Setiap anak berbeza sikap dan pembawakan diri mereka. Tapi ada cara untuk Mommy lebih kenal anak terutama anak keempat iaitu melalui pembacaan dan kajian sikap di sekeliling Mommy.
Malah, dalam perkongsian kali ini, Mommy juga akan dapat mengetahui dengan lebih jelas lagi fakta anak keempat yang kami kongsikan di bawah.
Melalui fakta anak ke 4 ini juga, Mommy akan dapat memahami sikap anak keempat dengan lebih mudah dan tahu bagaimana cara untuk tangani mereka.
Jom lihat fakta anak keempat di bawah!
Senarai Fakta Anak Keempat yang Menarik
#1. Fakta Anak Keempat Mereka Sukakan kanak-kanak
Fakta anak keempat yang pertama adalah mereka sangat menyukai kanak-kanak dan seorang yang penyayang. Hal ini disebabkan jarak usia yang berada di tengah-tengah membuatkan banyak perkara yang mereka pelajari dari sikap adik beradik yang lain termasuk Mommy dan Daddy.
Disebabkan itu juga, mereka sangat bijak mengawal situasi dan mengambil hati semua orang termasuk kanak-kanak.
#2. Tidak Suka Meminta-minta
Kalau Mommy perasan, anak keempat ini sangat jarang meminta-minta. Apa yang Mommy dan Daddy bagi, itu lah yang dia akan ambil.
Anak keempat ini seakan mengerti bahawa sikap meminta-minta ini bukanlah satu tabiat yang baik. Malah, jika diperhatikan mereka langsung tak kisah jika tidak diberikan apa-apa sebabnya takut menyusahkan orang lain.
#3. Peramah dan Suka Bergaul
Selain itu, antara fakta anak keempat yang paling tepat, mereka ini sangat mesra dan mudah bergaul. Pendek kata, walaupun baru pertama kali bertentang mata, rasa seperti sudah lama berjumpa.
Mereka sangat peramah dan banyak bicara.
#4. Anak ke 4 Merupakan Pendengar yang Setia
Disebabkan kedudukannya dalam adik beradik adalah di tengah-tengah, anak keempat ini sering menjadi tempat rujukan dan luahan perasaan adik beradik yang lain.
Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika anak keempat ini sering dikatakan seorang pendengar yang setia. Selain tempat meluah perasaan, mereka juga adalah pilihan tempat jika ingin berkongsi rahsia.
#5. Pandai Ambil Hati
Malah, anak keempat juga sangat pandai mengambil hati terutama ketika anda sedang marah atau sedang bersedih. Sentiasa ada di saat susah dan senang, anak keempat ini sangat memahami kesusahan dan perasaan orang lain.
Meskipun diri mereka sendiri dirundung masalah, namun tidak sedikit pun mereka tunjukkan dan lebih menghormati perasaan orang lain melebihi diri sendiri.
#6. Mudah Percaya
Disebabkan sikap mereka yang mudah faham dan mudah mesra itu juga, anak keempat juga sangat mudah mempercayai orang lain.
Sikap ini wujud sejak kecil lagi disebabkan anak keempat selalu dikelilingi oleh ramai orang yang melayannya dengan cara baik.
Oleh sebab itu juga mereka menganggap semua orang boleh dipercayai dan tidak meletakkan prasangka buruk.
#7. Tidak Suka Susahkan Orang
Paling ketara fakta anak keempat ini adalah mereka tidak suka susahkan orang lain terutama ahli keluarga sendiri.
Anak keempat ini lebih gemar melakukan semua perkara atas usaha diri sendiri.
#8. Fakta Anak ke 4 Mereka Seorang yang Lembut Hati
Bukan sahaja tidak suka menyusahkan orang lain, mereka juga sangat lembut hati. Tambah-tambah lagi apabila mengetahui ada orang yang memerlukan bantuan, merekalah orang pertama yang datang dan hulur bantuan.
Malah mereka juga sangat prihatin terhadap orang lain.
#9. Anak Keempat Gemar Ambil Berat
Disebabkan berada di tengah, anak keempat sentiasa menjadi tumpuan. Oleh itu, bermula dari situ terbentuklah sikap mengambil berat akan orang lain.
Sama seperti dirinya dilayan, mereka juga akan turut mengambil berat tentang orang lain dan hal sekeliling.
#10. Sukar Difahami Merupakan Sifat Anak Keempat
Seing kali menjadi tempat rujukan dan luahan perasaan orang lain menjadikan diri mereka sangat privasi. Bukan sebab tidak mahu meluah atau berkongsi masalah, tetapi bila diri sering dijadikan tempat luahan masalah, anak keempat akan menganggap masalah mereka adalah terpencil berbanding orang lain.
Orang sekeliling agak sukar memahami dirinya dan menganggap semuanya baik-baik sahaja.
#11. Sangat Ceria Antara Ciri Ciri Anak Keempat
Mereka juga sering kali menunjukkan sikap yang ceria seperti tidak ada masalah dan perkara yang perlu dirisaukan. Ini cenderung dengan diri mereka yang perahsia dan suka memendam perasaan menjadikan diri mereka kuat di hadapan orang lain.
#12. Seorang Yang Sangat Setia
Selain sikap perahsia dan memendam perasaan, anak nombor empat ini juga merupakan seorang yang sangat setia. Bukan sahaja kepada keluarga, rakan dan pasangan, tetapi turut melibatkan barangan yang mereka miliki.
#13. Banyak Berkorban
Disebabkan sikap mereka yang sering kali bertolak ansur dalam banyak perkara, anak no empat juga banyak berkorban untuk kebahagiaan orang lain.
#14. Gemar Berkongsi
Anak no 4 juga tidak kisah kalau perlu berkongsi barang atau hal lain. Sikap ini terbentuk melalui hubungan di antara adik beradik yang lain.
Berada pada kedudukan tengah membuatkan anak no empat peroleh banyak benda untuk dikongsikan.
#15. Seorang Perahsia
Fakta anak ke 4 yang seterusnya adalah mereka merupakan seorang yang perahsia dan pandai menyimpan rahsia.
Memang agak sukar untuk Mommy mengorek rahsia mereka dan boleh jadi anak ke 4 ini merupakan tempat Mommy kongsikan segala rahsia.
#16. Kuat Merajuk Merupakan Fakta Tentang Anak Keempat
Akhir sekali, anak keempat ini juga ada perangainya yang menguji kesabaran. Berbanding dengan anak-anak yang lain, siapa sangka sifat anak keempat ini adalah kuat merajuk.
Boleh jadi rajuknya itu mengalahkan anak yang paling bongsu sekali.
Anak yang kedudukannya berada di nombor empat cenderung menjadi orang yang sangat boleh dipercayai. Mereka menghargai integriti dan ketepatan dalam segala hal yang mereka lakukan.
Mereka juga mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi, yang membolehkan mereka menghadapi cabaran dan kesukaran dengan keberanian dan ketabahan.
Setiap anak sebenarnya mempunyai kelebihan dan juga kekurangan diri masing-masing. Mengenal sikap anak-anak dengan lebih dekat akan memudahkan Mommy dan Daddy untuk mendidik mereka.
Diharapkan dengan perkongsian mengenai fakta dan ciri-ciri anak keempat terutama fakta anak keempat wanita di atas dapat membantu Mommy dan Daddy memahami mereka dengan lebih mudah.
Mommy dan Daddy juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips keibubapaan menarik yang lain di SINI!