Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Terbeban ke untuk Bapa kalau isteri berhenti bekerja?

isteri faizal bekerja

Sakit hati dan baca kisah bayi menjadi mangsa si pengasuh yang takde belas kasihan. Kalau tak sengaja mungkin boleh dimaafkan, tapi kalau yang memang berniat tu macam mana?  Senang je pukul, seksa anak orang. Yang jadi pengasuh pun, kalau rasa tak boleh tahan sabar dengan kerenah budak-budak, jangan la jadi pengasuh. Menganiaya anak orang namanya.

Kan dah ramai netizen mula berdebat tentang ibu yang bekerja VS surirumah menjaga anak sendiri.

Highlighted


Ada yang memahami kenapa ada ibu terus bekerja. Tak kurang juga ada yang tak setuju. Tapi siapa lah kita nak judge orang kan. Kita tak tau kehidupan sebenar yang dia alami.

BACA: 5 Tanda yang menunjukkan anda dah bersedia untuk ada anak.

Mula-mula Risau, tapi kemudian Rezeki Turun Mencurah

DJ Radio dan Pengacara terkenal, Faizal Ismail atau FBI turut berkongsi pengalaman dan pendapat sebagai ketua keluarga.

Saya pernah melalui pengalaman kehilangan anak…

Dia dan isteri berasakan anak mereka tak happy sebelum ambil keputusan untuk jaga anak sendiri dan hanya Faizal seorang yang bekerja.

Risaukan keadaan kewangan keluarga.

Bila dah salah seorang je yang bekerja, mesti kita akan risaukan kewangan kita. Cukup ke untuk keperluan harian – makanan, barang-barang dapur, bil-bil itu ini dan sebagainya. Peningnya fikir… Itu jugalah yang dialami Faizal.

Kami redah kehidupan di KL yang serba mencabar ini dan berserah kepada Allah. Pada peringkat awal, ia agak mencemaskan dan disudut hati saya masih mengharapkan satu hari nanti isteri akan bekerja semula untuk membantu kewangan keluarga.

Ini hanya perkongsian secebis kisah dari kehidupan saya sebagai manusia biasa, suami dan ayah. Saya dan isteri bukanlah ibu bapa contoh kerana kami juga tidak sempurna…namun sekiranya ada ibu bapa yg berazam untuk menjaga sendiri anak2, saya dan isteri mendoakan agar semuanya dipermudahkan dan sentiasa berserah kepada Yang Maha Esa.

Logik akal kita mungkin mengatakan angka2 RM yg kita dapat dalam sebulan tidak cukup…tetapi jika kita seimbangkan dengan faktor2 kebahagiaan lain dalam kehidupan…InshaAllah nilai tambahnya akan nampak lebih ketara. Lagipun harga sebuah kebahagiaan tidak mampu dibayar dengan RM berjuta. Kehidupan kita adalah berdasarkan apa yg kita mahu capai. Kita tidak boleh hidup dengan merujuk kepada kehidupan orang lain. Usaha dan berserahlah kepada Dia..Maha Mendengar dan Memberi.

ujarnya lagi.

Jadi untuk ibubapa dan netizen dekat luar sana, jangan terlalu takut atau gusar. Nak jaga anak sendiri atau terpaksa hantar ke pengasuh, rezeki sentiasa ada dimana mana. Dengan niat yang betul, anda hanya perlu percaya dengan takdir dan ketentuan Dia.

Dapatkan barangan bayi murah dan menarik disini!