Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Fakta Anak Bongsu Yang Tak Boleh Dinafikan, Terutamanya Yang Nombor 3

Anak merupakan anugerah dari Allah S.W.T. Setiap anak, daripada anak sulung sehingga anak bongsu, semua mempunyai karektor, perwatakan dan sikap yang berbeza antara satu sama lain.

Umpama jari-jemari, diukur tidak sama tinggi namun bila bertaut, ianya cantik dan tersusun rapi. Bila digenggam, kuat dan kukuh serta erat tidak terputus.

Kewujudan anak-anak dengan kepelbagaian ini menambah seri dalam kehidupan setiap ibu bapa.

Highlighted

Foto Kredit: astroawani.com

Jika dahulu, mempunyai anak yang ramai merupakan kebiasaan. Tanpa disedari, ibu bapa telah terdedah kepada kemahiran keibubapaan yang tinggi.

Selari dengan peredaran zaman, kini ibu juga terpaksa keluar bekerja untuk membantu ekonomi keluarga. Masa bersama anak-anak agak terhad namun ianya tidak menghalang beliau mengenali karektor anak-anak. 

Memandangkan fakta anak sulung sering dibahaskan kerana ia merupakan persediaan pertama individu bergelar ibu bapa.

Tetapi, fakta anak bongsu tidak boleh dipinggirkan kerana semua anak-anak mempunyai keistimewaan dan tingkahlaku yang tersendiri.

Putera Hisahito bersama kekanda-kekandanya. (Foto kredit: Harpers Bazaar)

10 Fakta Anak Bongsu Ibu Bapa Harus Tahu

1. Anak yang Amanah

Mungkin ada yang tidak percaya dan terkejut namun ini adalah hakikat.

Ibu bapa yang telah berusia biasanya suka bercerita dan meluahkan isi hati kepada orang yang dekat dengannya.

Di saat ini kebanyakan anak-anak lain telah pun bekerja dan berumahtangga, oleh itu si bongsulah tempat mencurah segala perasaan. 

2. Anak bongsu selalunya Nakal

Kredit: majalahpama.my

Stigma ini amat sinonim dalam fakta anak bongsu. Walaupun tidak semua namun seringkali dikaitkan anak bongsu merupakan anak yang paling nakal.

Sifat nakal ini adalah kerana mereka mempunyai jiwa yang ‘adventure’. Suka untuk mencuba perkara-perkara yang baru atau perkara yang biasa namun boleh menyebabkan kerisauan ibu bapa seperti keluar malam, melepak, merempit dan sebagainya. 

3. Anak bongsu banyak Mengalah

Tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa si bongsu merupakan anak yang terpaksa mengalah kerana kebiasaannya barangan terutamanya pakaian bukanlah yang baru tetapi ‘tinggalan’ ataupun ‘warisan’ dari abang dan kakak.

Walaupun mempunyai sifat manja dan nakal namun bila dipujuk dan dinasihati mereka sanggup mengalah terutamanya apabila melibatkan keluarga.

4. Anak bongsu sangat Kreatif

Menurut Alfred Adler, pakar psikologi Austria yang terkenal, anak bongsu merupakan individu yang kreatif. Mereka sentiasa mempunyai idea dan berupaya menjadi tarikan ramai pihak.

Anak bongsu mempunyai daya imiginasi yang tinggi serta semangat untuk mencuba bidang baru adalah pelengkap bagi menonjolkan kreativiti mereka.

Tidak hairanlah jika kebanyakan anak bongsu melibatkan diri dalam bidang seni. Antaranya ialah Celine Dion yang merupakan anak bongsu dari 14 adik beradik. Bakat serta kemasyurannya memang tidak dapat dinafikan. 

5. Anak bongsu seorang yang Bijaksana

Anak bongsu juga dilihat agak bijaksana, Antara faktornya adalah kerana semangat ingin setanding dengan abang dan kakak.

Sekiranya abang dan kakak mempunyai kebijaksanaan di dalam pembelajaran, si bongsu akan sentiasa memastikan  bahawa beliau adalah lebih pintar dari mereka.

Kebijaksanaan mereka yang paling utama adalah pendekatan yang digunakan untuk menarik perhatian dan membeli jiwa ibu bapa.

Mereka juga begitu bijak menarik rasa simpati dan empati ibu bapa untuk ditumpahkan kepada mereka sepenuhnya.

6. Anak bongsu agak Boros

Jika diamati, kebanyakkan anak bongsu agak stabil dari segi kewangan. Namun demikian, kehendak untuk berbelanja agak tinggi.

Walaupun tidak semua anak bongsu lemah dari segi pengurusan kewangan namun kebanyakannya boleh dikatakan boros apabila berbelanja.

Mereka menjadi kegemaran rakan sebaya kerana gemar membelanja kerana mempunyai sumber kewangan yang kukuh.

7. Anak bongsu mempunyai Nekad yang Tinggi

Sifat ini sering ditemui berada di dalam diri seorang anak bongsu. Frank Sulloway, yang juga seorsng pakar psikologi terkenal, menyatakan bahawa anak bongsu mempunyai sifat yang unik iaitu sukakan cabaran dan suka mencuba sesuatu yang baru.

Mereka juga termasuk dalam golongan yang nekad dan tidak takut mengambil risiko. Sifat ini juga menyebabkan ibu bapa terpaksa banyak bertolak ansur dan mengikut sahaja kemahuan mereka.

Kerana sekiranya dilarang pun, mereka tetap juga mencari jalan untuk membuat apa sahaja yang dihajati. Mereka suka meneroka bidang yang belum pernah dilakukan oleh keluarga lain bagi menonjolkan kelebihan diri. 

8. Anak bongsu sering Membuat Ibu Ayah Gusar

Seringkali juga anak bongsu menimbulkan kegusaran kepada kedua orangtuanya kerana sikap mereka yang bebas, sentiasa dipenuhi dengan sifat ingin bergembira dan ceria.

Namun begitu, mereka biasanya mudah dipujuk dan mendengar nasihat. Kebiasaannya, mereka menyebabkan kegusaran ibu bapa hanya semasa di fasa remaja namun bila apabila dewasa, mereka lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap keluarga.

9. Anak bongsu seorang yang Santai

Anak bongsu juga dikatakan mudah mendapat kawan baru kerana mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan kawan-kawan.

Selain dari itu mereka mempunyai personaliti yang santai dan mudah didekati. Sifat ini lahir dari keterbiasaan kerana naluri untuk menceriakan ibu bapa dan juga keinginan untuk membuktikan bahawa mereka adalah setanding dengan abang dan kakak juga.

Dengan sifat santai, ceria dan kelakar ini menyebabkan anak-anak bongsu sentiasa mudah bersosial dan ditambah pula faktor kewangan yang stabil.

10. Anak bongsu sangat Manja

Tidak dapat dinafikan seorang yang manja. Sudah tentulah mereka ini manja kerana yang paling muda di dalam keluarga. Anak bongsu amat gemar dibelai dan diusap manja.

Usapan terhadap anak-anak adalah amat penting dan menguatkan ikatan terhadap anak-anak. Namun anak bongsu adalah yang paling bertuah sekali kerana sudah dewasa pun masih diusap lagi.

Malahan kadangkala setelah dewasa pun masih lagi diusap dan dibelai. 

Foto kredit: Jija Cardiff

Anak, tidak kira sulung, tengah atau bongsu, adalah syurga keluarga dan amanah berharga yang harus dididik dan dibelai. Semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran menjadi ibu ayah terbaik untuk anak-anak.