Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Formula Susu Yang Berkhasiat: 8 Jenis Formula Susu Bayi Yang Mommy Harus Tahu Secara Spesifik & Kegunaannya

Susu formula membekalkan bayi dengan nutrien yang mereka perlukan untuk perkembangan dan tumbesaran mereka. Sesetengah Mommy bimbang jika mereka tidak menyusu, mereka tidak akan rapat dan manja dengan bayi mereka.

Tetapi sebenarnya, ibu yang penyayang akan sentiasa mewujudkan ikatan istimewa dengan anak-anak mereka. Makanan jenis apa pun dengan beri pada masa yang tepat, dapat mengukuhkan ikatan ibu bersama anak.

Jangan risau Mommy! Pemberian susu formula juga merupakan pilihan yang sihat dan alternatif yang baik untuk si manja.

Kenapa Pilih Formula? 

Highlighted


Ramai Mommy memilih susu formula untuk pelbagai sebab seperti:

  • Mudah: Kerana sesiapa sahaja boleh memberi susu formula dan pada bila-bila masa.
  • Fleksibel: Bagi Mommy yang sibuk ataupun bekerja, anda boleh meninggalkan susu formula pada pengasuh atau pusat jagaan harian bayi anda.
  • Sesiapa boleh bagi susu: Encik suami boleh membantu dengan penyusuan malam dan berkongsi pengalaman ikatan itu dengan bayi anda.
  • Tidak sekerap menyusu badan: Susu formula tidak dihadam secepat susu ibu, jadi bayi yang diberi susu formula tidak perlu makan sekerap, terutamanya dalam beberapa bulan pertama.
  • Tidak perlu risau tentang apa yang anda makan: Ibu yang menyusukan bayi mungkin perlu mengelakkan makanan tertentu yang tidak boleh diterima oleh bayi mereka.

Tapi Mommy tahu ke banyak jenis formula susu sebenarnya? Seorang pengguna Twitter telah kongsikan senarai jenis-jenis formula susu.

Mari kita lihat mana satu yang sebenarnya sesuai dengan anak Mommy?

Berkaitan isu tular mengenai susu basi yang diberikan pada bayi, suka sy ingin berkongsi berkaitan jenis-jenis formula bayi dan indikasinya. Formula bayi tidak terhad pada standard infant/follow up formula sahaja ya, ada banyak lagi jenis yg sesuai untuk keadaan bayi.

Jenis-Jenis Formula Susu Bayi 

1. Infant (IF)/Follow up (FU) Formula

Sumber pemakanan yang optimum untuk bayi sekiranya susu ibu tidak dapat diberikan *masalah penghasilan susu/ibu adalah pesakit RVD positive. IF untuk 1-12 bulan. FU untuk 6-36 bulan. Bergantung pada jenama dan indikasi.

2. Premature Formula & Post-Discharge Formula:

Untuk bayi pramatang. Kandungan tenaga, makro dan mikronutriennya lebih tinggi berbanding IF/FU formula untuk mempercepat tumbesaran bayi. Post discharge diberikan selepas premature formula dan boleh diteruskan hingga 1 tahun.

3. Lactose-Free Formula

Untuk bayi yang mengalami lactose intolerance atau post gut infection yang menyebabkan usus sukar untuk menghadam lactose. Stool culture for reducing sugar adalah ujian biasa utk memastikan betul bahawa bayi mengalami lactose intolerance.

4. Specialty Formula

Termasuklah fat modified formula, carbohydrate modified formula, protein free formula etc. Khas untuk bayi yang ada masalah penghadaman/penyerapan bagi spesifik nutrient.

Contoh: protein free formula untuk penyakit protein metabolism seperti phenylketonuria, maple syrup urine disease etc.  

5. Soy Formula

Diperbuat daripada soya untuk bayi yang ada masalah menghadam susu lembu. Boleh juga diberikan kepada lactose intolerance. Cuma soy formula hanya boleh diberikan kepada bayi berumur lebih 6 bulan dan keatas sahaja.

6. Extensively Hydrolysed Formula

Protein telah pre-digested dan dipecahkan kepada peptide dan amino acid. Majoriti kandungan lemak juga adalah daripada jenis yang mudah dihadam iaitu medium chain triglyceride (MCT).

Untuk kegunaan pesakit yang mengalami alahan protein susu lembu (Cow’s Milk Protein Allergy; CMPA), malabsorption dan short bowel syndrome (SBS). Bau dan rasa berbeza dengan susu biasa: agak sedikit pahit dan hanyir.

7. Amino Acid-based Formula

Susu yang paling mudah diserap. Usus tidak perlu menghadam protein kerana kandungan protein adalah dalam bentuk amino acid (paling ringkas) dan terus diserap.

Untuk pesakit CMPA, multiple food allergies, severe malabsorption dan SBS. Bau susu lebih hanyir dan rasanya lebih pahit berbanding hydrolysed formula.

8. Polymeric Formula (High Calories And Protein)

Kandungan tenaga dan protein adalah lebih tinggi berbanding FU formula. Biasanya untuk kanak2 yg mengalami kegagalan pertumbuhan dan berumur lebih 1 tahun untuk mempercepat pertumbuhannya.

Disclaimer: Ibu bapa perlu mendapatkan nasihat pakar jika ingin memulakan susu khas kepada bayi/kanak-kanak.

Happy tummy, happy baby! Harap perkongsian tentang formula bayi ini dapat Mommy manfaatkan.

Rupanya banyak manfaat susu formula dan jenis-jenisnya.Tidak salah pun nak minum bagi susu formula, kalau itu yang lebih sesuai untuk si manja!

Jangan lupa berbincang dengan pakar terlebih dahulu sebelum mencari susu formula yang sesuai ya Mommy!

Sebagai seorang ibu, kita tidak selalu dapat memutuskan cara untuk memberi makanan kepada bayi kita. Ia hanya tugas kita untuk memberi mereka makanan – Collen Olson

Kredit Twitter: Fathul Iman