Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Fakta Anak Kedua Yang Menarik

Foto Kredit: Adobe Stock

Anak sulung dikenali sebagai pelindung keluarga dan memiliki jiwa pemimpin, sedangkan anak bongsu pula dikenali sebagai anak yang manja. Lalu, bagaimana pula dengan anak kedua ataupun anak tengah?

Sering dibandingkan dengan anak sulung atau anak bongsu, anak kedua dari tiga beradik memang jarang dibicarakan.

Anak kedua seringkali dianggap untuk bersikap lebih dewasa, ini kerana mereka harus menghormati kakak atau abangnya dan mengalah pada adiknya.

Jom ketahui 10 fakta anak kedua dengan lebih mendalam di sini!

1) Anak kedua memiliki keperibadian yang berbeza daripada kakak atau adiknya

Highlighted

Foto Kredit: Adobe Stock

Disedari atau tidak, anak kedua selalu menjadi yang paling berbeza di antara kedua adik-beradiknya. Jika si sulung atau si bongsu sering menjadi perhatian orang tua, maka berbeza dengan anak kedua.

Mungkin hal inilah yang membuat anak kedua berfikir untuk membina peribadi yang berbeza daripada adik beradiknya, baik dalam sikap, perilaku, mahupun gaya hidupnya.

2) Tak suka pasangan yang overprotective

Foto Kredit: Adobe Stock

Meskipun ingin mendapat perhatian lebih, ternyata anak kedua atau anak tengah tidak suka pasangan yang overprotective terhadap dirinya.

Mereka tak suka pasangan yang memberi perhatian secara berlebihan. Karakter anak tengah memang cenderung agak rebellious, selalu ingin bebas dan susah nak mendengar kata.

Menjadi anak tengah bermaksud mereka harus berdikari di usia yang muda. Mereka cenderung suka melakukan segalanya seorang diri kerana mereka dibiasakan untuk bersikap begitu. 

3) Anak kedua memiliki jiwa kreativiti dan menyukai kebebasan

Foto Kredit: Adobe Stock

Anak kedua biasanya lebih gemar menyendiri dan juga selalu bersemangat dalam melakukan sesuatu.

Hal inilah yang akan membantunya untuk berfikir dengan lebih kreatif dan berkembang dengan baik. 

Anak kedua juga sangat menyukai fleksibiliti, mereka lebih suka pekerjaan yang dapat membuat mereka rasa lebih bebas dalam mengekspresikan diri dan tidak terikat dari segi waktu mahupun peraturan.

4) Memiliki sifat memahami

Foto Kredit: Shutterstock

Ketika menjalin hubungan percintaan, anak kedua atau anak tengah akan menjadi seorang yang memahami pasangannya. Mereka memahami dengan baik bahawa setiap orang mempunyai prioriti yang berbeza.

Mereka tidak akan merungut jika pasangan mereka sangat sibuk. Mereka percaya bahawa pasangannya akan selalu ada untuknya saat diperlukan.

Anak kedua juga sangat memahami cabaran hidup berpasangan dan menerima pasangan seadanya.

5) Sentiasa berfikir di luar kotak

Foto Kredit; Shutterstock

Ini merupakan antara fakta anak kedua yang sangat menarik.

Mungkin ada ibu bapa yang terkesima dan terkedu melihat beberapa tingkah laku anak kedua yang berbeza dengan adik-beradik mereka yang lain.

Ini kerana kebanyakan anak kedua sangat kreatif dan sentiasa mencetuskan idea yang unik seperti yang dikatakan di atas.

Anak kedua mampu berfikir di luar kotak dalam mencari jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah atau pun sekadar ingin menghiburkan hati mereka.

Anda haruslah sentiasa bersikap positif dan bantu anak kedua untuk berfikir lebih ke arah kebaikan dan membawa keuntungan kepada diri sendiri serta keluarga.

6) Lebih mudah untuk bertoleransi

Foto Kredit: Shutterstock

Fakta anak kedua yang seterusnya ini menunjukkan bagaimana anak kedua lebih mudah digemari oleh sesiapa sahaja yang berada disekelilinganya kerana sifat toleransinya yang tinggi.

Dari segi pekerjaan, mereka bukanlah seorang yang menggilai kuasa dan tidak pula meninggalkan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Anak kedua juga mudah untuk dibawa berbincang dan sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima pandangan dan kritikan orang ramai.

7) Orang tengah

Selain daripada ‘peranan’ mereka yang dilahirkan sebagai anak tengah, mereka secara tidak langsung menjadi seorang yang paling mahir untuk menggantikan anak sulung ketika menghadapi masalah keluarga. 

Lebih menarik, mereka juga merupakan perunding yang paling bagus dalam menyelesaikan masalah dengan lebih mudah.

8) Berfikiran terbuka

Anak kedua sering menjadi tumpuan, terutamanya jika berlaku sesuatu konflik kerana mereka cenderung untuk menjadikan diri mereka seorang yang sering membawa masalah.

Mungkin ada benarnya kerana semangat ingin tahu mereka yang tinggi kadang-kadang membawa kepada keburukan dan sebagainya. 

Namun, pengalaman yang sedemikianlah yang menjadikan anak kedua lebih berfikiran terbuka dalam mencuba sesuatu yang baru, mengadili sesuatu permasalahan, dan menyelesaikan konflik.

9) Lebih berdikari

Foto Kredit: Shutterstock

Anak kedua juga dikatakan lebih pandai berdikari berbanding dengan adik-beradik yang lain. Mereka mampu menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain atau berdasarkan contoh-contoh yang telah ditunjukkan oleh kakak dan abangnya.

10) Lebih suka mengalah dan menghindari konflik

Foto Kredit: Shutterstock

Dalam kehidupan berpasangan, anak kedua cenderung mempunyai sifat suka mengalah dan menghindari konflik dengan pasangannya.

Mereka tak mahu hal emosi berlarutan dan lebih suka menjadi orang yang meminta maaf walaupun bukan salah mereka.

Hal ini kerana anak kedua atau anak tengah selalu dilihat untuk sentiasa bersikap matang dalam segala perkara. Jika menginginkan sesuatu, mereka harus mengalah pada kakak atau abangnya kerana menghormati yang lebih tua.

Mereka juga harus mengalah pada adik kerana si adik yang masih kecil. Sebab itulah mereka lebih suka mengalah dan menjadi penyabar di antara adik-beradiknya yang lain. Sifat-sifat ini selalunya terbentuk daripada situasi keluarganya di rumah.

Ini mungkin antara fakta anak kedua yang boleh dijadikan panduan anda. Tetapi, anda harus ingat bahawa setiap anak memiliki ciri yang unik dan khasnya sendiri, bahkan urutan lahir juga mempengaruhi banyak terhadap aspek, sikap, dan sifat anak.

Ibubapa harus menerima dan menyayangi semua anak tanpa berbelah bahagi.