Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Fries Kacang Hijau

cone of green bean fries with a dip on the side

Bahan-Bahan

Untuk sos bawang putih + lemon:

  • 1/2 cawan mayonis
  • 2 ulas bawang putih, dicincang
  • 2 sudu teh jus lemon
  • 1/4 sudu teh garam

Untuk kacang:

  • 3/4 cawan tepung
  • 2 telur, dipukul
  • 1/4 cawan susu
  • 3/4 cawan keju Parmesan
  • 1 1/4 cawan serbuk roti panko
  • 1 sudu teh serbuk bawang putih
  • ½ sudu teh garam
  • 12 auns kacang hijau segar, dibilias, dikeringkan, dan dipotong hujung

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Cara-Cara

Di dalam mangkuk kecil, kacau bersama semua bahan untuk sos. Tutup dengan pembalut plastik dan sejukkan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Panaskan oven kepada 425 darjah. Letakkan foil di dalam loyang. Semburkan cooking spray di atas foil.

Aturkan 3 loyang cetek (seperti loyang kek) secara bersebelahan. Tuangkan tepung di dalam loyang pertama, campurkan telur dan susu di dalam loyang kedua, dan campur bersama keju, serbuk roti, serbuk bawang putih, dan garam di dalam loyang ketiga. Letakkan loyang bersama foil yang disediakan di penghujung barisan.

Menggunakan tangan yang bersih, rendam kacang beberapa kali di dalam tepung, kemudian campuran telur, kemudian campuran keju, tos kan untuk menyelaputi kacang sepenuhnya. Kemudian, letakkan kacang yang sudah diselaput di atas loyang terakhir.

Bakar kacang sehingga warna keperang-perangan, lebih kurang 12 minit. Biarkan sejuk sedikit sebelum hidang bersama sos yang disediakan.

Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

 

Artikel ini dipetik daripada Parents.com.