Gigi jongang atau juga dikenali dengan nama gigi kedepan adalah masalah gigi yang biasa pada masa kini namun dapat memberi kesan mendalam kepada sesetengah orang. Keyakinan dalam diri individu yang mempunyai gigi jongang ini mungkin akan hilang kerana sering kali diejek atau dibuat gurauan. Masalah pergigian ini biasanya akan mula terjadi sejak dari kecil lagi.
Adakah anak Mommy Daddy salah seorang yang mempunyai gigi jongang?
Jangan risau kerana terdapat beberapa cara untuk merawat masalah pergigian ini. Jom lihat!
Punca Gigi Jongang
Highlighted
Masalah gigi kedepan boleh terjadi disebabkan beberapa perkara yang menjadi punca antaranya ialah tulang, tisu lembut, tabiat atau kesesakan gigi. Manakala punca lain pula adalah seperti berikut:
#1. Faktor Genetik
Faktor genetik adalah faktor yang menjadi penyebab tertinggi kepada masalah ini.
Sekiranya ada ahli keluarga terdekat yang mempunyai gigi kedepan, kemungkinan untuk ahli keluarga yang lain akan mempunyai gigi jongang adalah tinggi.
#2. Menghisap Jari
Terdapat ramai kanak-kanak yang mempunyai tabiat menghisap jari.
Tabiat ini akan memberi kesan kepada pertumbuhan dan perkembangan gigi. Ia akan membuatkan gigi menjadi menonjol ke hadapan.
#3. Faktor Gigi Jongang
Antara faktor yang membuatkan gigi menjadi jongang adalah, berlakunya kesesakan gigi dalam satu rahang.
Kesesakan gigi akan menyebabkan kekurangan ruang untuk gigi rahang atas tumbuh dan ia akan bergerak he hadapan.
#4. Bentuk Rahang
Bentuk rahang juga mempengaruhi gigi jongang. Ia kerana rahang atas dan rahang bawah yang pendek atau panjang, rahang akan berkembang lebih dari biasa.
Maka, gigi depan bahagian atas akan lebih condong ke hadapan.
Faedah Merawat Gigi Jongang
Terdapat beberapa faedah atau kebaikan sekiranya masalah pergigian ini dirawat. Antaranya ialah:
- Mengelakkan gigitan trauma.
- Membaiki susunan gigi dan bentuk muka.
- Mengurangkan risiko kecederaan gigi.
- Menambah keyakinan dalam diri.
Rawatan Gigi Jongang
Mommy Daddy jangan risau kerana sekarang ada cara untuk merawat gigi jongang anak-anak. Caranya adalah seperti berikut:
#1. Pendakap Gigi
Cara yang pertama adalah dengan memakai pendakap gigi. Ia juga lebih dikenali sebagai braces.
Pemakaian pendakap gigi ini boleh dilakukan di klinik gigi atau hospital.
Ia mempunyai fungsi sebagai penarikan ke belakang gigi, pendakap gigi ini dipakai selama 18 ke 30 bulan mengikut keadaan gigi pesakit.
#2. Mencabut Gigi
Pencabutan gigi mungkin diperlukan dalam sesetengah kes.
Dengan mencabut gigi, ianya dapat merawat gigi yang terkeluar.
Selain itu, ia juga dapat mengelakkan gigi terlalu sesak hingga tiada ruang yang cukup.
#3. Pembedahan
Untuk kes gigi kedepan yang parah atau teruk, doktor akan mencadangkan untuk membuat pembedahan.
Pembedahan ini dibuat pada rahang dan akan dilakukan sekiranya cara rawatan lain tidak dapat dilakukan.
#4. Penahan Gigi atau Retainer
Penahan gigi selalunya digunakan selepas pendakap gigi. Penahan gigi ini membantu mengekalkan kedudukan baru gigi.
Ia dipasang pada gigi pesakit dan hanya dipakai pada hari tertentu.
Selain itu, penahan gigi juga membantu menghalang gigi daripada kembali kepada kedudukan asal.
Gigi kedepan yang dialami oleh kanak-kanak atau remaja boleh di rawat dengan awal.
Masalah pergigian ini banyak memberi masalah kepada penampilan seseorang dan juga menghalang mereka untuk mengunyah dengan baik.
Sebaiknya Mommy Daddy membawa anak yang mempunyai masalah atau gigi kedepan ini berjumpa dengan pakar gigi dan mendapatkan rawatan awal.
Walaupun teknologi zaman sekarang makin canggih tapi mencegah dari awal adalah lebih baik!
Penafian : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan profesional penjagaan kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Ikuti pelbagai lagi tips dan info kesihatan menarik yang lain di SINI!