Ibu, Bayi & Kanak Kanak

11 Fakta Menarik Tentang Anak Kelima: Apa Yang Buat Mereka Nampak Istimewa?

fakta anak kelima

Kredit gambar: www.fraser.org

Anak kelima adalah kedudukan kelima dalam susunan kelahiran dalam sesebuah keluarga. Terdapat banyak fakta anak kelima yang belum diketahui oleh semua orang. Ciri ciri anak kelima selalunya mempunyai ciri dan pengalaman unik yang membezakannya daripada adik-beradiknya yang lain.

Pelbagai faktor, seperti peranan dalam keluarga, kedinamikan hubungan dengan adik-beradik, dan pengaruh persekitaran, boleh mempengaruhi perkembangan dan sahsiah ciri ciri anak nombor 5 ini.

Satu fakta menarik tentang anak kelima ialah istilah “sindrom anak kelima” atau “sindrom anak bongsu”. Konsep ini merujuk kepada beberapa ciri umum yang sering dikaitkan dengan ciri ciri anak kelima.

Sebagai contoh, kanak-kanak kelima cenderung menjadi sosial dan komunikatif, kerana mereka sering berinteraksi dengan adik-beradik yang lebih tua dan belajar daripada pengalaman mereka.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai fakta anak kelima ini, jom ikuti perkongsian di bawah!

Fakta Anak Kelima yang Menarik

Highlighted

Kredit gambar: www.ibelieve.com

#1. Selalu Mencuri Perhatian

Kehadiran anak kelima dalam keluarga, sebagai anak bongsu, memberi peluang kepadanya untuk menerima limpahan perhatian dan kasih sayang daripada ahli keluarga.

Anak kelima membesar menjadi seorang yang suka mencari perhatian daripada orang lain termasuk bakal pasangan.

#2. Mudah Marah

Anak kelima selalunya mempunyai sifat manja yang membuatkan orang sekeliling berasa jengkel, tetapi mereka juga diketahui mudah marah terhadap perkara kecil dan remeh.

Rasa jengkel ini membimbangkan mereka yang paling rapat dengannya. Sifat mudah marah ini walaupun sekecil perkara lebih kurang dengan perangai anak sulung.

#3. Sangat Berdikari

Kredit gambar: www.todaysparent.com

Di sebalik sikap manja itu, anak kelima juga mempunyai sifat yang sangat berdikari. Disebabkan ibu bapa sibuk menjaga anak lain, anak kelima sudah terbiasa menjalankan aktiviti berdikari sejak kecil menjadikan mereka lebih berdikari berbanding adik beradik yang lain.

#4. Dekat dengan Orang Tua

Fakta yang seterusnya ini adalah merupakan fakta anak kelima perempuan yang sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Anak kelima perempuan kebiasaannya mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa berbanding adik beradik yang lain.

Mereka mempunyai lebih banyak masa bersama ibu bapa di rumah berbanding adik-beradik mereka yang lebih suka bergaul dengan rakan-rakan mereka.

Kerana rapat dengan ibu bapa, mereka sukar jika terpaksa berpisah dengan ibu bapa berbanding menjalinkan hubungan jarak jauh dengan adik beradik atau kekasih.

#5. Memiliki Empati yang Besar Antara Fakta Anak Kelima

Fakta anak kelima iaitu empati ini lebih kurang sama dengan sifat atau ciri ciri anak keempat. Anak kelima diketahui mempunyai empati yang tinggi terhadap orang lain.

Mereka sanggup berkorban untuk membantu orang yang memerlukan. Sifat penyayang mereka dipengaruhi oleh perhatian kasih sayang yang mereka terima sejak kecil.

Fakta anak kelima dalam islam ini juga anda akan kerap lihat pada kebanyakan anak bongsu atau anak kelima dalam keluarga.

#6. Suka Kedamaian

Fakta anak ke 5 pada dasarnya sukakan kedamaian dan mengelakkan konfrontasi yang boleh membawa kepada perpecahan.

Sifat yang sama dengan fakta anak kedua ini disebabkan oleh mereka sukar untuk menumpukan perhatian jika ada gangguan, jadi mereka lebih suka bersendirian di rumah.

Mereka berasa kecewa apabila adik-beradik bergaduh sesama sendiri, dan sering menjadi orang tengah dalam konflik keluarga.

#7. Terbeban

Sebagai anak bongsu, anak kelima sering mengalami beban dalam keluarga dan persekitaran sosial. Mereka berasa tertekan untuk menjadi seperti atau bahkan mengatasi adik-beradik mereka yang lebih tua sama ada dalam pendidikan, kerjaya, dan mungkin dari segi jodoh.

Tekanan daripada persekitaran sosial juga boleh menjejaskan personaliti mereka dan membuatkan mereka berasa kecewa dengan diri sendiri.

#8. Mempunyai Sifat Keterbukaan Antara Fakta Anak Kelima

Kredit gambar: www.parents.com

Ciri ciri anak nombor 5 antaranya mereka mempunyai sifat periang yang membuat orang lain gembira berada di sekelilingnya.

Mereka mudah berkongsi dengan orang lain kerana mereka sudah biasa mendapat perhatian. Mereka juga mudah bergaul dan mesra dengan sesiapa sahaja.

#9. Ego Juga Merupakan Fakta Anak Kelima

Anak kelima mempunyai sifat mementingkan diri sendiri yang sangat menjengkelkan sama seperti anak sulung. Fakta anak kelima dari enam bersaudara ini timbul dari sikapnya yang sering diberi layanan istimewa oleh ahli keluarga terutama ibu bapa.

Mereka cenderung melakukan apa yang mereka fikir betul tanpa mendengar pendapat orang lain.

#10. Jarang Menghargai

Mereka jarang menghargai pendapat orang lain merupakan fakta anak kelima yang kesepuluh. Hal ini mungkin disebabkan oleh tabiat zaman kanak-kanak mereka iaitu sering mendapat apa yang diingini tanpa ditolak.

Adik-beradik mereka yang lebih tua sering mengalah untuk menggembirakan anak kelima sehingga menyebabkan mereka berdendam dengan sifat mementingkan diri anak kelima antara ciri-ciri yang sama dengan fakta anak keenam.

#11. Anak Kelima Merupakan Seorang yang Cerewet

Kredit gambar: www.cnbc.com

Antara ciri ciri anak kelima atau anak bongsu yang terakhir adalah mereka turut mempunyai sifat cerewet berbanding adik beradiknya yang lain.

Selain itu, antara sifat anak kelima ini juga mereka sangat ceria secara semula jadi sejak kecil yang terbentuk apabila sering dihiburkan oleh semua pihak tidak kira dalam apa jua keadaan.

Ciri ciri anak nombor 5 ini juga sangat terkenal dengan ketawa dan bergurau senda. Kadangkala ciri ciri anak kelima dan ciri ciri anak keempat adalah sama iaitu suka berkelakuan lucu untuk mendapatkan perhatian orang lain.

Fakta menarik tentang anak kelima seperti peranan mereka dalam keluarga, keunikan mereka, dan bagaimana pengalaman keluarga membentuk mereka ini sememangnya sesuatu yang sangat unik dan menimbulkan pelbagai ragam dalam keluarga yang bakal diingati terutama ibu bapa.

Diharapkan dengan perkongsian serba sedikit mengenai fakta anak ke 5 atau ciri ciri anak nombor 5 ini dapat membantu anda mengenali mereka dengan lebih dekat lagi!


Selain info fakta anak kelima di atas, dapatkan juga pelbagai lagi tips keibubapaan yang lain di SINI!