Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Enuresis atau Kencing Malam? Apa nak buat?

Enuresis-kencing-malam

credit: Pa&Ma

Sekiranya anak anda (5 tahun ke atas) masih lagi kencing malam atau Enuresis atau dengan kata nama lain masih tak dapat nak tahan dari basahkan tilam masa tidur sebab tak sedar, anda perlu baca ni.

Enuresis? Apa tu?

Menurut Dr Mohamad Ikram Ilias, Enuresis terjadi apabila anak anda tidak dapat untuk mengawal pundi kencing, semasa tidur menyebabkan mereka terkencing setiap malam di atas katil. Untuk ibu yang tak tahu apa itu Enuresis, mereka akan memarahi anak mereka sebab mereka ingat anak mereka buat salah. Tapi tahukah anda, yang Enuresis ini memang tak dapat dikawal?

Highlighted


Apa punca Enuresis?

Punca sebenar Enuresis masih lagi tak dapat dikenal pasti tapi, ada beberapa sebab dan kemungkinan Enuresis terjadi:

1) Hormon: Badan akan mengeluarkan Antidiuretic Hormone (ADH) semasa tidur yang akan mengurangkan pengeluaran air kencing semasa tidur. Tetapi jika badan tidak mengeluarkan hormon ADH dengan secukupnya, ia akan menyebabkan air kencing akan banyak semasa tidur.

2) Pundi kencing: Sesetengah orang mempunyai pundi kencing yang agak kecil, jadi kemungkinan mereka tidak dapat untuk menahan banyak cecair, menyebabkan kejadian yang tidak diingini setiap malam.

3) Genetik: Kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai masalah ini sebenarnya datang dari keturunan. Mungkin ibu atau ayah mereka mempunyai masalah yang sama pada masa kecil. Jadi, jangan marah anak-anak anda ye.

4) Tidur mati atau (deep sleep): Kemungkinan anak anda tidur terlalu nyenyak sehingga susah untuk bangun malam dan membuang air kecil.

5) Stress: Ya, betul. Kalau anak stress pun boleh menyebabkan kencing malam. Contohnya kalau ibubapa bercerai, kematian ahli keluarga, pertukaran sekolah, atau sebarang isu yang boleh menyebabkan anak-anak stress.

Macam mana nak selesaikan masalah Enuresis ni?

credit: Sirap Limau

Macam biasa, setiap masalah yang berkaitan dengan kesihatan haruslah dirujuk kepada pakar dan doktor. Tetapi dalam masa yang sama, ibubapa boleh cuba cara di bawah dulu:

1) Gunakan alas tilam (linen) yang kalis air.

2) Jangan minum sebelum tidur. Dengan cara ini ia akan dapat mengurangkan cecair yang akan diproses di dalam badan bila tidur. Tetapi, semasa siang anak-anak perlu minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

3) Sediakan kemudahan ke tandas. Contohnya kalau anak anda tidur katil double di bahagian atas, tukarkan dia ke katil bawah.

Walaubagaimanapun, silalah ke klinik atau hospital untuk bertanya kepada yang pakar jika ibubapa masih lagi ragu-ragu tentang masalah anak.

Artikel ini depetik dari The Star Online.

Untuk tahu banyak lagi info dan nak beli barang bayi murah sila Klik Disini!