu tahan lama kat dalam peti sejuk, rupa-rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak sampai rosakkan ubat. Lepas tu kita jugaklah yang duk suap ubat rosak tu kat anak dan pening kepala sebab demam si kecil tu tak kebah-kebah. Aduh. Huhu.

Simpan di Suhu Bilik Je Mommy

Jadi nasihat saya, ubat demam kat rumah kita tu nanti letak je kat tempat kering pada suhu bilik. Paling bagus tak payah simpan lagi dah bila anak dah sihat.

Tapi kalau nak simpan jugak, paling lama cukup 2 bulan buang je walaupun masih ada baki. Harapnya korang tak simpan dah ubat demam lama-lama kat dalam peti sejuk lepas tahu info ni ye.

Tolong sebarkan ilmu yang sangat penting ni pada mak ayah yang lain jugak. Kesian sangat kat anak-anak yang terpaksa menanggung demam panas sebab mak ayah dia tersilap berikan ubat demam yang dah rosak.
Bermanfaat sungguh perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman ni! Sekarang Mommy dah tahu ubat sebenarnya tidak boleh simpan lama-lama. Nanti keberkesanan dia tidak seperti ubat yang baru dibuka tu.
Sekarang kita dah tahu, mari lah kita terapkan dalam diri dan buang ubat-ubat yang expired dalam peti tu! Lebih dua bulan, ubat-ubat tersebut sudah tidak berkesan lagi. Jangan lupa sebarkan info berfaedah ini kepada jiran-jiran, kawan-kawan serta keluarga tau.