Anak Mommy ada tabiat mengigit kuku jari? Dah banyak kali tegur dan marah pun tetap tabiat tu tak hilang.
Untuk pengetahuan anda, tabiat menggigit kuku dalam kalangan kanak-kanak ini sudah dianggap sebaGai perkara normal dalam peringkat pembesaran.
Tabiat ini juga dipanggil onychopagia, dimana tabiat ini akan dialami oleh seluruh kanak-kanak dalam lingkungan umur 10-18 tahun di dunia.
Mari ketahui sebab kenapa anak suka gigit kuku dan cara yang berkesan untuk mengatasinya.
Kenapa Anak Suka Gigit Kuku?
Highlighted
1. Untuk Selesakan Diri
Jika Mommy perhatikan, sejak dari kecil anak-anak akan suka meletakkan jarinya di dalam mulut sebagai salah satu langkah untuk menyelesakan diri atau ‘gatal gusi’. Keadaan ini akan berlanjutan sehingga mereka telah meningkat usia kerasan sudah terbiasa dengan tabiat gigit kuku.
2. Bosan
Kanak-kanak juga sangat suka gigit kuku adalah kerana mereka bosan. Ia menjadi kebiasaan apabila tidak melakukan apa-apa kerja yang melibatkan pergerakan tangan, mulalah nak menggigit kuku.
3. Stress atau Gelisah
Tabiat menggigit kuku dalam kalangan anak-anak ini turut berkaitrapat dengan masalah stress atau gelisah.
Persekitaran sekeliling yang tidak selesa atau dalam masalah seperti dibuli di sekolah menyebabkan tabiat untuk menggigit kuku tu memang sudah menjadi kewajipan anak-anak.
4. Genetik
Antara sebab lain anak-anak suka gigit kuku adalah kerana pengaruh genetik ibu bapa. Anak akan cenderung untuk melakukan hal yang sama.
5. Terikut-ikut Orang lain
Kanak-kanak mudah terikut-ikut perlakuan orang lain terutama ahli keluarga sendiri. Jadi apabila mereka nampak orang gigit kuku mulalah mereka juga terikut.
7 Tips Hentikan Tabiat Gigit Kuku Anak
1. Ketahui punca sebenar tabiat gigit kuku
Ibu bapa perlu bertanyakan sebab kenapa anak suka menggigit kuku dan mengambil tahu segala masalah yang dihadapi. Berikan amaran secara lembut agar anak lebih selesa dan mudah memahami arahan.
2. Bagi ‘Reward’
Mommy perlu melatih anak-anak untuk sentiasa memeriksa tahap kebersihan kuku mereka. Jika mereka dapat mengurangkan tabiat untuk menggigit kuku dan mengekalkan kebersihan kuku dalam masa sehari, berilah ‘reward’ seperti makanan kegemaran atau keluar bersiar-siar dengan anak.
3. Kuku buruk ada kuman
Penting untuk anak-anak tahu bahawa tabiatnya menggigit kuku adalah tidak bagus untuk kesihatan.
Kuatkan pemahaman anak mengenai kebersihan tubuh badan dan beritahu anak juga bahawa banyak kuman jahat yang akan merebak di dalam badan jika tabiat menggigit kuku diteruskan.
4. Pastikan kuku sentiasa pendek
Mommy tak boleh biarkan kuku anak panjang dan harus dipotong pendek supaya si kecil tidak menggigit kuku lagi.
5. Balut dengan handy plaster
Jika anak Mommy masih suka gigit kuku, pakaikan handy plaster antara cara yang paling bijak untuk mematikan selera anak-anak yang suka menggigit kuku.
Confirm anak akan fobia dengan rasa tersebut!
6. Rawatan kuku kanak-kanak
Bagi ibu bapa yang berkemampuan, apa kata anda pergi buat rawatan ‘manicure’ khas untuk kanak-kanak. Rawatan ini bukan sahaja dapat membersihkan kuku anda dari segala kuman, malah penjagaan kuku yang cantik dari kecil juga amat berguna.
7. Jumpa pakar
Jika keadaan masih berlanjutan dan anak-anak pun susah nak dengar kata, apa kata Mommy berjumpa dengan pakar. Dapatkan ubat-ubatan yang dapat membantu untuk mengurangkan rasa untuk menggigit kuku
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk Mommy agar dapat mengatasi masalah anak yang suka gigit kuku.
Ketahui lebih banyak tips dan info tentang penjagaan kanak-kanak di SINI.