Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Bilakah Gigi Pertama Bayi Akan Tumbuh? Ibu Bapa Harus Tahu

Anda suka akan senyuman manis tanpa gigi bayi anda; tiada satu benda yang boleh memberi tekanan kepada anda untuk seharian bukan? Akan tetapi, tanpa anda sedar, senyuman ini akan hilang dan anda akan melihat sebaris mutiara putih senyum kepada anda

Kemunculan gigi pertama merupakan satu kejayaan bagi bayi anda dan juga merupakan pengalaman paling manis bagi anda! Tetapi bilakah  gigi pertama bayi anda akan tumbuh?

Highlighted


Kebanyakan bayi tumbuh gigi pertamanya sekitar usia mereka enam bulan, manakala sesetangah bayi mungkin tumbuh lebih awal. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku ada diantara bayi lahir bergigi! Jika bayi anda berusia 18 bulan dan masih tidak nampak sebarang tanda kemunculan gigi , anda jangan panik. Tidak mengapa. Apabila usia bayi anda menjangkau 3 tahun anda akan melihat lebih kurang 20 lengkap gigi susu mereka.

Bayi anda mungkin akan mengalami  satu fasa yang tidak menyeronokkan dalam proses penumbuhan gigi tersebut, dimana mereka akan berasa sakit sebelum gigi pertama mereka muncul.  Pertumbuhan gigi mungkin akan menjadi lebih mudah dimana anda tidak akan tahu sehinggalah anda melihat gigi tersebut .  perkembangan ini boleh terjadi dalam keadaan berbeza pada bayi yang berbeza, jadi jangan panik atau berasa cemas. Baca untuk mengetahui peringkat usia manakah bayi akan mula tumbuh gigi.

Bilakah bayi akan mendapat gigi pertamanya?

a. Penjagaan mulut untuk bayi anda:

  • Penjagaan kesihatan mulut bayi anda bermula ketika anda hamil. Jadi anda perlu memastikan bahawa anda telah membuat pemeriksaan gigi dan mengikuti rejim penjagaan gigi yang baik walaupun ketika anda sedang mengandung.
  • Untuk bayi anda, penjagaan kesihatan oral bermula sebelum kemunculan gigi pertama bayi.
  • gigi bayi yang sihat adalah penting untuk mengunyah dan untuk menghasilkan ucapan yang jelas.
  • Pada sekitar umur 1 tahun, berjumpa dengan pakar pediatrik dan memeriksa jika anda perlu berjumpa dengan doktor gigi pediatrik.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

b. Langkah-langkah untuk diikuti sebelum gigi pertama bayi anda muncul:

Lebih bagus mulut bayi anda dibersihkan dari peringkat awal.  Ia akan memudahkan pembelajaran untuk bayi anda  untuk sentiasa memberus gigi mereka.

  • Bersihkan bahagian dalam mulut, lidah, dan gusi dengan tuala basah yang bersih pada suhu bilik.
  • Pastikan bayi anda tidak minum air paip.
  • Anda juga boleh membeli berus gigi silicon untuk membersihkan mulut, lidah, dan gusi.
  • Elakkan bayi anda tidur dengan botol susu atau jus di dalam mulutnya kerana ini boleh menyebabkan kerosakan gigi.

c. Setelah Dua Gigi pertama tumbuh:

Apabila bayi anda mempunyai dua gigi pertama, terus melakukan perkara di atas, dua kali sehari .

  • Anda juga boleh mula menggunakan flos , tetapi hendaklah dilakukan dengan berhati-hati.
  • Membantu bayi anda memberus gigi mereka, sehingga mereka mampu memegang dan berus dengan sendirinya.
  • Meneruskan untuk membantu mereka, sehingga bayi anda boleh berus, meludah dan bilas dengan sendirinya.
  • Anda boleh memperkenalkan kepada bayi anda ubat gigi sebesar saiz kacang sekitar umur mereka 1 tahun, atas sokongan daripada doktor gigi anak anda.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Faktor-faktor Yang Perlu Diambil Kira Ketika Memilih Ubat Gigi

Pada umur 1 tahun, bayi anda tidak akan tahu bagaimana untuk meludah keluar ubat gigi. Oleh itu adalah penting untuk mengikuti faktor-faktor di bawah ketika memilih ubat gigi:

  1. Fluorida

Kebanyakan ubat gigi dewasa mempunyai fluorida, yang membantu dalam memerangi kaviti. Adalah lebih baik untuk menggunakan ubat gigi yamg tidak mempunyai fluorida sehingga anak anda mencapai umur 4 tahun.

  • Kanak-kanak tidak cenderung untuk meludah keluar ubat gigi ia ditelan ke dalam sistem penghadaman mereka.
  • Fluorida boleh menyebabkan kekekotoran pada gigi anak anda apabila mereka tidak meludah keluar dengan betul. Oleh itu, selain dari yang telah disyorkan oleh doktor gigi anak anda, anda hendaklah mencari ubat gigi bukan fluorida.
  • Teruskan menggunakan ubat gigi bukan fluorida sehingga anak anda berusia 4 tahun atau sudah pandai untuk bilas dan meludah keluar ubat gigi dengan betul.
  • Terdapat bebrapa jenama yang menjual ubat gigi tanpa fluorida iaitu Chicco, Pigeon, dan meemee.
  1. Rasa dan Warna
  • Kebanyakan ubat gigi datang dengan perisa dan warna yang menarik.
  • Anda mungkin memerlukan beberapa percubaan dengan anak anda sebelum mereka memilih ubat gigi kegemaran mereka.
  • Sentiasa memerhatikan mereka ketika mereka menggunakannya kerana kadang-kadang, rasa ubat gigi tersebut cukup menggoda untuk mereka memakannya dan bukannya meludah keluar.
  1. SLS (Sodium Lauryl Sulfate)

SLS dalam ubat gigi menyediakan tekstur berbuih yang anda dapat lihat semasa memberus.

  • Jika anak anda menggunakan ubat gigi dengan SLS di dalamnya, ia boleh menyebabkan ulser mulut.
  • Elakkan memilih ubat gigi dengan SLS untuk anak anda.

Ia juga sangat disarankan oleh doktor untuk menukar ubat gigi anak-anak anda apabila satu tiub habis digunkan. kerap menggunakan ubat gigi yang sama boleh menyebabkan bakteria.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Cara Memberus Gigi Bayi yang Betul

Apabila bayi anda sudah mula memberus gigi, pastikan anda sentiasa mematuhi perkara-perkara berikut:

  1. Berus gigi:

Berus latihan sedia ada di pasaran untuk bayi bermula dari 6 bulan.

  • Cari berus gigi yang berbulu lembut dengan pemegang yang panjang untuk kanak-kanak di atas umur 1 tahun.
  • Pastikan kepala berus gigi itu berbentuk bulat di pinggir supaya ia tidak menyakitkan gusi lembut anak anda.
  • Pegang tangan bayi anda dan latih bagaimana untuk memberus gigi.
  • Jika anda menggunakan ubat gigi, hanya menggunakan ia sebesar biji kacang.
  • berus gigi bayi anda dan cuci menggunakan air sebelum dan selepas memberus gigi.
  • Tukar berus gigi bayi anda dengan kerap, iaitu, setiap 3-4 bulan sekali.
  • Simpan berus gigi dalam keadaan tegak dan terbuka untuk mengelakkan pembentukan bakteria.
  1. Teknik memberus:

Berus gigi bayi anda dalam gerakan menegak dan bulat dengan lembut.

  • Juga berus bahagian atas gigi geraham, untuk menanggalkan sisa makanan yang tidak diingini.
  • Jangan lupa untuk memberus bahagian dalam gigi atas dan bawah.
  • Jangan berus mendatar.
  • Adalah disyorkan oleh doktor gigi untuk berus untuk sekurang-kurangnya 3 minit.
  • Akhirnya, perlahan-lahan berus lidah dengan bulu lembut atau belakang berus gigi.
  • Jika anak anda di bawah umur 4 tahun dan anda menggunakan ubat gigi bukan fluorida, tidak ada keperluan untuk membilas dan meludah keluar.
  • Jika anak anda melebihi 4 tahun dan anda sedang menggunakan ubat gigi, pastikan anak anda mencuci mulut mereka dan memuntahkannya keluar ubat gigi. Ulangi proses 3-4 kali dengan air, sehingga ubat gigi sepenuhnya dicuci.
  • Bilas bulu berus gigi anak anda dan mencucinya dengan air yang mengalir.
  • Letakkan berus gigi dalam keadaan tegak dan terbuka.
  • Galakkan anak anda memberus gigi dengan sendiri.
  1. Memflos:

Apabila bayi anda mempunyai lebih daripada satu gigi, ia akan menjadi permulaan  yang baik untuk mula menggunakan flos gigi pada bayi anda.

  • Gunakan flos lembut untuk gigi bayi anda supaya ia tidak akan menyakiti gigi atau gusi mereka.
  • Flos gigi dalam penjagaan gigi seharian akan melatih anak anda flos gigi mereka dengan sendirinya
  • Kanak-kanak membangunkan keupayaan untuk flos sendiri sekitar 9-10 tahun.
  1. Memberus dua kali sehari:

Berus gigi bayi anda dua kali sehari.

  • Pastikan bayi anda berus sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam.
  • Kebanyakan ibu bapa dan kanak-kanak cenderung untuk tidak atau malas untuk memberus pada waktu malam. Tetapi ini adalah satu langkah yang sangat penting untuk mengekalkan kebersihan mulut dan tidak boleh dielakkan walau sepenat mana anda sekalipun.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

10 Tips Untuk Membuat Memberus Gigi menjadi seronok:

Kebanyakan ibu bapa mendapati sangat susah untuk membuat anak-anak mereka memberus gigi. Walaupun anda berjaya membuat anak anda memberus gigi, ia adalah satu tugas yang berat untuk mereka memberus gigi dengan cara yang betul dalam jangka masa sekurang-kurangnya 3 minit.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Berikut adalah beberapa cara yang menyeronokkan untuk memastikan anak anda memberus gigi:

  1. Biarkan mereka memilih berus gigi dan ubat gigi yang mereka inginkan.
  2. Beli buku cerita yang tentang kepentingan memberus dan bagaimana untuk memberus.
  3. berus dengan anak anda. Jadikan ia satu acara keluarga.
  4. Jika anak masih berdegil, biarkan dia berus gigi anda. Akhirnya, dia akan memberus gigi dengan baik.
  5. Nyanyi satu-lagu sepanjang 3 minit semasa memberus gigi.
  6. Mainkan lagu, jika anak anda suka mengoyangkan kaki, mainkan beberapa muzik yang menyeronokkan dan turut bergoyang mengikuti rentak lagu-lagu tersebut semasa memberus.
  7. Biarkan dia melihat dirinya di cermin semasa memberus. Ia akan membuatkan anak anda geli hati.
  8. Beri ganjaran kepada anak anda kerana memberus gigi, tetapi bukan dengan coklat. Tanya anak anda benda apakah yang anak anda inginkan .
  9. Biarkan anak anda membawa dan memberus mainan atau anak patung mereka.
  10. Bermain beberapa permainan yang menyeronokkan untuk membuatkan anak anda tetap memberus gigi mereka.

Cara Elakkan Kerosakan Gigi pada Bayi Anda

Kerosakkan gigi adalah masalah biasa bagi kanak-kanak dan ia dapat dielakkan dengan mudah jika anda menjaga kebersihan mulut.  Ikuti langkah-langkah untuk mengelakkan kerosakan gigi:

  1. Jangan meninggalkan botol susu atau jus di dalam mulut bayi anda dan membiarkan mereka tidur.
  2. Elakkan minuman manis dan bergas ketika waktu makan atau sebelum tidur. Kerosakan gigi boleh berlaku jika terlalu banyak memakan makanan yang bergula.
  3. Jika bayi anda mempunyai tabiat minum susu sebelum tidur, pastikan anda membersihkan mulutnya sebelum dia tidur.
  4. Pastikan bayi anda mempunyai diet seimbang yang sihat.
  5. Beri bayi atau anak anda air yang mencukupi. Jika bayi anda dibawah umur 1 tahun, sila baca di sini untuk mengetahui berapa banyak air yang anda harus beri kepaa bayi anda.
  6. Post makan makanan dan makanan ringan, mengajar anak anda untuk membilas mulutnya dengan air untuk menaggalkan sisa makanan yang masih ada di dalam mulutnya.
  7. Memastikan anak anda makan makanan yang kaya dengan kalsium, banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dan bijirin penuh untuk mengelakkan kerosakan gigi.
  8. Jumpa doktor gigi pediatrik dengan kerap dan memeriksa rongga atau mana-mana masalah lain.
  9. Jika anak anda mengadu sakit gigi, bawa mereka berjumpa doktor gigi pediatrik dan melakukan pemeriksaan yang menyeluruh.

klik di sini untuk dapatkan barangan bayi murah!

Apabila anak anda berumur 1 tahun, jadikan ia sebagai rutin untuk melawat doktor gigi anak anda dua kali setahun. Berkongsi dengannya apa-apa masalah gigi anak anda yang mungkin mereka hadapi, seperti penggunaan puting, menghisap ibu jari, rongga, gusi berdarah, nafas berbau, masalah gigi dalam keluarga.

Kami berharap anda kini lebih peka tentang pertumbuhan gigi bayi. Kebersihan mulut yang baik akan mengekalkan yang terbaik untuk bayi anda.

Dipetik daripada momjunction.com