Gangguan Tidur Selepas Bersalin- Punca, & Tanda
Salah satu perkara menjadi ibubapa ialah kasih sayang yang dicurahkan dan kelembutan yang dirasakan terhadap bayi anda. Seperkara lagi ialah gangguan tidur.
Jika anda pernah melihat ibubapa, anda pasti sudah tahu tentang tanda-tanda seperti mata panda, kelemahan untuk memfokuskan sesuatu. Ganguan tidur setelah mendapat bayi juga dikenali sebagai postpartum sleep deprivation. Berita baiknya, terdapat beberapa cara untuk tanganinya. Dan jika anda mencari tips yang berkesan untuk tidur yang lebih selesa, baca artikel ini.
Tanda Postpartum Sleep Deprivation:
Tanda gangguan tidur pada yang baru bergelar ibu:
- Rasa sedih tentang perkara kecil tanpa sebab
- Terlalu beremosi tentang isu yang kecil
- Keletihan sepanjang masa
- Badan tidak bermaya
- Kesukaran untuk tidur walaupun anda mengantuk atau letih
- Berasa jengkel
- Perubahan emosi
- Kesukaran utnuk mengingat
- Susah untuk membuat keputusan
- Tidak berminat pada sesuatu yang digemari
- Berada sunyi
- Panas baran
- Susah untuk menyayangi bayi
- Menyalakan bayi di atas kepenata anda. AMARAN: Jumpa pihak pakar untuk berbincang
- Menyalahkan diri sendiri di atas keletihan
- Menyalahkan diri sendiri di atas tanggungjawab ibu bapa
- Ingin mencederakan diri sendiri dan bayi. AMARAN: Jumpa pihak pakar untuk berbincang
- Pening atau sakit di bahagian badan
- Tidak berselera atau berselera selepas menyusukan bayi anda.
Kesan Postpartum Sleep Deprivation:
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Gangguan ini boleh memberikan kesan negatif untuk kesihatan anda. Terdapat beberapa kesan:
- Boleh merosakkan system imun dan akan terdedah dengan penyakit dan masalah kesihatan
- Menghalang anda untuk hilang berat, walaupun anda telah bersenam dan makan makanan yang sihat.
- Memberi risiko kemalangan atau terdedah dengan kemalangan kecil.
klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!
Bagaimana untuk tangani Postpartum Sleep Deprivation?
Beberapa cara efektif untuk menjaga kesihatan dan rutin tidur anda:
1. Baring Walaupun Anda Tidak Dapat Tidur
Walaupun anda tidak boleh tidur dan merasakan baring akan membazir masa anda. Tetapi cuba baring dengan kerap dan tutup mata anda. Ia akan membantu badan anda berehat.
2. Minta Pertolongan Pasangan Anda Menyusukan Bayi Pada Waktu Malam:
Pam susu anda dan biarkan pasangan anda atau ahli keluarga lain menyusukannya pada waktu malam supaya anda boleh tidur untuk beberapa jam.
3. Biarkan Bayi anda Tidur Disebelah Katil Anda:
Tempatkan katil bayi disebelah katil anda supaya anda boleh bangun dan terus pergi ke tempatnya.
4. Kurangkan Gangguan:
Kadangkala jika anda tidak boleh tidur, anda mungkin mahu menggunakan masa itu untuk social media atau aktiviti lain. Tutup gadget anda, termasuklah minda anda, dan baring dan rehat.
5. Berhenti Minum Kopi:
Anda mungkin mahu minum kopi untuk membantu tangani masalah ini, tetapi ia akan memberi impak yang negative pada tidur anda. Kurangkan pengambilan kopi sebanyak yang boleh, dan seeloknya pada waktu tengah hari.
6. Senaman nafas:
Cuba dan latih diri anda untuk bernafas sedalamnya sewaktu baring, ambil nafas yang dalam dan lepaskannya perlahan.
Postpartum sleep deprivation ialah satu isu serius yang akan meninggalkan kesan akan datang untuk kesihatan anda. Pastikan anda berbincang dengan doktor anda dan cuba cara-cara ini untuk membantu anda.
Artikel ini dipetik dari SleepDeprivation