Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Apa Perlu Mommy Buat Jika Anak Sedang Melalui Fasa-fasa Ini? Doktor Kanak-Kanak Jelaskan Perangai Aneh Anak Kita

Anak-anak semestinya mempunyai fasa-fasa mereka semasa mereka sedang membesar. ‘Tantrum’ dan juga fasa ‘menggigit’ orang ni adalah satu fasa yang ibu bapa tidak boleh elak.

Mommy perasan tak kadang-kadang kita sendiri sukar untuk memahami perangai anak-anak kita? Ada masa mereka akan mengamuk dan membuat perangai yang pelik-pelik sampai kita sendiri pening untuk handle gaya mereka itu.

Buat Mama yang masih pening dengan perangai anak-anak, ikuti penjelasan Dr Redza Zainol, yang kongsikan jenis ‘decision-making’ yang anak-anak kita buat dan bagaimana kita boleh membantu menenangkan gaya mereka tersebut.

3 Fasa Anak-anak Yang Boleh Memeningkan Ibu Bapa 

Highlighted


Pertama sekali, kita fahamkan dulu anak usia 2 tahun ni masih dalam fasa ARE, iaitu:

i. Autonomous Decision – mereka suka buat keputusan sendiri tanpa hirau kata kata kita.

ii. Reptile Brain – anak kita lebih dikuasai oleh ‘reptile brain’ ataupun ‘emotional brain’. Jadi, si kecil mudah meledak dan mengamuk tanpa berfikir panjang.

iii. Egocentric – anak kita dilihat pentingkan diri sendiri dan susah berkongsi.

Tugas Khas Untuk Mommy Dan Daddy 

Fasa ini akan berterusan antara usia 2-4 tahun. Selepas tu, fasa ni akan berlalu. Jadi, kitalah (mak ayah) yang kena berlapang dada bila anak dalam fasa ni. Sementara tu, saya kongsikan satu-satu apa yang perlu dibuat.

Tugas mak ayah ialah:

  • Bertenang dan tak marah pada anak.
  • Ajar anak nama anggota badan sampai dia kenal. Contohnya, tangan.
  • Ajar berulang kali fungsi tangan anak yang sebenar. Contohnya: Tangan untuk pegang bola, untuk makan, untuk pegang cawan
  • Ajarkan anak batasan perlakuan (boundaries).
    • memukul itu tak dibenarkan.
    • tak boleh baling barang
  • Ulang semula fungsi tangan.“Hand is for you to eat, to drink, to draw.”
  • Pantau konten rancangan TV/gajet yang anak lihat.

Untuk baca dengan lebih lanjut boleh klik pada link dibawah.

Semestinya kita perlu ingat tugas dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa ya, Mommy! Semoga bermanfaat untuk mengendalikan jika masalah seperti ‘tantrum’ dan mengamuk jika ia datang lagi.

Ingat Mommy! Mereka mempunyai fasa ARE iaitu ‘Autonomous Decision’, ‘Reptile Brain’, dan ‘Egocentric’. Pastikan Mommy fahami konsep ini ya!

Selamat mencuba~

Kredit: Twitter Dr Redza Zainol 


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mommy vote jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mommy di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!