Bahan-Bahan
- 1 cawan gula
- 1/4 cawan air
- 1 cawan krim, suam
- Epal, buah pir, anggur, aprikot kering, untuk dicicah
- 6 auns coklat putih, dicincang
Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Cara-Cara
Di dalam periuk besar di atas api sederhana, kacaukan gula bersama air sehingga gula larut. Naikkan api kepada sederhana-panas dan biarkan campuran masak tanpa dikacau sehingga ia bertukar warna perang, lebih kurang 5 minit. Jika bahagian luar mula menjadi warna coklat, angkat kuali dan goyangkan sedikit.
Pukul krim secara perlahan. Kurangkan api kepada perlahan dan reneh campuran, dan kacau sekali sekala, sehingga campuran berkurang sedikit, lebih kurang 5 minit.
Sementara pencecah direneh, potong buah dan susun di atas pinggan.
Angkat periuk daripada api dan kacau di dalam coklat sehingga cair. Dengan berhati-hati, alihkan pencecah ke dalam bekas fondue di atas api kecil atau ke dalam bekas kecil selamat (cecair sangat panas). Biarkan pencecah sejuk sekurang-kurangnya 10 minit sebelum makan.
Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel ini dipetik daripada Parents.com.