Bahan-Bahan
- 30 Sandwich cookies coklat
- 16 auns (lebih kurang ⅔ cawan) cip coklat putih
- 1 14 auns susu pekat tanpa gula
Cara-Cara
Letakkan kertas minyak di dalam loyang 8 inci, biarkan lebihan kertas keluar daripada loyang.
Masukkan cookies di dalam beg ziplock, kemudian hancurkan cookies di dalam beg ziplock.
Di dalam periuk di atas api sederhana, didih air setinggi 1 inci. Sementara itu, campur bersama coklat dan susu pekat di dalam mangkuk tahan haba yang muat di dalam periuk, tanpa menyentuh air. Kecilkan api dan letakkan mangkuk di dalam periuk. Kacau bahan-bahan sehingga cair dan rata, lebih kurang 6 minit.
Masukkan cookies yang telah dihancurkan ke dalam campuran coklat, kemudian tuang ke dalam loyang. Ratakan dengan spatula. Tekan lebihan cookies ke dalam fudge. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras, lebih kurang 2 jam. Gunakan kertas minyak yang terkeluar daripada loyang untuk mengeluarkan fudge daripada loyang, dan potong kepada 36.
Klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Artikel dipetik daripada Parents.com.