Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Khas Untuk Ibu Mengandung! Garu-garu Nanti Lagi Teruk, Nak Buat Apa Ni?

Adakah Mommy sedang cuba untuk hamil dan tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada badan Mommy semasa hamil? Banyak persoalan yang bermain di minda dan perubahan badan juga semestinya tidak dapat dielak.

Ikuti perkongsian daripada Dr Lyana Kamal, Pakar Perunding Perubatan dan Kulit tentang Polymorphic Eruption of Pregnancy ataupun PEP. Banyak ilmu yang dikongsikan, jom baca semua!

Perubahan Kulit atau Penyakit Gatal Semasa Hamil 

Siapa pernah mengandung dan dapat penyakit gatal-gatal dekat perut? Gatal dia yakmattt, smpi tak tidur malam mak-mak buyong tu. This penyakit is called PEP (Polymorphic Eruption of Pregnancy). Jom belajar lagi lanjut jom.

Highlighted


1. Dulu nama penyakit ini Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy. Berbelit lidah nak sebut? Haha don’t worry, short form dia PUPPP. Bukan sebut “puupppp” ya, kena sebut huruf satu-satu, P.U.P.P.P. Tinggal satu P, confirm geng derm marah haha.

2. Anyway, penyakit ini sangat common ya. 1 dalam 160 ibu mengandung boleh dapat. Selalu jadi dekat ibu yg mengandung kali pertama. Ada kajian menunjukkan risiko lebih tinggi untuk ibu yang bertambah berat badan secara berlebihan dan kalau mengandung lebih dari satu (twins/triplets).

3. Selalu jadi dalam 3rd trimester, maksudnya bila perut mula membesar dari bulan mengandung ke 7 hingga 9. Dikatakan ada kaitan dengan ketegangan kulit perut yang membesar (skin stretch) dengan perubahan hormone sewaktu mengandung.

4. Senang saja untuk kenalpasti. Ia akan start dengan biji-biji gatal selalunya di kawasan stretch marks perut tu. Pastu boleh merebak dan merebak ke dada & kaki. Dan yg menariknya, selalunya pusat (belly button) dekat perut ibu mengandung tu tak kena.

5. Bentuknya boleh macam-macam. Boleh jadi gegata, biji-biji kecil dan biji-biji besar. Kadang-kadang tu, bentuk macam eczema pun boleh ada. Sebab tu nama sekarang ‘Polymorphic…” sebab ini maksudnya pelbagai rupa & bentuk.

6. PUPPP selalu akan hilang dengan sendiri, usually 4-6 minggu selepas bersalin. Namun, ada pesakit yang sangat gatal penyakit ini sehingga perlukan pertolongan. Ok so macam mana nak rawat?

Rawatan Untuk PUPPP

i. Gunakan pelembab seperti krim atau ointment (berminyak) selalu. Ada sesetengah krim mengandungi bahan menthol, yang boleh tolong kurangkan gejala gatal. Try sedikit dahulu kalau ada menthol, sebab sesetengah orang boleh allergic.

ii. Sesetengah pesakit merasakan mandi sejuk (cool baths), letakkan kain pelembab (wet soaks) dan memakai pakaian cotton menolong kurangkan gatal itu. Walaupun tiada kajian kukuh, anda boleh cuba. Lain orang, lain caranya kan?

iii. Jika ada keradangan, sememangnya doktor kulit akan beri krim anti-radang seperti steroid. Jangan risau, kita akan berikan yang selamat untuk ibu mengandung. Malah, ada yang terlalu teruk keseluruhan badan, sehingga perlukan ubat makan steroid. Yang ini, TOLONG datang jumpa kami terlebih dahulu

iv. Kadangkala, kita juga berikan ubat gatal (anti-histamine) yang sesuai untuk ibu mengandung. Again, yg ini pun tolong datang jumpa kita dulu ok. Takut tersalah makan ubat.

7. Kena ingat, penyakit ini tidak berbahaya. Tidak akan berjangkit kepada anak sama sekali. Dan selalunya tidak berulang dengan kandungan seterusnya, melainkan jika mengandung twins/triplets

8. Cuma satu saja pesanan PENTING, jika anda naik gejala seperti di atas, namun tiba-tiba ada banyak lepuh (blisters), TOLONG DATANG JUMPA DOKTOR KULIT SECEPAT MUNGKIN. Mungkin penyakit anda bukan PUPPP semata-mata…

Kredit gambar: Healthline

“Mungkin penyakit yang lebih berbahaya iaitu PEMPHIGOID GESTATIONIS. Ini perlu dipantau ketat oleh pakar O&G dan pakar kulit kerana boleh ada kesan kepada bayi. Ingat pesanan tu ok?”

Alright, itu sahaja tentang PUPPP. So, ibu-ibu yg sedang mengandung, jika ada penyakit ni, minta Mr Jannah anda pakaikan pelembab dan ubat ok? Suami-suami pula, masa ini la, nak kata “Jangan kata abang tak payung kan?” hehe

Banyak ilmu dan input yang diberi oleh Dr Liana. Lepas ni Mommy dapat la bersedia apabila penyakit atapun perubahan kulit ni berlaku. Jangan ambil remeh ya, kerana kulit kita sangat sensitif tapi apabila dijaga dengan baik dia akan kelihatan lebih sihat!

Harap Mommy dapat info yang bermanfaat daripada perkongsian ini.

Kredit: Dr Wan Syazween Lyana Binti Wan Ahmad Kammal


Mahukan lebih banyak info tentang kesihatan kulit Mommy semasa hamil? Klik di SINI.