Pengalaman mengandung adalah suatu rahmat yang dinikmati ramai wanita dan perasaan rindu ketika hamil tentu wujud selepas bersalin. Salah satu pengalaman mengandung yang manis ialah mendengar degupan jantung dan melihat bayi dalam kandungan melalui imbasan ultrasound.
Semua itu boleh dilakukan di klinik dan hospital pilihan untuk bersalin. Jika bakal ibu sedang mencari hospital kerajaan yang memberikan perkhidmatan bertaraf hospital swasta, bakal ibu boleh pertimbangkan perkhidmatan Full Paying Patient (FPP) di Hospital Putrajaya.
Apakah Full Paying Patient (FPP)?
FPP atau perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh ialah skim rawatan yang mula diperkenalkan pada tahun 2007 di hospital-hospital kerajaan yang terpilih termasuk Hospital Ampang, Hospital Sungai Buloh, dan juga Hospital Putrajaya yang akan dihuraikan dalam artikel ini.
Melalui skim ini, bakal ibu boleh mendapat rawatan pakar daripada doktor pilihan berserta wad kelas pertama dengan harga yang sangat berpatutan. Bunyi selesa kan? Makanan pun dikatakan sedap!
Bakal ibu akan dikenakan bayaran bagi setiap rawatan yang disediakan dan prosedur yang dilakukan oleh doktor pakar sakit puan.
Disebabkan perkhidmatan ini sangat popular dan dimanfaatkan oleh ramai orang, bakal ibu perlu membuat appointment atau temu janji dengan doktor pilihan seawal mungkin. Kebanyakan bakal ibu membuat appointment pertama untuk trimester ketiga seawal tiga bulan kehamilan!
Perkhidmatan FPP Putrajaya
Pakej Dan Bayaran Yang Boleh Didapati
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi terdiri daripada dua wad. Setiap wad mempunyai 28 katil, satu wad bersalin dengan 10 suite bersalin, dan klinik pakar pesakit luar.
Untuk FFP, berikut adalah jadual dan pakej beberapa jenis bayaran.
Fi Pesakit Luar
Jenis Kes |
Waktu Klinik 8 pagi – 5 petang |
Selepas Waktu Klinik/Sabtu |
||
Pendaftaran |
Perundingan |
Pendaftaran |
Perundingan |
|
Baru |
RM10 |
RM 100 |
RM 10 |
RM150 |
Lama |
– |
RM 60 |
– |
RM 90 |
Fi Jagaan Harian Dan Pesakit Dalam
Jenis Caj
Pendaftaran |
Waktu Klinik 8 pagi – 5 petang |
Selepas Waktu Klinik/Cuti Umum |
||
RM10 |
RM10 |
|||
Perundingan |
|
RM60 |
|
RM120 |
Jagaan Intensif |
RM90 |
|
RM120 |
Fi Katil Pesakit Dalam
Jenis Bilik/Katil |
Fi (Setiap Hari) |
Bilik Eksekutif (Satu Katil/Dua Katil) |
RM 300 |
Bilik Kelas Pertama (Satu Katil) |
RM 160 |
Bilik Kelas Pertama (Dua Katil) |
RM 130 |
Bilik Kelas Pertama (Empat Katil) |
RM 80 |
Fi Katil Jagaan Harian / Intensif / Kritikal
Jenis Katil |
Fi (Setiap Hari) |
Jagaan Harian |
RM 70 |
Jagaan Intensif/Kritikal |
RM 400 (max. 14 hari) |
Jagaan Koronari |
RM 400 (max. 14 hari) |
Jagaan Intensif Neonatal |
RM 200 (max. 14 hari) |
Keberpentingan Tinggi |
RM 160 (max. 14 hari) |
Lain-Lain
Jenis Kemudahan |
Fi |
Bilik Pembedahan |
RM 250 setiap jam/ sebahagian daripadanya |
Bilik Bersalin |
RM 250 setiap kelahiran |
Bakal ibu boleh mengetahui tentang caj dan bayaran dengan lebih lanjut di sini.
Proses Pendaftaran Untuk FPP Putrajaya
Setelah bakal ibu membuat temu janji dan hadir ke hospital sekitar bulan ke-tujuh kehamilan, bakal ibu perlu membuat pendaftaran buat kali pertama.
Bakal ibu boleh daftar dan buat pembayaran di Kaunter Hasil yang berada di hadapan bahagian Obstetrik dan Ginekology (O&G).
Pastikan bakal ibu membawa kad pengenalan diri dan buku pemeriksaan klinik atau buku pink dari klinik kesihatan.
1. Ambil nombor giliran dan tunggu giliran anda dipanggil.
3. Bakal ibu perlu mengisi ‘Borang Persetujuan Penerimaan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (Full Paying Patient Services)‘ menyatakan persetujuan untuk membayar semua fi yang terlibat sendiri.
3. Selepas membayar kos pendaftaran dan pemeriksaan, staf hospital akan memberi resit dan buku temu janji.
4. Kemudian bakal ibu boleh ke bahagian O&G untuk berjumpa dengan doktor pakar sakit puan dan membuat check-up.
Proses Pemeriksaan Dengan Doktor Pakar
Sebelum membuat pemeriksaan doktor pakar, pertama sekali yang perlu dibuat kalau nak pergi mana-mana sekarang pun, bakal ibu perlulah membuat imbasan barcode untuk melengkapkan Borang Deklarasi Saringan Covid-19.
1. Tunjukkan kepada jururawat klinik imbasan bakal ibu yang berjaya dan serahkan buku pink dan kad temu janji.
2. Bakal ibu perlu menimbang berat badan, mengumpul air kencing, dan memeriksa tekanan darah sebelum berjumpa dengan doktor.
3. Untuk ujian air kencing, bakal ibu akan diberikan strip untuk dicelup kedalam air kencing yang dikumpul dalam cawan selama lima saat dan tunjuk kepada jururawat. Setelah selesai, buang air kencing, cawan, dan strip.
4. Tunggu nombor giliran bakal ibu dipanggil untuk berjumpa dengan doktor. Selalunya jika ramai orang, bakal ibu perlu tunggu dengan agak lama.
5. Bila berjumpa dengan doktor, doktor akan membuat imbasan ultrasound dan konsultasi untuk menerangkan tentang kesihatan ibu dan bayi.
6. Selesai berjumpa dengan doktor, jururawat akan menetapkan tarikh untuk appointment seterusnya.
Untuk kandungan yang sudah memasuki trimester ketiga, dan ini memang selalunya waktu bakal ibu akan disarankan untuk mengunjungi doktor buat kali pertama, pemeriksaan dua minggu masih hanya perlu dibuat di klinik kesihatan.
Tetapi setelah memasuki bulan ke-lapan dan sembilan usia kandungan, bakal ibu perlu berjumpa dengan doktor pakar setiap minggu.
Pada zaman pandemik ini, para suami tidak dibenarkan untuk masuk berjumpa dengan doktor pakar dan tidak boleh juga menemani bakal ibu dalam bilik bersalin nanti. Suami boleh tunggu di luar di ruang menunggu yang selesa. Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko jangkitan bagi setiap individu.
Pengalaman Ibu-Ibu Yang Bersalin Sebagai FPP Di Hospital Putrajaya
Kebanyakan ulasan dari ibu-ibu yang berpengalaman bersalin di Hospital Putrajaya adalah positif dan bagus. Ramai yang bersalin untuk kali pertama sebagai FPP di Hospital Putrajaya kerap datang kembali untuk kehamilan berikutnya.
Makanan yang dihidangkan di hospital tersebut sebagai FPP juga amat lazat dan bakal ibu boleh membuat pilihan makanan Western atau tempatan sehari sebelum itu. Bakal ibu akan disediakan sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam, bergantung kepada waktu bakal ibu dimasukkan kewad dan bila discaj.
Walapun secara keseluruhan pengalaman ramai ibu adalah positif, beberapa perkara yang kurang memuaskan ialah masa menunggu untuk berjumpa doktor selalunya lama memandangkan perkhidmatan ini sangat popular, dan kadang-kala pada hari bakal ibu perlu bersalin, doktor pilihan mungkin tidak available dan akan digantikan oleh doktor lain.
Semoga artikle ini bermanfaat jika bakal ibu berminat dan bercadang untuk mendapatkan perkhidmatan FPP di Hospital Putrajaya.