Ibu, Bayi & Kanak Kanak

“Durian Percuma Buat Mommy!” Sebenarnya, Boleh Ke Ibu Mengandung Makan Durian?

Dari warna kuning yang pekat hingga ke warna kuning pucat, durian diberi nama “King of fruit” di beberapa negara Asia Tenggara. Kebanyakan rakyat Malaysia memang gemar dengan buah durian yang boleh disediakan dalam pelbagai jenis hidangan seperti, pengat durian, durian crepe, gulai tempoyak dan macam-macam lagi.

Baru-baru ini, seorang peniaga durian telah memberikan durian secara percuma buat Mommy yang sedang hamil. Siapa yang tak suka bukan?

Percuma?! Biar betik!

Ya, Mommy! Sepanjang musim durian, peniaga durian Rizki Adri Andri Zainintawa, 29, memberi durian percuma untuk semua Mommy yang mengidam! Tambahnya pula, dia juga memberi cendol durian percuma untuk ibu mengandung di gerainya di Kota Damansara.

Highlighted

Kredit gambar: UtusanTV

Dia sudah berjanji dengan ibunya untuk berbuat kepada orang yang mengandung. Ujarnya,

“Dia memberitahu saya untuk berbuat baik kepada orang lain apabila saya berjaya. Ia adalah cara saya menghormati kata-kata saya dan memberi kembali kepada masyarakat.

Setuju! Bila kita buat baik pada orang, orang akan buat baik pada kita semula bukan?

Encik Rizki juga sebenarnya mempunyai isteri yang sedang mengandung dan faham akan ibu-ibu yang mengidam. Namun begitu, dia juga faham akan kebimbangan ibu hamil tentang durian serta pemakanan mereka semasa mengandung.

Sebelum kita makan tak ingat dunia, mari kita tengok dahulu, bahaya atau tidak makan durian untuk ibu mengandung? Terdapat pelbagai kajian, pendapat dan jugak petua tentang makan durian ini. Tak kurang, terdapat juga stigma tentang makan durian ketika mengandung.

Boleh Ke Mommy Makan Durian Semasa Mengandung? 

Jawapan mudahnya, YA! Ibu mengandung dan ibu menyusu boleh makan durian ni, no problem Mommy!

Tetapi macam biasa la Mommy, boleh makan dan buah ini baik untuk kandungan tetapi makan dalam kadar moderasi sahaja ok? Sama juga untuk ibu-ibu yang sedang menyusu.

Sesetengah ibu membuat pertukaran makanan apabila mereka merasakan keinginan durian datang. Daripada makan berlebihan, mereka makan durian sebagai hidangan ke atas dirinya sendiri.

Khasiat Durian Untuk Mommy

Kredit gambar: Nutritionist KKM

Berikut adalah senarai vitamin dan mineral yang terdapat dalam buah durian:

  • Kalori: 357
  • Lemak: 13 gram
  • Karbohidrat: 66 gram
  • Serat: 9 gram
  • Protein: 4 gram
  • Vitamin C: 80% daripada Nilai Harian (DV)
  • Tiamin: 61% daripada DV
  • Mangan: 39% daripada DV
  • Vitamin B6: 38% daripada DV
  • Kalium: 30% daripada DV
  • Riboflavin: 29% daripada DV
  • Kuprum: 25% daripada DV
  • Folat: 22% daripada DV
  • Magnesium: 18% daripada DV
  • Niasin: 13% daripada DV

Walau bagaimanapun, durian mempunyai kalori yang tinggi tetapi durian tidak mempunyai kolestrol. Oleh sebab itu, adalah tidak disarankan untuk ibu mengandung makan durian secara berlebihan.

Kadang kita yang tak mengandung ni pun boleh mengalami beberapa masalah kesihatan selepas makan durian, inikan pula Mommy yang sedang hamil. Untuk maklumat lanjut, Mommy boleh rujuk artikel ini.

Apa yang penting adalah untuk menjamahnya dalam kadar yang sederhana, banyakkan buah-buahan yang kaya dengan serat yang lain serta banyakkan minum air putih.

Haa, baru kita tahu boleh ke tak makan durian semasa kehamilan dan apa sebenarnya khasiat durian kepada Mommy yang sedang hamil bukan? Kepada Mommy yang was-was, semuanya sudah terjawab sekarang. Selamat menunaikan selera mengidam Mommy.