Pernah dengar pasal mak ayah pilih kasih atau kata nama lain favoritism? Sayang anak yang ni tapi anak satu lagi di abaikan. Anak yang ni belikan baju sampai 10 pasang tapi anak yang lain suruh beli sendiri.
Itu la Favoritism. Atau kata nama lain, pilih kasih. Isu ni selalu jadi sebenarnya tapi antara kita sedar ke tak je. Nampak macam isu kecil tapi sebenarnya isu macam ni la yang boleh buat mental anak terkesan. Gangguan emosi. Mana tak nya, bila anak yang disisihkan ni nampak yang adik beradik lain dapat lebih, kecil hati dia. Tapi sebab mereka anak, mereka tak boleh cakap apa.
Apa Hukum Favoritism?
Tahu tak yang favoritism ni hukumnya berdosa. Tak kira la agama apa pun tapi sebagai ibubapa anda haruslah membahagikan kasih sayang dengan adil. Jangan melebihkan mana-mana anak sebab jika anda mengamalkan sikap favoritism ni, banyak keburukan yang akan berlaku daripada kebaikan.
Pesanan Buat Para Ibubapa
Ibu bapa harus beri perhatian dan kasih sayang yang sama rata kepada semua anak. Betul, kita mungkin sayang lebih kepada salah seorang antara mereka, tetapi kita tidak boleh menzahirkannya di hadapan anak yang lain kerana mereka boleh terasa dan berkecil hati.
Katakan kita ada anak yang pandai dan kurang pandai. Anak yang pandai kita puji-puji dan yang kurang pandai pula kita keji. Anak yang pandai itu pun belajar tinggi sampai ke luar negara dan dapat kerja yang bagus sampai nak balik kampung nak tengok-tengok kita pun takde masa.
Anak yang kurang pandai ni la yang akan jaga kita dekat kampung masa tua nanti, jadi janganlah banding-bandingkan anak-anak. Setiap anak ada kelebihan masing-masing.
Lagi satu pesanan saya, kalau anak anda banyak buat perangai, bagilah anak tu lebih perhatian. Ibu bapa jangan cepat menghukum anaknya derhaka, sebab ibu bapa pun boleh derhaka dekat anak-anak.
Jadi, lepas ni kalau ada ibubapa yang amalkan sikap pilih kasih ni sila lah berhenti dari buat macam tu. Kesian anak-anak. Walaupun nampak macam kecil je isu ni tapi beringatlah, anak-anak tu anugerah dan kena bagi layanan yang sama rata. Ingat ya?