Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Elakkan Anemia Kekurangan Zat Besi Pada Anak-anak Dengan 5 Makanan ‘Superfoods’ Ini

Anak adalah satu anugerah yang terindah dari Tuhan. Membesarkan anak sarat dengan amanah serta tanggungjawab yang tergalas di bahu. Bagi memastikan anak-anak membesar dengan sihat dan selamat, ibu bapa perlu bersiap sedia dengan ilmu dan pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan anak-anak tak kiralah dari segi fizikal, emosi mahupun intelektual.

Perlu untuk kita tahu bahawa umur 1 hingga 3 tahun merupakan tempoh masa yang sangat penting dalam memastikan perkembangan anak-anak berada di tahap yang betul ataupun “on track”. Jika kita gagal maka bersiap sedialah dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Pandemik Mengubah Persepsi

Pandemik banyak memberi perubahan kepada kita. Jika dulu anak-anak bebas bermain dan meneroka dunia luar tanpa batas—bebas bergerak, bebas beraktiviti, bebas bercampur dengan anak-anak jiran—namun kini ia sudah tinggal kenangan. Semuanya ibarat terpenjara di rumah sendiri. Keadaan ini bukan hanya memberi tekanan dari segi emosi kepada kita yang mak-mak ni, bahkan anak-anak juga turut terkesan.

Jadi tak hairanlah jika dikatakan ibu bapa sekarang lebih menitikberatkan perkembangan anak-anak yang menjuruskan kepada tumbesaran fizikal ataupun aktiviti sosial. Dalam tidak sedar, ada yang seakan-akan lupa bahawa pengambilan nutrisi yang lengkap dan seimbang adalah jauh lebih penting untuk si manja yang berusia antara 1 hingga 3 tahun.

Jika mereka gagal mendapatkan nutrisi yang lengkap ketika tempoh usia ini, mereka akan terdedah dengan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang seperti Anemia kekurangan zat besi.

Apa itu Anemia kekurangan zat besi?

Anemia ialah satu keadaan di mana badan kita kekurangan sel darah merah. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Anemia terjadi apabila tubuh kekurangan zat besi untuk menghasilkan sel darah merah yang berkualiti.

Zat besi merupakan elemen utama dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi mengakibatkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu satu protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Ini akan mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah. Dan jika anak-anak menghadapi masalah kesihatan ini, mereka mungkin mengalami tanda-tanda seperti pucat, mudah keletihan, nafas menjadi pendek dan beberapa simptom lain di bawah.

Tanda-tanda Anemia

  • Pucat serta tidak bermaya
  • Mudah letih dan kurang aktif
  • Pening kepala
  • Nafas menjadi pendek
  • Kurang selera makan
  • Perubahan sikap serta mood yang ketara

Pada peringkat awal, kesan kekurangan zat besi tidak ketara dan jarang disedari. Lama-kelamaan tanpa rawatan, anemia boleh menjadi lebih teruk dan kesannya akan mula dirasai.

Jika anak Mommy mengalami tanda-tanda seperti di atas, sila segera rujuk pakar kesihatan berhampiran ya!

Yang lebih membimbangkan adalah jika keadaan anak yang mengalami anemia kurang zat besi menjadi lebih teruk. Antaranya adalah mata putih menjadi kebiruan, berasa pening apabila berdiri dari posisi duduk, dan sesak nafas.

Ini petanda yang tidak baik!

Bagi mengelakkan daripada masalah ini berlaku, Mommy perlu melengkapkan anak-anak dengan makanan yang kaya dengan zat besi.

Teruskan pembacaan untuk mengetahui makanan yang kaya dengan sumber zat besi yang terbaik untuk anak Mommy!

Makanan Yang Kaya Dengan Zat Besi Untuk Anak-anak

  • Telur

Telur adalah makanan yang digemari ramai disamping ia juga sangat mudah didapati. Penting untuk ibu-ibu di luar tahu bahawa telur mengandungi semua mineral penting, termasuk zat besi, dan vitamin B yang diperlukan oleh badan manusia. Zat besi paling banyak terkandung adalah pada bahagian kuning telur.

Jadi apa tunggu lagi? Jom siapkan menu si manja yang berasaskan telur sekurang-kurangnya sekali sehari. Antara menu menarik yang boleh dicuba ialah sup telur, telur dadar dan puding telur.

  • Ikan

Ikan juga merupakan antara makanan yang kaya dengan zat besi. Yang paling menarik tentang ikan adalah, Mommy boleh masakkan apa sahaja menu ikan yang sesuai dengan usia si manja.

Antara ikan yang tinggi kandungan zat besi adalah ikan Baronang, iaitu sebanyak 3.8mg per 100 gram¹. Ikan sardin pula mengandungi 2.1mg zat besi atau lebih per 100 gram² dan ikan salmon mengandungi 0.3mg per 100 gram zat besi³.

  • Kismis

Kismis sering kali dikaitkan dengan kecerdasan otak. Ingat lagi zaman masih belajar dahulu, mak-mak pasti akan bekalkan makanan sunnah ini sebagai salah satu ikhtiar untuk berjaya dalam pembelajaran.

Mungkin ramai juga yang belum tahu bahawa kismis merupakan salah satu makanan yang sangat kaya dengan zat besi. Mommy boleh mula berikan anak-anak dengan kismis dengan memperkenalkannya dalam makanan mereka yang lain.

Atau lagi menarik, berikan kismis sebagai snek antara waktu makan. Barulah anak-anak mendapat makanan yang lebih sihat dan mengenyangkan.

  • Bayam

Siapa yang tak kenal dengan sayuran hijau ini. Bayam merupakan antara sayur hijau yang kaya dengan kandungan zat besi. Menurut kajian, 100 gram bayam adalah bersamaan 2.71 mg zat besi, vitamin A, vitamin E serta kalsium4.

Jadi, Mommy jangan lupa untuk masukkan bayam sebagai salah satu bahan dalam makanan si manja Mommy ya.

  • Susu yang diperkaya dengan Zat Besi

Semua sudah maklum akan kepentingan susu terhadap tumbesaran anak-anak, bahkan untuk kita yang sudah dewasa.

Nutrisi yang terkandung di dalam segelas susu membantu si manja kekal sihat dan aktif sepanjang hari.

Tambahan pula, di saat pandemik melanda, ramai ibu bapa gusar dengan kesihatan anak-anak, terutamanya bagi ibu bapa yang sibuk bekerja walaupun bekerja di rumah.

Ada masa sampai tak menang tangan dibuatnya! Sekiranya Mommy nak menambahkan nutrisi untuk Si Manja, pastikan Mommy hidangkan segelas susu yang mengandungi nutrisi yang penting seperti susu Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif!

Nutrisi yang terkandung di dalam setiap pek susu Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif menyokong keperluan nutrisi harian anak-anak, agar mereka dapat membesar dengan aktif dan sempurna bersama kasih sayang ibu.

Susu Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif

Sebagai salah satu jenama pengeluar susu yang terkenal di Malaysia, Dugro® tampil dengan formula serta rumusan yang cukup baik.

Untuk pengetahuan Mommy, Dugro® mempunyai kombinasi yang unik* iaitu Zat Besi Tertinggi**dan Vitamin C, 21 jenis Vitamin & Mineral, dan dengan kandungan DHA tertinggi**.

Bukan itu saja, Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif juga mengandungi kalsium tertinggi** serta mengandungi dwi protein^ yang dapat membantu menguatkan tulang serta perkembangan anak-anak yang sedang membesar.

*Dengan kombinasi optimum Vitamin C: Zat Besi dalam nisbah 3 & 4, dalam lingkungan yang disarankan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan.

**Dugro Asli dan Madu Langkah 3, 4 & 5 dan Coklat Langkah 4 &5 adalah tertinggi dalam DHA (41.8 mg- 51.2mg/100g), Kalsium dan Zat Besi berbanding jenama lain (setiap 100g), berdasarkan label produk pada Feb 2021 (Harga jualan yang disyorkan kurang daripada RM30 untuk pek 900g/850g)

^60% Protein dadih

Rahsia Di Sebalik Segelas Susu Dugro® NextGen dengan Zat Besi Aktif

Keistimewaan susu Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif bukan hanya terletak pada rumusan semata-mata tau Mommy. Bahkan lebih daripada itu!

Jom kita lihat kebaikan yang ada pada susu Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif ini:

  1. Ibu dan ayah hanya perlu membelanjakan RM1 sahaja untuk segelas susu Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif yang padat dengan pelbagai nutrien untuk anak-anak. Sangat berbaloi, bukan? Jom jadi ibu bapa yang bijak dan pilihlah Dugro®!
  2. Susu ini juga telah dirumus khas untuk keperluan nutrisi kanak-kanak di Malaysia.
  3. Kombinasi unik* Zat Besi & Vitamin C, 21 vitamin and mineral serta DHA tertinggi** memberi nutrisi penting untuk anak-anak. Si Manja yang mempunyai imunisasi yang sihat dapat mencapai perkembangan secara optimum dan perlindungan yang sepenuhnya.

Sekiranya anak Mommy seorang yang mementingkan rasa susu yang diberikan, jangan risau. Susu Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif didatangi dalam pelbagai rasa enak dan tanpa sukrosa seperti perisa Asli, Madu, Multigrain, dan Fruit & Veg. Dugro juga didatangi dengan perisa coklat yang lazat!

Dapatkan Sampel PERCUMA Hari ini!

Berikan si manja lebih perlindungan luaran dan juga dalaman. Nikmatilah kebaikan susu Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif hari ini.

Kukuhkan imuniti dan kuatkan perkembangan 360 Si Manja. Dapatkan sampel susu Dugro® NextGen Nutri dengan Zat Besi Aktif secara PERCUMA di sini!

Rujukan 

  1. 20 Sumber Makanan Yang Mengandung Zat Besi Tinggi. Medicillin. (n.d.). Retrieved November 4, 2021, from https://medicillin.com/news/index/59d5f1d26aa20eac0900ea15/20-sumber-makanan-yang-mengandung-zat-besi-tinggi.
  2. “Top Iron-Rich Foods List.” WebMD, WebMD, 16 Nov. 2020, https://www.webmd.com/diet/iron-rich-foods.
  3. Nutrition Comparison: Salmon Vs Filet O Fish. (n.d.). Soupersage. https://www.soupersage.com/compare-nutrition/salmon-vs-filet-o-fish
  4. FoodData Central. (n.d.). FoodData Central U.S. DEPARTMENT OF AGRICULTURE. https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/168462/nutrients