Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Filem Tentang Bapa: 7 Filem Tentang Pengorbanan Seorang Bapa Yang Pasti Menyayat Hati

Semestinya, pengorbanan bapa mestilah tiada tandingannya. Mungkin mereka jarang ekspres atau menyebutkan kata-kata sayang pada anak kita tetapi si bapa menyatakannya dengan cara yang berbeza. Tidak kira dengan memberi duit, menyatakan kata-kata “jaga diri” ataupun “jaga kesihatan”, ia semua satu bentuk ‘cinta’ pada anak-anak mereka.

Siapa yang buat filem ni memang pandai menghasilkan filem yang menyetuh hati orang. Bersempena dengan sambutan Hari Bapa tahun ini, berikut merupakan 7 filem tentang pengorbanan si ayah yang pasti dekat di hati kita semua.

Mommy boleh set masa dan hari untuk tonton filem ini bersama suami dan anak-anak.

Senarai dibawah merupakan filem-filem antarabangsa dan filem tempatan tentang pengorbanan bapa. Jom kita lihat!

7 Filem Tentang Pergobanan Si Ayah 

#1 Pursuit Of Happyness 

Highlighted

Kredit gambar: IMDB

Satu kisah benar, ia menceritakan seorang bapa lakonan Will Smith yang bersusah payah untuk mencari rezeki sementara memperjuangkan hak penjagaan anak-anaknya. Confirm meleleh air mata Mommy! Kehidupan seorang bapa tunggal yang telah diusir dari rumah.

Dia dan anak lelakinya kini tiada tempat untuk berteduh. Pelakon utama Chris, akhirnya mendapat pekerjaan sebagai pelatih di firma broker yang berprestij, jawatan itu hanyalah untuk pelatih dan tidak berbayar. Nantikan kehidupannya yang tunggang terbalik dan bagaimana Chris tidak berputus asa untuk mencipta kehidupan yang lebih baik untuk dirinya dan anaknya.

#2 Papadom

Filem tempatan yang klasik dan disukai oleh ramai orang. Lakonan Afdlin Shauki dan Liyana Jasmay. Ia menceritakan kisah tentang seorang ayah, seorang pengusaha kedai makan yang terlalu fokus bekerja dan mengejar impian hidupnya. Namun dia gagal dalam tanggungjawabnya sebagai suami kepada Munira dan ayah kepada Miasara.

Semuanya berubah selepas kematian isterinya dan Saadom berjanji untuk menjaga anaknya seperti mana menjaga kerjanya. Sejak itu Saadom tidak lagi seperti dulu, ikuti perjalanan Saadom dan anak perempuannya Miasara dalam perjalanan ‘father-daugther’ mereka.

#3 Gifted

Kredit gambar: IMDB

Lakonan Chris Evans, ikuti seorang lelaki bujang membesarkan seorang anak ajaib iaitu anak saudara perempuannya Mary di sebuah bandar di Florida. Rancangan Frank untuk kehidupan sekolah biasa untuk Mary gagal apabila kebolehan matematik kanak-kanak berusia 7 tahun itu mendapat perhatian neneknya, Evelyn, yang rancangan untuk cucunya mengancam untuk memisahkan Frank dan Mary. Wow, math genuis! Jom tonton sekarang, Mommy!

#4 CJ7

Kredit gambar: IMDB

Satu lagi filem klasik tentang kebapaan. Mengisahkan seorang bapa tunggal Ti lakonan Stephen Chow bekerja tanpa jemu untuk mendapatkan wang yang mencukupi untuk memastikan anaknya, mendaftar di sekolah swasta, dengan harapan pendidikan akan membawa kepada pilihan kerjaya yang lebih baik.

Dicky belajar dengan bersungguh-sungguh, tetapi pakaiannya diejek oleh rakan sekelasnya yang mewah, membuatkan dia berasa seperti orang miskin. Tidak dapat membeli mainan mahal yang diingini Dicky, Ti menjumpai bola bercahaya di tempat barang sampah dan memberikannya kepadanya. Tidak lama kemudian, bola itu bertukar menjadi kawan baik baru anaknya, iaitu makhluk asing.

#5 Finding Nemo

Kredit gambar: IMDB

Jangan kata Mommy tak kenal filem ini! Sangat terkenal ia mengisahkan seekor ikan badut yang menjaga anak dengan cermat kerana anaknya mempunyai sirip pendek. Apabila Nemo berenang terlalu dekat dengan permukaan untuk membuktikan dirinya, dia ditangkap oleh seorang penyelam, dan Marlin mencari anaknya dengan cemas.

Dia menjumpai seekor ikan terumbu biru bernama Dory (Ellen DeGeneres) yang mempunyai ingatan yang sangat singkat kemudian menyertai Marlin dan merumitkan pertemuan dengan jerung, obor-obor dan pelbagai bahaya lautan. Sementara itu, Nemo merancang melarikan diri dari tangki ikan doktor gigi.

Cerita yang sangat klasik tentang hubungan antara anak dan ayahnya. Rugi kalau tak tengok!

#6 I Am Sam

Kredit gambar: IMDB

Cerita yang mengamat hati “I Am Sam” mengisahkan tentang seorang bapa Sam Dawson (Sean Penn), mempunyai masalah dari segi mental dan membesarkan anak perempuannya Lucy (Dakota Fanning) dengan bantuan sekumpulan kawan yang unik.

Apabila Lucy mencecah tujuh tahun dan mula melepasi bapanya dari segi intelektual, hubungan anak dan ayah terancam apabila cara hidup mereka yang tidak konvensional mendapat perhatian seorang pekerja sosial yang mahu Lucy ditempatkan dalam jagaan angkat.

Pasti akan meleleh air mata Mommy!

#7 Miracle In Cell No.7

Kredit gambar: IMDB

Menjadi kesukaan ramai sebahagian orang tempatan, ia mengisahkan banduan di penjara Korea bergabung tenaga untuk melindungi rakan seperjuangan yang istimewa dari segi mental dan anak perempuannya, selepas si bapa dibuli untuk mengaku telah melakukan kesalahan jenayah yang tidak dilakukannya.

Sediakan tisu siap-siap ya Mommy! Mesti berlinang air mata apabila tengok tentang filem mengenai bapa ini serta kekeluargaan mereka.

Selamat Hari Bapa pada semua Daddy diluar sana~